03✨

65 4 0
                                    

●●●◯◯◯●●●

Sebuah kereta sport berhenti dihadapan rumah aku.Pastinya Chanyeol sudah sampai.Aku dengan muka yang menahan malu membuka pintu kereta sport itu.Baru saja aku nak melabuhkan punggung di kerusi kereta...

'Adik nak hyung hantar ke?Tunang adik tak datang?' sapa hyung aku yang berada diluar kereta.Dia mengerutkan dahi melihat aku yang tiba tiba duduk di tempat duduk penumpang.Bukan dia je yang hairan,burung burung yang berterbangan pun hairan.Aku terlalu kuat berangan sehinggakan salah kereta.Aku diam dan terus keluar.Sebelum aku melangkah masuk kerumah aku sempat dengar dia ketawa.Malu!

20 minit kemudian,aku lihat ada sebuah kereta yang betul betul berhenti di hadapan rumah aku.Bagi mengelakkan salah lagi,aku menanti siapa yang keluar.Kali ini betul,Chanyeol yang keluar.Hati aku semakin berdebar.Bukan selalu kami keluar bersama.Last kami keluar bersama ialah ketika majlis perpisahan senior dan pada waktu itu,dia menawarkan diri untuk menghantar aku balik.Suho pula balik dengan rakan-rakannya yang lain.

Dia keluar dari kereta dan membuka pintu kereta untuk aku masuk.Aku tersenyum dan terus masuk.Dia pula menunduk hormat omma aku yang sedang menyiram pokok bunga.Dia buat aku jatuh cinta sekali lagi.Dahla kacak pandai hormat orang tua pula tu.Dia masuk ke dalam kereta dan mengukirkan senyuman yang paling manis untuk aku.Pipi aku mula 'blushing'.Dia nampak comel hari ini getus hati aku.

'How are you?Lama tak jumpa awak,Leesa' sapanya.Aku menoleh kearahnya dan menjawab soalannya dengan suara yang agak malu malu.

'Saya sihat.Tak sangka awak masih ingat saya,Chanyeol' aku memalingkan semula muka kearah depan.Tidak mahu dia perasan yang muka aku semakin memerah.Malu dan aku tak dapat dipisahkan jika bertemu dengan orang yang aku sukai.

'Kita kan dah berjanji.Jadi saya ingat' dia senyum lagi.Aku dah cair sangat ni.Aku senyum saja dan dia pun fokus memandu untuk menuju ke butik baju kahwin.Suasana mula sepi.Kami berdua hanya diam ketika dalam perjalanan.Masih janggal.Kami bukannya rapat sangat,hanya berkawan masa sekolah dan sekarang kami bakal berkahwin.Macam mimpi bagi aku.

●●●◯◯◯●●●

Setelah lama kami berdua mendiamkan diri.Aku tersedar setelah dia membuka pintu di sebelah kiri aku.Aku terlalu leka sehingga tidak sedar sudah sampai.Aku keluar dan memerhati di sekeliling.Kami berdua berada di hadapan sebuah kedai butik yang berjenama paling mahal di Seoul.Aku tak pernah pergi sini.First time aku masuk ke butik ini.Semua baju untuk majlis majlis saja.Aku meneroka sekeliling butik ini.Semua baju cantik dan mampu mengoda aku.Nafsu aku sebagai perempuan mula terangkat.Rasa mahu borong semua saja.Pasti harga semua ini mahal fikirku.

'Jadi mana pilihan awak?' tanya Chanyeol.Aku terkebil kebil melihat dia.Takkan kami beli baju untuk sehari majlis kahwin kat sini kot?Mahal tapi cantik.

'Tema kita warna apa?' tanyaku.Dia senyum dan menarik tanganku untuk melihat lihat baju.Dia berhenti dihadapan sepasang dress labuh yang berwarna biru laut.Memang cantik dan simple.Tak ada banyak labuci dan tidak seksi.Dia senyum dan memberikan aku baju itu.Aku menyambut huluran nya.

