+6

114 36 29
                                    

Bunyi tapak kasut kedengaran sebelum seorang lelaki melabuhkan duduk di pondok yang sama dengannya.

Lillyn tolehkan kepala sebelum halakan semula pandangan ke hadapan. Dari belakang tubuh pun dia dah tahu siapa. Lelaki itu duduk di bahagian kiri pondok manakala dia duduk di bahagian hadapan. Mulut ditutup rapat. Selagi Luth tak kata apa-apa, dia akan kekal diam. Marah.

"Li..."

"Kau nak apa?" Potong Lillyn laju. Luth terdiam sebelum mendongak memandang langit. Hari ini cuaca sangat cantik. Tak terlalu cerah dan tak juga mendung. Angin bertiup lembut, cukup menghilangkan bahang mentari.

"Hei, kau marah aku?" Penuh berhati-hati soalan itu dilontarkan.

Lillyn mengoyak senyum sinis walaupun Luth tak dapat lihat riak wajahnya sekarang. "Tak. Untuk apa aku nak marah?"

Luth lepaskan keluhan. Kalau dah keluar ayat dan nada dingin macam tu, tak lain tak bukan mesti marah. "Aku mintak maaf."

Lillyn diam tak membalas. Mata masih memerhati kolam hiasan yang mengisi ikan-ikan kecil.

"Maafkan aku." Sebut Luth lagi. Dia toleh sekali ke arah Lillyn sebelum mengeluh apabila dia tak mendapat respons.

"I've wronged you a lot."

"Sure you do." Itu balasan Lillyn.

Dia masih ingat apa yang Luth katakan pada dia tiga tahun lalu. Tak akan pernah terpadam. Kerana ayat itu, hingga ke hari ini, dia tak berani dekat dengan lelaki itu.

Mata Luth panas tiba-tiba. Kesilapan yang dia lakukan tiga tahun lepas adalah perkara paling bodoh yang dia pernah buat.

Tapi, bodohkah kalau yang dia mahu cuma menyelamatkan hati gadis ini?

"Aku mintak maaf. Untuk tiga tahun lepas."

Lillyn ketap bibir. Satu kali pun, Luth tak pernah buka cerita tentang hal tiga tahun lepas. Macam mana nak buka cerita kalau bercakap pun mereka tak pernah? Baru-baru ini dia berani dekat dengan Luth, tapi entah kenapa bila peristiwa itu diingat, sakit itu masih ada.

"I'm such a bastard. Disebabkan aku, kau jadi lain. Lillyn yang hyper dah tak ada. Lillyn yang ceria, Lillyn yang tak pernah duduk diam, dah hilang. Disebabkan aku, kau dah lain. Kau betul-betul berubah tapi aku..."

Lillyn masih mendengar. Apa yang lelaki itu katakan menyentuh jauh ke dalam hati. Dia tak sangka Luth akan sedar perubahan dia. Kerana apa yang Luth katakan pada dia tiga tahun lepas, dia berhenti jadi ceria. Dia berhenti bergaul dengan orang. Dia berhenti lakukan itu semua.

"Aku tau. Aku tau aku lambat. Aku tau kau benci aku dan aku tau kau fikir aku pun bencikan kau, tapi tak. Aku tak pernah benci kau. Back to three years ago, it's all my fault. Wallahi, tak pernah terfikir aku nak sakitkan hati kau. Tak pernah terlintas nak buat kau jadi macam ni. Aku yang salah, aku yang tak patut wujud dalam hidup kau. Apa yang aku buat bila aku masuk dalam hidup kau? Aku ubah kau sampai macam ni. Tapi aku tetap..." Keluhan dilepaskan perlahan. Pandangan dibawa ke langit.

"Tapi aku tetap suka kau."

Tangan Lillyn menggeletar sebelum menggenggam hujung bangku tempat dia duduk. Nafas ditarik dalam sebelum dia lontarkan satu ayat. "You broke me."

"I know. I'm here to fix it."

Lillyn tak membalas. Dia mendongak memandang langit.

Suasana sepi antara mereka. Luth ukir senyuman nipis. Dia dapat mengagak keadaan ini akan berlaku. "Haha. Apa benda aku merepek ni? I'm sorry for existing. Assalamualaikum, Lillyn." Dengan itu, dia bangun dari duduk dan melangkah pergi meninggalkan Lillyn yang masih memandang langit.

Senyuman kecil terukir sebelum dia tuturkan satu ayat.

❛  나도 너 좋아해 ❜

yang hilang | ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu