+9

95 31 6
                                    

Tekun Lillyn menyapu bahagian belakang kelas. Dengan rela hati dia tawarkan diri untuk mengemas kelas harini.

Atau boleh dikatakan setiap hari sejak dua minggu lalu dia kemas kelas. Untuk sibukkan diri daripada berfikir tentang Luth, tentang keputusan paling bodoh yang dia pernah buat.

Dia berhenti menyapu seketika sebelum melepaskan keluhan kecil.

Sunyi.

"Sekejap sapu, sekejap mengeluh. Bila nak habis sapunya tu?" Satu suara menegur Lillyn ramah bersama tawa kecil. Lillyn menoleh, memandang Syasya yang sedang tersenyum memandangnya.

Budak Syasya ni memang, murah betul dengan senyuman, apatah lagi dengan Lillyn. Biarpun tak rapat kerana Syasya pelajar kelas sebelah, gadis itu selalu juga menegur Lillyn.

Dahlah cantik, ada aura kakak angkat.

"Haha, ada masalah sikitlah." Lillyn garu kepala yang ditutup dengan tudung.

"Oh, aku tak tau masalah kau tapi apa yang aku tau, kau kuat. Stay strong, Mya."

Bersinar mata Lillyn pandang Syasya. Baik sungguh perempuan ni! Walaupun dia tak pasti atas sebab apa Syasya layan dia terlebih baik sejak dia mula menjejakkan kaki ke sekolah ini, tapi dia dapat rasa semuanya tulus dan ikhlas. "Thanks, Sya. Aku... Aku betul-betul perlukan motivation sekarang ni." Senyuman nipis terukir di bibir Lillyn. Kalau tak mengenangkan hubungan mereka yang tak adalah rapat mana, memang dia peluk Syasya.

Tiba-tiba Syasya depakan tangan. "Meh, hug." Lillyn ketawa sebelum memeluk tubuh itu erat. Dah lama tak ada sesiapa yang sudi memeluk dia di kala sedih.

Tiba pelukan mereka dileraikan, Syasya tersenyum. "Jom, Mya. Join kitorang study group. Aku tengok kau ni macam budak pandai je, nanti boleh ajar kitorang."

"Eh, a... Aku tak pandailah. Result aku pun entah apa-apa. Ha, tak nampak aku budak second class ni? Mestilah member kau lagi pandai." Gelabah Lillyn sangkal dakwaan Syasya. Buat malu je kalau Syasya tahu prestasi awal Lillyn macam mana. Mampu dapat markah bagus-bagus pun sebab bersengkang mata study dua puluh empat jam, bukannya gifted macam sesetengah pelajar.

"Alah, tipu. Aku nampaklah nama kau dekat rank form kita. Number twenty, huh? Tinggi jugak tu. Jomlah, Mya." Ajak Syasya lagi. Dia rasa macam sayang pula kalau tak ada Lillyn. Niat di hati cuma nak bantu.

"Aku tak biasalah dengan budak kelas first." Akhirnya Lillyn beritahu sebab utama dia tak nak sertai. Kalau dalam kelas sendiri pun dia tak ada kawan, apatah lagi dari kelas sebelah. Boleh dikatakan dalam satu sekolah ni, tiada siapa pun yang kenal Lillyn secara mendalam.

Kecuali Luth.

Tapi Lillyn sendiri yang putuskan tali itu.

"Aku, kan ada? Join eh, Mya? Kitorang study dekat kelas ni, boleh?"

Tak sampai hati Lillyn nak menolak. Syasya baik sangat pada dia. Akhirnya dia hanya angguk dan menyuruh mereka mulakan dulu sementara dia habiskan mengemas kelas.

Beberapa minit kemudian, Syasya dan dua orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas itu.

Lillyn masih fokus menyapu sebelum langkah seorang lelaki berhenti di hadapannya dan tanpa kata mencapai sebatang lagi penyapu yang disandar ke pintu lalu mula menyapu.

Luth.

Tengok kasut pun dah tahu.

Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mereka berdua.

Selesai menyapu, Lillyn lempar senyuman nipis ke arah Luth. "Terima kasih." Ucapnya ikhlas.

"Pinjam kelas, kemaslah sekali." Mudah jawapan Luth tanpa memandang ke arah Lillyn. Dia terus bawa langkah ke meja tempat empat lagi pelajar tadi duduk.

Lillyn tarik nafas perlahan sebelum turut sama duduk di meja tersebut.

"Korang, ni Mya. Rasanya kenal dah, kan?" Syasya memperkenalkan sambil mengerling Luth. Lelaki itu buat tak endah, terus capai buku sejarah dan dibelek tak berminat.

"Haris. Kau cantik duh tengok dekat-dekat." Puji lelaki yang duduk tenang di sebelah Luth. Jangan salah faham, Haris ni orangnya memang suka memuji. Kadang-kadang anak ayam yang terletak dalam reban belakang sekolah pun dipujinya cantik.

"Ehem. Eyes off." Luth menggumam perlahan, cukup untuk didengari mereka berenam. Mata masih melekat di buku, tapi dia tahu apa yang Haris sedang buat.

Pandang Lillyn.

Haris tersenyum senget. Jadah si Luth ni. Buat-buat tak peduli tapi sampaikan pandang sekilas pun tak boleh. Bukannya ditenungnya gadis ni. Dia pun belajar agama juga.

Lillyn menunduk. Dia dengar apa yang Luth cakap dan dia faham.

Boleh tak dia fangirl sekarang?

Oh, mungkin tidak.

Sesi pembelajaran berakhir. Berakhir dengan perbincangan empat orang pelajar itu manakala Luth dan Lillyn hanya mencelah sekali-sekala.

"Kitorang balik dulu." Syasya tersenyum sebelum keluar dari kelas mengikut rakan-rakannya yang lain. Yang tinggal hanya Lillyn dan Luth yang sedang leka mengemas beg tanpa memandang Lillyn sekali pun.

Belum sempat Luth melangkah pergi, Lillyn terlebih dahulu berdiri di hadapannya. Dia mendongak memandang lelaki itu. "Kenapa, Mya?"

Sebaris ayat itu menyentap tangkai jantungnya. Luth tak pernah panggil dia Mya. Pada Luth, dia selalu 'Lillyn'. Beratus orang panggil dia Mya, tapi apabila nama itu keluar dari mulut Luth, dia sakit hati.

"Kenapa kau panggil aku macam tu? Haha, macam diorang pulak." Lillyn ketawa untuk menutup perasaannya yang sebenar. Hanya dengan satu nama, cukup untuk dia tahu keadaan mereka tak akan kembali seperti dulu.

"I have to learn to be just like them," Luth jatuhkan pandangan ke bawah. Sesaat kemudian dia kembali mencari wajah Lillyn. "... kan?" Dengan itu, dia tinggalkan Lillyn yang masih terkaku di dalam kelas.

"Benda... Benda bodoh apa yang aku buat ni?"

yang hilang | ✓Where stories live. Discover now