08✨

43 3 0
                                    


[3 bulan kemudian...]

●●●◯◯◯●●●


Layanan Chanyeol terhadap aku semakin hari semakin romantik.Dia memang pilihan aku yang terbaik.Tak menyesal aku menanti dia selama berbelas-belas tahun ini.Nampaknya membuahkan hasil.Aku milik dia,dia milik aku.Hanya satu saja yang aku harapkan,semoga tiada hadirnya orang ketiga dalam rumahtangga kami.

'Sayang,saya nak keluar jumpa Kai ni.Mungkin saya balik lewat' aku yang sedang menaip sesuatu di laptop segera menoleh ke pintu bilik.Aku hanya anggukan kepala tanda membenarkan dia keluar.

'Sayang,kalau awak lapar,awak makan dulu ok.Jangan tunggu saya'

'Arraseo.Jaga diri sayang' kataku sebelum dia melangkah keluar.Dia nampak kacak malam ni walaupun hanya memakai baju untuk bersukan.Mungkin dia dan Kai akan pergi gim.Memang begitu selalunya.Setiap malam ahad,dia dan Kai akan pergi Gim.Aku tidak melarang malah menyokong.

Kedengaran pintu utama rumah ditutup.Dia dah keluar bisik hati aku.Aku pun sibuk malam ni.Mujur aku tidak ada shift malam dulu,jika ada boleh tengok silap haribulan rumah aku berselerak dengan kertas kerja.

Aku merasakan kepala aku pening namun aku tak mengendahkannya.Mungkin perut aku kosong dari petang aku belum menjamah apa apa makanan.Chanyeol mungkin sudah kehabisan air liur untuk melenting.Aku seperti biasa,akan memeluknya dari belakang.Dijamin 100% dia tidak marah lagi.

Sekarang aku rasa tekak aku loya,pantas aku berlari menuju ke tandas.Aku mengeluarkan segala isi.Tiada apa apa hanya air saja.Aku mengemaskan meja dan terus membaringkan badan diatas katil.Tidak sampai 5 minit aku terbaring,aku sudah terlelap.Letih agaknya.


●●●◯◯◯●●●


[Chanyeol Pov]

Tepat pukul 11 tengah malam,aku dan Kai sudah penat.Jadi tiada pilihan lain.Balik saja jawapannya.Selalunya kami berdua akan berada di gim sampai pukul 12.30 pagi.Leesa tidak marah jadi aku akan menggunakan masa yang ada untuk bersukan.

Kai sudah pulang.Jadi giliran aku pula yang masuk ke dalam kereta untuk pulang juga.Pasti Leesa sudah tidur fikirku.Aku memandu dengan laju,tidaklah laju sangat kerana aku masih mementingkan keselamatan diri.Aku membuka tingkap untuk menghirup udara yang segar.Ketika aku sedang leka memandu,aku nyaris melanggar sesuatu.Aku memberhentikan kereta dan keluar.

Sekujur tubuh yang hanya memakai singlet dan skirt paras lutut sedang terbaring lemah.Nampak seperti dia tidak dilanggar.Gadis ini berdiri dan memaut lengan aku.Erat.Aku mengerutkan dahi.Ini kali pertama aku melihat keadaan gadis sebegini rupa.Lemah dan tidak bertenaga.Dengan hanya memakai pakaian yang tidak cukup kain lagi.

Aku segera membuka pintu tempak duduk penumpang dihadapan.Dia masuk dan terus menutup wajahnya.Aku mulakan perjalanan.

'Hei' tegurku.Diam.Dia tidak membalas malah hanya menangis kecil.Aku mula berang.

'Aku cakap dengan kau ni' kataku dengan tegas.Terus terhenti tangisannya.Dia memandang muka aku.Nampak sedih dan tak bermaya.

'Boleh kau cerita apa yang jadi?' tanyaku.Dia mengangguk dan terus cerita.

'Sa...ya.. ke...na..ro..gol... en..cik..'

Aku dah agak.Memang benda ini yang terjadi.

'Rumah kau kat mana?Biar aku hantarkan'

Dia menggelengkan kepala.

'Takde?' tanyaku lagi dan dia terus mengangguk.

'Ap..pa.. sa..ya.. ju..al..sa..ya.. di.. ke..lab..' dia masih tergagap.Takut.

'Oh.Kalau macamtu kau tinggal kat rumah aku je.Selamat sikit'

'Tapi..'

'Kau nak ke tak?' Terus dia mengangguk laju.


●●●◯◯◯●●●

Aku membuka pintu apartmen yang aku dan Leesa pernah tinggal dulu.Aku membenarkan dia masuk dan aku mengikutinya di belakang.Kesan cakaran kuku masih merah nampak di bahagian bahu dan belakangnya.Pasti sakit fikirku.

'Kau tinggallah sini dulu,aku tak guna rumah ni' kataku lalu duduk di sofa.

Dia memerhati disekeliling sudut rumah.Aku menarik tangannya untuk duduk.Dia duduk dan kusyen kecil diambil untuk menutup pahanya yang terdedah.Aku tak tengok pun.

'Emm encik tinggal kat mana?' tanyanya.Suaranya tidak bergetar seperti tadi.Mungkin dia dah rasa selamat.

'Aku tinggal dengan bini aku' dia hanya mengangguk.Lebih baik aku mengaku awal yang aku sudah beristeri jika tidak percuma saja aku dicop 'PPB' pura-pura bujang.

'Encik...gomawo'

'Panggil aku Chanyeol.Nama kau apa?'

'Kim Seol Hyun' aku hanya mengangguk saja.Aku angkat dan ingin balik.Tapi sebelum itu aku sempat memberinya pesanan.

'Ni duit untuk kau belanja.Esok aku hantar kawan aku untuk tolong kau.Pasal pakaian apa semua takpayah risau.Esok aku beli baru.Untuk malam ni kau pakai je pakaian bini aku kat dalam almari dalam bilik tu' dia mengangguk tanda faham.Tapi aku belum habis lagi..

'Kalau orang lain datang,jangan buka pintu faham?Aku dan Kai je boleh' pesanku.

'Kai?'

'Esok aku suruh Kai bawak kau pergi beli baju.Dia baik dan takkan sentuh kau' aku membuka pintu untuk keluar namun dia menarik lembut lengan aku.

'Chanyeol...'

'Hmm' aku sudah letih.Mahu balik.Aku juga takut Leesa berfikiran negatif melihat aku belum balik lagi.

'Sa..ya.. preg...nant...' mata aku terbuntang dan terus menoleh ke arahnya.

'Okay,nanti aku suruh Kai bawak kau check up sekali.Aku balik dulu' dia diam dan terus aku keluar.Aku harap pandai pandai dia lah jaga diri.Takkan aku nak bertanggungjawab?Sedangkan aku sayangkan isteri aku lebih dari segalanya.







no more ex , no more next .
be my last , please 🥰❤️

♥️

(✅)SUAMI PALING SWEETWhere stories live. Discover now