'Awak cubalah.Pasti cantik ni' dia menyuruh aku mencuba baju ini.Aku melangkah untuk menuju ke bilik persalinan.Selepas beberapa minit aku masuk,aku keluar dengan menggunakan dress labuh yang dipilihnya tadi.Cun dan cantik di badan aku.Chanyeol memang pandai memilih.Aku suka.

'Wow,awak nampak cantik.Saya nak awak pakai ni boleh?' dia memuji aku.Nampak ikhlas.Aku terus mengangguk dan balik ke bilik persalinan semula untuk menukar baju.Aku keluar dan memberikan dress tadi kepada pekerja di butik itu.Aku melihat Chanyeol sedang melihat lagi dress dress yang digantung disini.Semua cantik.

'Awak dah pilih baju awak?' tanyaku.Dia memaling muka ke arah aku lalu menjawab soalan aku tadi.

'Dah.Awak duduk dulu.Saya pergi bayar okay?' dia terus berlalu pergi ke arah kaunter pembayaran untuk membayar baju kami.Aku ingat dia sewa je rupanya dia beli terus.Terlopong mulut aku melihat harga dress aku tadi.Mahal siot.

Selesai saja dia membayar,dia menarik tangan aku untuk keluar dari butik itu.Aku hanya mengikuti.Selesa saja keluar dengannya.Dulu dia ni pemalu.Dalam banyak banyak kawan Suho,Chanyeol lah paling pemalu jika ada perempuan.Namun dia banyak peminat tapi aku hairan dah berapa tahun kami tak berjumpa dia masih single dan tak pemalu lagi.Macam sudah matang.

'Jom makan' katanya lalu menolak pintu restoran itu.Aku hanya menuruti dan duduk dihadapannya.Beg tangan aku letakkan di sebelah aku dan telefon aku keluarkan.Dia pula meletakkan telefonnya di atas meja.Baju yang kami beli tadi tidak dibawa balik.Dia mengarahkan agar pekerja butik itu untuk menghantar baju tersebut kerumah.Macamlah beli selori.Kamj memesan makanan.

Suasana mula bertukar sepi.Aku tak tahu nak cakap apa sehingga dia memulakan percakapan.

'Tak sangka awak masih suka saya,Leesa' katanya.Aku terkejut mendengar ayat itu keluar dari bibir kacak miliknya.Aku mengangkat muka lalu memandangnya.Dia hanya tersenyum lalu aku pun membalas senyumannya.

'Jadi awak dan Suho hyung masih berkawan?' tanyanya lagi.

'Nae,kawan rapat' balasku.Dia senyum lagi namun kini tangan aku diraihnya.Aku hanya membiarkan tangan aku dipegangnya.Dia melihat wajah aku lama.

'Will you marry me,Park Leesa?' soalnya.Aku terkejut dan memandang sekeliling.Takut orang melihat kami.Namun aku terlambat,sudah ramai orang yang memandang ke arah kami dengan pandangan seakan memaksa aku menjawab soalan Chanyeol.Aku menutup mata dan menjawab 'Yes i will'.

Kini seluruh restoran itu riuh dengan bunyi tepukan.Paling mengejutkan Chanyeol sedang menyarungkan sebentuk cincin di jari manis aku.Cantik.

'Gomawo,Chanyeol-ah' aku senyum dan mengusap lembut tangannya.

'For you' balasnya lalu membalas senyuman aku.Hari ini aku terasa seperti ingin terbang ke langit.Gembira,cinta yang aku tunggu selama ini menjadi kenyataan.Tuhan,terima kasih.Bisik hati ku.

i will never forget you because you gave me so much to remember .

~Wants more?Votes & comments!!!Bye<3

(✅)SUAMI PALING SWEETDove le storie prendono vita. Scoprilo ora