22✨

32 4 0
                                    

●●●◯◯◯●●●

“Taknak masuk ke?” soal Suho,matanya pula masih tertancap dengan telefon bimbit miliknya.Aku hanya tergeleng-geleng walaupun Suho tak nampak.Dia melihat kearah sepohon pokok yang rimbun.Nampak tenang dan terdapat beberapa kerusi dan meja yang diletakkan dibawah pokok itu.Aku syak pokok mangga.

“Kalau tak nak masuk,duduk sana lah” ujar Suho sambil jarinya menunjuk-nunjuk kerusi yang terletak elok dibawah pokok.Aku hanya berlalu meninggalkan Suho yang masih berminat bermain telefon.Entah apa yang dilayannya.Tak mungkin teman wanitanya.

Oh ya masa didalam kereta,Suho story dekat aku yang dia sekarang sudah menjadi hak milik seseorang dan bukan single lagi.Aku agak terkejut jugaklah.Dari zaman sekolah sehinggalah zaman bekerja,dia tak pernah ada teman wanita tapi hari ni dia baru story dekat aku dan yang paling syoknya,teman wanita Suho ni merupakan kakak ipar aku,Park Hyera.

Ah kakak Chanyeol.Umur si Hyera ni tua setahun dari kami berdua.Agak rapat juga masa sekolah namun aku pada masa itu,aku bebal sangat,tak tahu apa hubungan Hyera dengan Chanyeol sehinggakan aku fikir diorang ni couple.Rupa-rupanya,kakak ipar sendiri haih!

“Duduk kat luar ni tak sejuk ke?” lamunan aku terhenti seketika.Eh jap— suara Suho tak segarau ni tau!Pelik dan aneh.Aku memandang sekeliling dan ya figura milik Suho yang dari tadi asyik leka dengan telefon sudah tiada.Kemana anak Kim tu hilang eh?

Suara seseorang ni suara siapa eh?Lambat pula otak aku time macam ni.Aku malas nak layan aku hanya menyibukkan diri dengan melayan telefon bimbit.Tak ada notification yang menarik dan ya number Chanyeol,aku dah blok sejak kejadian dia cakap “Terpaksa nak buat macam mana” dekat dalam group saudara mara aku.Ambil senang aku tekan je butang block.

Ketika aku sedang sibuk bermain dengan jari jemari aku sendiri,aku rasa ada sesuatu yang menjalar di bahagian perut aku.Seperti mengusap baby bump aku dan aku rasa agak tenang.Seakan Chanyeol yang mengusap.Aku terus menoleh kearah belakang dan alangkah terkejutnya aku,dia ialah Chanyeol.Bakal pengantin baru tak lama lagi.Yang peliknya dia hanya memakai tuxedo hitam dan dia nampak biasa-biasa saja.Bukan macam pengantin lelaki.

Aku menoleh kearah lain.Rasa janggal pula nak pandang dia lama-lama.Memang aku rindukan dia.Amat rindu.Namun ego masih bermaharajalela didalam lubuk hati aku.

“Sayang,jum masuk dalam.Majlis dah nak start” dia menarik tangan aku.Namun aku hanya mengeraskan diri daripada mengikuti langkahnya yang ingin membawa aku masuk kedalam dewan.

“Taknak tengok Seol kahwin ke?” soalnya lagi.Aku terlalu bengang terus bertanya.

“Awak yang nak kahwin kan,kenapa masih ada kat luar ni? Pergilah bersiap.Tak hingin lah saya nak tengok awak kahwin” aku menjeling kearahnya sekilas.Dia menarik tangan aku lalu digenggam.Badan aku dibawa lebih dekat dengannya sehinggakan dahi kami bersentuhan.Hah, walaupun sudah lama tak bersua,namun setiap sentuhan dari Chanyeol mampu mengugat tembok yang aku dah bina sejak dari dulu lagi.Nak marah,rasa tak nak marah.Nak nangis,air mata tiba-tiba ghaib,nak demam tiba-tiba pulih sendiri.Itulah keajaiban sentuhan dari seorang insan yang bergelar suami.Bagi aku lah.

“Kita masuk dulu,boleh?”

Walaupun masih marah dan kecewa,aku tetap mengikutinya masuk kedalam dewan.Kami berdua duduk diatas kerusi yang sudah siap dilapik dengan fabrik biru.Biru?Chanyeol tak minat biru.Kenapa tema majlis ni biru?Dan yang paling pelik,kenapa Chanyeol temankan aku duduk kat bawah?Bukanke sepatutnya——

“Can we start now?” suara Paderi mula kedengaran.Aku taknampak pula kelibat keluarga Park kat kerusi Vvip ni yang aku nampak hanya Hyera dan Suho yang sedang duduk bersama sambil bergelak sakan.

Jap jap.Macam mana majlis nak start kalau pengantin lelakinya duduk disebelah aku?Aku pandang muka Chanyeol dengan pandangan yang aneh.Dia pandang aku kembali.

“Yes,sayang?”

“Awak tak kah——” aku terhenti setelah suara paderi kembali kedengaran.

“Kim Jong In,sudikah kamu menerima Kim Seol Hyun sebagai isteri kamu yang sah?Dan adakah kamu akan menjaganya seperti mana ibu bapa dia menjaganya?Dan berjanji akan tetap bersama-sama ketika susah dan senang?Berkongsi kehidupan bersama-sama sebagai pasangan suami isteri?”

Aku terkedu.Tak!Suami aku tak kahwin.

“Saya sudi——” setakat itu saja yang aku dapat dengar dan seterusnya aku merasakan perut aku terlalu memulas.Aku segera mengenggam tangan Chanyeol sehingga dia sedar yang aku sedang 50-50.

Seluruh dewan menjadi bingit setelah melihat Chanyeol membawa aku dengan gaya bridal style  sambil berlari ke arah kereta miliknya.Darah terus mengalir di celahan kaki aku dan ianya melekit.Setelah itu,aku terus memejamkan mata sambil tangan aku masih memeluk erat leher suami aku.

.

.

.

❤️

(✅)SUAMI PALING SWEETWhere stories live. Discover now