05✨

45 5 0
                                    

●●●◯◯◯●●●

Hari ini aku mengikuti Chanyeol balik ke apartmen miliknya.Apartmen itu sangat dekat dengan tempat kerja aku hanya mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai.Dia menguak pintu apartmen itu lalu menarik tangan aku untuk masuk.Aku menarik bagasi dan membawa beg tangan ku lalu diletakkan di atas sofa yang tersusun di ruang besar ini.Cantik dan kemas.

'Kita tinggal kat sini untuk beberapa hari je.Mungkin lusa saya bawak awak pindah lagi'

'Kenapa?' aku tidak faham.Sejujurnya rumah ini sangat besar dan selesa.Dia hanya tersenyum lalu memegang kedua dua bahu aku.

'Rumah ni tak cantik lah sayang.Nanti kita pindah rumah saya yang satu lagi eh?Rumah tu lagi besar sesuai untuk kita dan anak anak kita nanti,arra?' dia mengusap kepala aku.Anak anak?Aku dah tersengih macam kerang busuk.Dia terlalu berfikiran matang.Aku suka lelaki macam ni walaupun dia muda lagi dari aku.Aku terus memeluknya walaupun aku masih berasa janggal.Dia membalas pelukan aku.Selesa.

'Jom saya tunjukkan bilik kita' aku terkejut lalu memandang tepat ke arahnya.Ingin mencari kepastian.Mana tahu dia sengaja mengusik aku?Dia menarik tangan aku menuju sebuah bilik yang bercat biru,putih.Dia jarang balik sini namun biliknya agak kemas.

'Bilik kita?'

'Sayang,kita bukan kahwin paksa ataupun sebagainya.Jadi tak salahkan kita kongsi semua?' aku memandang mukanya lalu segera aku mengangguk tanda faham.

'Awak rest dulu.Malam nanti boleh kemaskan barang.Lagipun kita tak lama kat sini.Tidurlah' dia pun berlalu keluar.Aku harus membiasakan diri dengannya.Dulu pendiam dan macam sombong jika ada perempuan tapi setelah berkahwin dia sangat sweet dan bertanggungjawab.Hilang terus sifat malunya yang dulu.

●●●◯◯◯●●●

Aku tersedar dari tidur yang lena.Hidung aku seperti mencium sesuatu 'bau'.Aku terus melangkah keluar dari bilik setelah beberapa jam aku terperap.Alangkah terjekutnya aku melihat sekujur tubuh yang tinggi lampai sedang memasak.Aku menghampirinya dan terus memeluk tubuh itu dari belakang.Dia memusingkan badannya untuk menghadap aku.

'Sayang saya dah bangun?' tanyanya.

'Sayang saya masak apa ni?Mari saya tolong' kataku lalu mengambil sebilah pisau untuk membantunya memotong sosej.Dia merampas pisau di tangan aku dengan perlahan.Belum sempat aku bertanya dia sudah memotong.

'No,sayang.No need.Awak duduk kat situ.Tunggu saya habis masak.Ataupun awak pergi mandi je?Awak busuk' bisiknya sambil mencium dahi aku.Aku menjeling tajam.Busuk?Mungkin sebab dari tengah hari tadi aku tidur.Aku duduk di meja bar sambil memerhatinya.

'Sayang pergi mandi ataupun nak saya mandikan?' dia mengangkat kening kanannya tanda mengugut aku,laju aku memasuki bilik untuk mandi.Chanyeol pantang dicabar jadi aku lakukan saja walaupun aku sedang mamai.

●●●◯◯◯●●●

Selesai makan malam bersamanya,aku masuk ke dalam bilik setelah mencuci pinggan mangkuk.Dia pula sedang menonton television.Aku malas mahu menganggu jadi aku masuk tidur dulu.Aku berbaring di atas katil sambil membetulkan bantal.Aku mengambil losyen di atas meja solek lalu menyapu di seluruh tangan dan kaki aku.Klek!Pintu bilik terbuka.Aku hampir nak melatah melihat dia tidak berbaju masuk ke dalam bilik.Dia menghempaskan badan ke atas katil dan mengiringkan badannya kearah aku.Dia memandang aku.Aku meletakkan losyen di meja lampu lalu mengusap kepalanya lembut.

'Nak tidur?' tanyaku.Dia mengangguk dan terus memejamkan mata.Aku suka tengok dia macam ni.Manja.Aku membaringkan badanku lalu mengusap lembut lagi rambutnya.Dia suka dengan sentuhan aku lalu menarik aku untuk masuk ke dalam pelukannya.Aku tak kisah.Suami aku sendiri.Aku memanjangkan tangan aku untuk membalas pelukannya lalu menepuk lembut belakangnya.Tanpa disedari,dia terus tertidur.Aku mencium dahinya puas puas lalu aku pun tertidur.


Can I make you forever mine ? 😔❤️


~Keep votes & comments!!!♥️

(✅)SUAMI PALING SWEETWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu