+10

105 33 15
                                    

"Kau buat apa ni?" Laju Luth tarik hujung baju Lillyn yang tiba-tiba keluar dari tempat mereka berteduh. Hujan makin lebat. Menyebabkan mereka terpaksa bercakap dalam nada menjerit.

"Nak tu!" Jari Lillyn lurus menunjuk ke arah kucing kecil yang berada di tengah-tengah jalan. Tiada tempat berteduh. Makhluk berbulu gebu itu terperangkap di tengah jalan bersama kedinginan hujan.

Lillyn berjaya melepaskan pegangan tangan Luth. Namun sebaik dia cuba berlari sekali lagi, lengannya ditarik hingga tubuhnya sepenuhnya berada di tempat berteduh dan Luth berlari selajunya ke tengah jalan, tempat di mana kucing itu berada.

Lillyn terkaku. Matanya memerhati tingkah Luth yang datang semula bersama anak kucing di tangan.

Lelaki itu redah hujan yang lebat, pedulikan risiko dilanggar kereta yang lalu-lalang dengan keadaan kabur, semata-mata kerana Lillyn.

"Janganlah menangis. Ni, aku dah bawak dia untuk kau." Luth hulur kucing di tangan sambil mengukirkan senyuman. Seolah tak peduli akan keadaan diri yang basah kuyup. Asalkan, Lillyn gembira.

Lillyn sambut kucing itu perlahan. "Haih, menangis pun buruk." Komen Luth sambil ketawa.

Lillyn sentuh pipinya. Ada titisan air jernih di situ. Dia tak sedar dia menangis kerana tempias hujan. "Sumpah kau tak guna duh! Aku yang nak pergi, kan?" Lillyn hamburkan ayat itu sebelum duduk mencangkung sambil menangis. Anak kucing dipeluknya erat.

Luth yang gelabah turut sama mencangkung. "Sorry, sorry. Tapi nanti kau demam. Kau tak demam nanti mulalah tak datang sekolah. Nanti aku bosan."

Lillyn angkat muka. Air mata dilap kasar sebelum jari dihalakan tepat ke wajah Luth. "Belanja aku Milo sekarang jugak! Kalau tak, tak nak kawan seminggu!"

Luth ketawa kuat sebelum mengangguk laju. "Okey, jom."

❤❤❤

"Duduk sini kenapa? Baliklah, nanti demam." Satu suara menegur Lillyn yang sedang termenung menatap rintik hujan yang turun membasahi bumi.

Sebaik menoleh, susuk tubuh Luth yang berbaju lengan pendek sedang berdiri sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Mata Lillyn bersinar. Dia sangkakan Luth dah tak sudi bercakap dengan dia.

"Kenapa kau datang sekolah balik?"

Luth labuhkan duduk satu meter jauhnya dari Lillyn. Tangan ditongkat ke lantai pondok. "Aku memang kat sini dari tadi." Jawabnya tenang sambil tangan dihulur ke luar untuk merasai rintik hujan.

Lillyn ukir senyuman nipis. "Kau dah tukar baju, Luth. Nak menipu biar cerdik." Dia turut mengikut perlakuan Luth, hulurkan tangan, membenarkan air hujan menitik di situ.

Keluhan kecil Luth lepaskan sebelum pandangan mata dia jatuhkan ke rumput. "Okay. Aku datang sini sebab aku nampak kau duduk sorang-sorang. You shouldn't do this. Duduk dekat pondok terbuka tengah-tengah hujan ni, kalau sakit macam mana?"

Raut risau Luth diperhatikan sebelum setitis air mata menitik di pipi. Biar bertahun, wajah itu masih memaparkan ekspresi yang sama. Yang risaukan dia.

Cepat-cepat Lillyn alihkan pandangan demi menutup air mata yang mula mengalir perlahan. Usai mengelap air mata, dia kembali memandang lelaki itu. "You're the one who shouldn't do this. Aku dah cakap yang aku tak nak berkawan dengan kau. Kau tak payah risau pasal aku, tak payah peduli pasal aku. Aku dah cakap aku nak berhenti. Berhenti ambil kesah pasal kau..."

"But I never said I'll stop liking you." Luth menoleh, bertatapan mata dengan Lillyn. Buat beberapa saat mereka terdiam sebelum Lillyn mula menangis. Sumpah dia tak mampu tahan air matanya. Cakaplah dia mengada, gedik atau seangkatan dengannya.

Dia penat.

Luth diam. Diam mendengar tangisan Lillyn yang berlagu di telinganya, seiring dengan bunyi hujan yang turut mendayu.

When she smile, the universe stop and stare at her for a while,

When she cry, the whole world cried with her.

"You don't want this. Tapi kau mintak, aku tak faham tapi aku ikut Lillyn. Tapi untuk berhenti sukakan kau, I can't. I asked myself to but he refused."

Makin kuat tangisan Lillyn.

"Let this slide, please. Kau nak aku jauhkan diri dari kau, aku buat. Kau nak aku lupakan yang kita pernah rapat, I can do that. But please, jangan suruh aku lupakan perasaan ni sebab its the last thing I have."

Rintik hujan yang lebat menjadi latar, di mana seorang Luth turut sama menangis bersama gadis yang dia suka.

Walaupun gadis tu tak pandang dia lagi.







yang hilang | ✓Where stories live. Discover now