+8

106 33 18
                                    

"Lillyn."

"Hm." Lillyn yang sedang makan aiskrim menoleh sedikit memandang Luth yang duduk di atas rumput sambil menongkat tangan untuk menampung tubuhnya.

Mereka kini berada di dataran, tempat Luth datang menyelamatkan Lillyn ketika ditengking oleh lelaki biadab itu. Suasana petang walaupun ramai pengunjung, tetap ada kedamaiannya.

"Aku nak tanya. Tapi kau janganlah marah aku huks." Dahi Lillyn berkerut. Sesaat kemudian dia menyuapkan kon aiskrim ke dalam mulut sebelum mengibas tangannya. "Engko tak tanya lagi dah suruh aku jangan marah. Tanyalah. InsyaAllah tak."

Luth ketap bibir. Duduknya tak tenang. Sekejap pandang langit, sekejap tenung rumput. Lillyn masih setia menanti. "Em kau... Kau suka aku tak?"

Suka.

Suka sangat.

Jawapan itu hanya dijawab dalam hati. Lillyn ukir senyuman sebelum kembali menikmati pemandangan di hadapan mata.

Luth mencuri pandang wajah gadis itu. Melihat senyuman di bibir Lillyn, dia turut sama tersenyum sambil mendongak memandang langit. Entah kenapa sejak dulu, dia suka menatap langit. Mungkin, kerana itu satu-satunya ciptaan Allah yang masih belum dicemari oleh mana-mana tangan manusia?

"Aku suka kau tau. Please know that.  Aku mungkin bukan first, dan mungkin...bukan last, tapi aku lelaki yang paling sukakan kau." Ucap Luth perlahan, cukup untuk didengari mereka yang berjarak dua meter.

"Kenapa aku?" Soal Lillyn. Dia sendiri nak tahu. Apa ada pada dia?"

Luth senyum. Bila cerita tentang Lillyn, ada satu rasa yang tak tahu dia nak terangkan. Dia macam kau cerita tentang crush kau kau pada orang lain. Walaupun yang bertanya tu tuan punya badan sendiri.

"You know you have a crush on someone when you have a reason to like them. But it's love when you don't know why you love them at the first place. The second one is me. Aku tak tau kenapa aku suka kau. Don't blame me, dah bertahun-tahun jugak aku fikir kenapa aku suka kau, tapi aku tak dapat jawapan tu. Yang aku tau, aku happy bila dapat jumpa kau. Tengok dari jauh pun tak apa. Kadang-kadang aku pernah ikut kau semata-mata nak tengok kau senyum sebab aku tak dapat senyuman tu untuk aku." Panjang Luth bercerita. Kenangan di mana dia hanya mampu pandang gadis ini dari jauh, nak dekat tak berani.

Kalaulah dia tahu yang Lillyn pun pandang dia.

Senyuman terukir di bibir Lillyn saat baris demi baris ayat Luth masuk ke dalam telinganya. Tak pernah ada lelaki yang bercerita tentang dia.

"And that's simple to make a conclusion. Aku suka kau. In fact, aku suka kau sangat-sangat."

❤❤❤

Mata dibuka perlahan. Bau ubat-ubatan menerjah derianya. Perlahan dia bangkit dari perbaringan. Rambut yang terdedah disebak ke belakang sambil mata melilau memerhati keadaan sekeliling.

Hospital.

Rasanya, dah tiga tahun dia tak jejakkan kaki ke sini.

"Jadi, apa yang doktor nak bincang dengan saya?" Lillyn memasang telinga apabila suara uminya kedengaran di sebalik langsir yang membataskan penglihatannya. Dia yakin, Puan Aisyah pasti sedang duduk di hadapan doktor untuk membincangkan tentang dia. Jantung berdebar tiba-tiba.

"Saya harap puan tabah. Mengikut laporan, masalah hati anak puan yang dah sembuh tiga tahun lalu datang balik. Saya tak pasti puncanya, tapi kalini, lebih teruk daripada sebelum ni."

Lillyn tersentak. Sayup-sayup suara Puan Aisyah menangis dan doktor perempuan yang cuba menenangkan wanita itu kedengaran. Lillyn tak peduli. Otaknya masih tak mampu menerima fakta yang baru dia dengar tadi.

yang hilang | ✓Where stories live. Discover now