+12

121 30 20
                                    

Mata tajam Lillyn pandang Luth sejak dia jejakkan kaki ke situ. Dia hanya memerhati lelaki itu mengangkat barang untuk memasukkannya ke dalam perut bas.

"Eh, Mya! Datang pun. Aku ingatkan kau tak datang tadi. Lenguh kaki tunggu huhu." Syasya muncul sambil memautkan lengan di sekitar bahu Lillyn. Lillyn tersenyum. "Mestilah datang. Dah kau ajak, kan? Karang menangis pulak."

Syasya tolak kepala gadis itu perlahan sebelum ketawa tak ingat akhirat. "Nah." Syasya hulur seplastik coklat kepada Lillyn. Lillyn pandang wajah gadis itu dengan riak antara terharu dengan curiga. "Sya, kenapa kau baik sangat dengan aku? Tak, maksud aku, aku tak buat apa-apa duh untuk kau. Kenapa kau baik sangat?"

Syasya balas dengan senyuman. Dia menepuk bahu Lillyn sekali sebelum terus pergi tinggalkan gadis itu. Lillyn mengeluh kecil sebelum tersenyum.

Kau tak perlukan sebab untuk buat baik dekat orang.

"Hei." Satu suara menyapa. Susuk Luth yang berdiri di hadapannya Lillyn pandang sekejap sebelum larikan ke tempat lain.

Jujur, ikutkan hati, dia tak nak datang hari ini. Hari Syasya dan beberapa orang pelajar kelas sebelah berangkat ke Johor untuk menyertai perkhemahan. Dia sakit kepala. Pening teramat. Rasa macam nak jatuh sekarang juga.

Tapi entah kenapa, dia nak jumpa Luth. Dia betul-betul nak jumpa Luth hari ini.

"You came."

"Syasya ajak."

"Aku tau. Dia bagitau aku tadi."

Lillyn angkat wajah, membalas pandangan Luth yang masih tersenyum nipis memandangnya. "Luth, hati-hati tau kat sana." Ucapnya dengan nada perlahan. Berharap Luth dapat rasa keikhlasan dalam ayat yang dia tuturkan.

"Kau... Haish kau memang kena pergi ke?" Soal Lillyn dalam nada menggumam. Entah kenapa dia rasa berat nak biarkan Luth pergi. Dia masih nak tengok muka Luth, dia masih nak dengar suara Luth.

Jangan mengada, Lillyn. Dia pergi tiga hari je pun.

Luth angkat sebelah keningnya sambil tangan diseluk ke dalam poket. Seketika kemudian senyuman terukir di wajahnya. "Say, kalau kau tak nak aku pergi, aku tak pergi."

"Eh, mana boleh macam tu." Lillyn jeling lelaki itu sedikit. Dah tahu tak boleh, kenapa kau tanya?

Luth ketawa kuat. Walaupun dia tak pasti celah mana yang kelakarnya, yang penting dia terhibur. Lillyn pandang wajah Luth yang sedang ketawa dengan senyuman kecil.

Tolonglah, dia masih nak lihat senyuman ni.

Usai ketawa, Luth buka kata. "Take care, Lillyn. Aku tak ada nanti jangan menangis sorang-sorang lagi tau."

Dahi Lillyn berkerut. Pantas dia sembunyikan air mata yang mula bertakung. Dia rasa diri dia sangat mudah emosional hari ni. "Apa benda kau cakap ni? Jangan cakap benda pelik, boleh?"

Luth terkebil-kebil. Seketika kemudian dia ketawa lagi. "Maksud aku, bila aku dah gerak pergi Johor nanti, kau jangan menangis lagi. Aku tak ada ni nak temankan. Fikir apa ni, hm?" Dia cuba cari wajah Lillyn yang dah tertunduk. Satu pandangan tajam dihadiahkan pada lelaki itu.

"Diam ah!"

"Takut jugak eh hilang aku."

"Jadah, kau ingat aku hati robot ke duh." Lillyn kecilkan bukaan matanya. Geram je dia pandang Luth ni.

Jauh dalam hati, ada satu perasaan yang dia harap Luth akan terus berdiri depan dia lama-lama.

Mereka bergurau senda seketika, lupa dengan masalah antara mereka berdua selama ini. Saling bertukar pesanan, gaya macam nak berpisah jauh.

Sewaktu bas hampir bergerak, Luth masih berdiri di hadapan Lillyn. Dan Lillyn tak menghalau kerana dia masih belum puas hadap muka lelaki ni.

Tiba-tiba Luth ketawa. Kuat. Entah kenapa si Lillyn pun ikut ketawa walaupun dia sendiri tak pasti apa yang kelakar. Beberapa ketika kemudian mereka berhenti. Dengan senyuman, Luth bersuara perlahan. "Simpan gelak aku yang tu kemas-kemas dalam kepala kau. Takut-takut kau dah tak akan nampak lagi dah."

Lillyn statik. Air hangat bertakung di tubir matanya. Jangan pergi.

"Lillyn. Untuk kali terakhir, kau sukakan aku?"

Diam.

Cause yes. I love you.

"Diorang tunggu kau tu." Suara Lillyn, menuding ke arah pelajar-pelajar yang dah mula memanggil Luth untuk masuk ke dalam bas.

"Jawapan kau? Cepat. Dah tak sempat ni." Ya. Memang tak sempat. Lillyn dapat rasa itu.

"Kau balik dulu, baru aku bagitau." Lillyn tolak beg Luth perlahan.

"Aku suka kau. Please know that."

Ayat terakhir Luth sebelum dia melangkah pergi dan masuk ke dalam bas.

Lillyn pandang bas yang sudah mula menjauhi perkarangan sekolah. Lama.

"Aku suka kau jugak. And you don't know that."










yang hilang | ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang