06✨

56 4 0
                                    

●●●◯◯◯●●●

'Tak payah bawalah baju tu.Unnie saya ni pun satu yang bagi baju besar ni buat apa?' dia tergelak kecil.Aku syak dia tak tahu unnie dia bagi baju apa.Aku mencubit halus lengannya nampak macam tak sakit namun meninggalkan kesan merah.

'Awww,sakit lah.Saya salah cakap ke?' dia mengaduh kesakitan.Ambik kau!Nak sangat kan.Aku menarik lengannya lagu menggosok lembut bekas cubitan aku tadi.Rasa bersalah.Dia memandang muka aku.

'Unnie awak bagi baju untuk ibu mengandung lah sayang.Takkan awak tak tahu hmm?'

'Ouh saya tak tahu.Takpe kita tinggalkan kat sini je baju tu.Nanti nak pakai kita ambil k?'

'Ok'

'Marah?' dia meletakkan kepalanya diatas riba aku lalu menyembamkan mukanya di perut aku.

'Awak ni kenapa?Suka sangat letak muka kat perut saya?Geli lah haha' aku mengalihkan kepalanya.Memang geli.Manja sangat sampai perut aku jadi mangsa.

'Nanti benih saya membesar dalam ni.Ni saya cium puas puas ni'.Dia mengusap perut aku perlahan.Aku hanya membiarkan saja.Tak salah kalau dia minta anak.Memang semua pasangan inginkan itu.Namun belum masanya lagi.

'Dah tepi.Saya nak ambil barang lain pulak' aku mengalihkan kepalanya.Dia akur lalu melihat saja aku yang sedang sibuk melipat baju.Khusyuk betul dia tengok aku.

'Sayang...' dia memanggil aku.Terus tangan aku berhenti dari melipat baju.Aku memandang mukanya.

'Kalau...Kalau lah ok.Kalau nanti kita gaduh,boleh awak janji jangan tinggalkan saya?Make sure kita dengar penjelasan satu sama lain dulu ok?Jangan tinggalkan saya boleh?'

'Boleh,kalau awak nak macam tu' aku hanya membalas pendek.Dia menayangkan muka tidak puas hati.Aku tertawa kecil.Comel betul.

'Janjilahhh' dia menarik ibu jari aku.

'Ye janji' aku akur saja.Memang aku pun taknak kami berpisah disebabkan oleh perkara kecil saja nanti.Hati aku takpernah berubah untuk dia.Dari dulu.Sekarang dia pandai buat aku jatuh cinta.Sangat cinta.

●●●◯◯◯●●●

Kami masuk ke dalam rumah yang dibeli oleh appa Chanyeol.Hadiah perkahwinan katanya.Kami terima saja.Rumah ini besar dan luas.Banyak bilik.Aku membawa beg beg berisi baju masuk kedalam bilik.Chanyeol pula sedang membawa keluar bagasi bagasi yang lain keluar dari bonet keretanya.

'Cantiklah bilik ni' pujiku.Memang luas.Ada satu meja belajar.Jadi sesuailah untuk aku.Aku duduk di birai katil.

'Sayang,awak rehatlah dulu.Saya nak masak' sapanya.Aku berdiri lalu menghampirinya.

'Takpayahlah.Awak rehat.Saya pulak yang masak'

'Tak menyusahkan awak ke?' pelik.Sepatutnya memang aku lah yang perlu masak.Aku mengelengkan kepala.Dia duduk di katil lalu mengangguk saja.Aku tahu dia penat kerana memandu tadi.Esok kami berdua akan bekerja jadi tiada masa untuk kami berehat.

●●●◯◯◯●●●

'Morning my dear' Chanyeol mengusap lembut kepala aku.Aku memeluknya lalu menarik tangannya untuk menuju ke meja makan.Aku sudah menyediakan sarapan.Dia duduk di atas kerusi dihadapan aku.

'Sayang, awak kerja tu jangan lupa makan arra?' dia memesan.Macamlah aku tak tahu.Ni mesti Suho bagitahu dia yang aku sekarang sudah malas berjalan ke kantin.Kadang kadang minum air dan makan roti saja.

'Nae.Awak macam tu jugak okay?Awak balik awal ke?'

'Selalunya pukul 5 petang saya dah balik.Awak?' aku mengeluh berat.Dia balik awal tapi aku?Aku setiap hari balik lewat.Mungkin tidak selepas kahwin ini.Dulu aku suka stay hospital sehingga pagi kerana malas drive.Omma dan appa aku sudah lali memesan.Sekarang aku perlu buang tabiat suka tidur di hospital.

'Saya balik awal harini kalau tak ada emergency.Saya nak masak something.Wait for me okay?'

'Kalau balik lewat,just call me arra?' dia terus makan nasi goreng yang aku sediakan lalu menyisip sedikit teh panas.Dia angkat dari tempat duduknya lalu aku pun mengikutinya dari belakang.Kot hitam miliknya aku sarungkan di badannya dan dia nampak segak.Sebelum dia keluar dia mencium dahi aku.Selepas itu,aku mula mengemas meja dan bersiap siap untuk kerja.

●●●◯◯◯●●●

Jam 5 petang.

Aku memakirkan kereta aku di hadapan rumah.Aku melihat kereta Chanyeol sudah terpakir elok di tempat parking.Aku keluar dan mengunci kereta.

'Mian, saya lewat sikit.Tadi stress sangatbanyak kerja' ujarku setelah melihat dia sedang leka memasak.Dia menoleh kearahku dan tersenyum.Dia menghampiri aku yang sedang berbaring di sofa lembut di ruang tamu.

'Ani,saya dah masak.Selepas awak mandi kita makan sama sama arraseo?' pujuknya lalu duduk di birai sofa.Dia tersengih sengih melihat aku yang sedang keletihan.Dia seakan faham aku sekarang.Aku duduk dan menghampirinya lalu memeluk tubuhnya.Erat.Dia membalas pelukan aku.

'Kenapa ni?'

'Saya letih sangat.Selalunya saya belum balik lagi jam ni' dahinya berkerut.

'Tak balik?Awak buat apa?' aku meletakkan kepala aku dibahunya.

'Masa kita belum kahwin,saya tidur kat hospital je.Saya letih dan malas drive.Esok pagi baru saya balik rumah omma' terangku.Dia mengangguk faham.

'Kalau awak letih, peluk saya arra?Saya bagi awak tenaga' katanya lalu ketawa kecil.Aku merasakan tenaga aku kembali setelah memeluknya tadi.Sekarang pelukan kami terlerai.Aku angkat dari sofa untuk menuju ke bilik.Mahu mandi.Kesian pula tengok Chanyeol sudah penat memasak pasti dia sedang lapar menantikan aku untuk makan sekali.










➛𝖋𝖎𝖓𝖉 𝖘𝖔𝖒𝖊𝖔𝖓𝖊 𝖜𝖍𝖔 𝖎𝖘 𝖕𝖗𝖔𝖚𝖉 𝖙𝖔 𝖍𝖆𝖛𝖊 𝖞𝖔𝖚 , 𝖘𝖈𝖆𝖗𝖊𝖉 𝖙𝖔 𝖑𝖔𝖘𝖊 𝖞𝖔𝖚 , 𝖋𝖎𝖌𝖍𝖙 𝖋𝖔𝖗 𝖞𝖔𝖚 , 𝖆𝖕𝖕𝖗𝖊𝖈𝖎𝖆𝖙𝖊 𝖞𝖔𝖚 , 𝖗𝖊𝖘𝖕𝖊𝖈𝖙 𝖞𝖔𝖚 , 𝖈𝖆𝖗𝖊 𝖋𝖔𝖗 𝖞𝖔𝖚 𝖆𝖓𝖉 𝖆𝖑𝖜𝖆𝖞𝖘 𝖑𝖔𝖛𝖊 𝖞𝖔𝖚 ❤️

~Votes & comments !

(✅)SUAMI PALING SWEETDonde viven las historias. Descúbrelo ahora