23✨

52 5 0
                                    


●●●◯◯◯●●●

“Leesa mana,Yeol?” soalan yang diajukan oleh Seungri hanya dibiarkan.Dari tadi si Chanyeol hanya mundar-mandir.Agak risau namun hatinya berbunga-bunga setelah salah seorang doktor memberitahunya bahawa Leesa akan bersalin tak lama lagi.

10 minit selepas dia dimasukkan kedalam wad bersalin,bukaannya cuma 5 cm jadi mereka perlu menunggu lagi.Keadaan hanya sunyi sepi.Semuanya risau,yalah rancangan yang Chanyeol war-war kan tidak menjadi.Sepatutnya Chanyeol perlu menyanyikan lagu 'Yours' namun tidak kesampaian kerana anak mereka tidak sabar mahu melihat dunia.

Pintu wad itu dikuak dari dalam,seraya itu Chanyeol menghampiri doktor perempuan yang keluar.

“Isteri saya okay kan doc?” soal Chanyeol agak risau.Mahu saja dia menangis disitu namun setelah dia fikirkan yang dia lelaki dan bakal ayah jadi ditahannya saja.

“Awak suami doktor Leesa?” soal doktor itu.Lantas itu,semua ahli keluarga yang berada disitu mengangguk-anggukkan kepala.

“Boleh awak masuk dalam?Doktor Leesa tak kuat nak push,jadi kami nak suami dia bagi sokongan”

Chanyeol segera memandang setiap seorang ahli keluarga yang berkumpul.Semuanya memberikan pandangan supaya menyuruh aku masuk.Aku akur lalu mengkuti doktor itu masuk.

Benda pertama yang aku nampak sekarang ini ialah sekujur tubuh yang tengah berusaha 'meneran'.Tangan aku diraih oleh Leesa.Kuat betul genggamannya sehingga meninggalkan kesan kemerahan.Pasti sakit fikirnya.Mata hanya ditutup takut pula aku tengok semua ni.Aku harap isteri aku kuat!

●●●◯◯◯●●●

Setelah 15 minit berperang dengan keadaan,anak kami selamat dilahirkan.27 november,Park Hae Jun selamat dibawa keluar untuk melihat dunia.Aku mencium dahi Leesa berkali-kali.Berpeluh sekali dia.Akibat terlalu pedih menahan sakit,dia sudah pengsan namun keadaannya agak stabil.Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Aku keluar dari wad sambil membawa tangan dan baju aku yang dipenuhi dengan peluh dan darah.Aku memandang semua ahli keluarga lalu mengalirkan air mata.Aku menangis bukan kerana bersedih namun airmata bahagia sedang dicurahkan.Appa aku segera memeluk badan aku dan mengucapkan tahniah.

●●●◯◯◯●●●

Setelah semua ahli keluarga selesai melawat Leesa,aku masuk untuk menemaninya.Dari malam tadi dia belum sedarkan diri.Kini sudah mahu menginjak malam lagi,namun dia masih enak dibuai mimpi.Aku mengusap lembut kepalanya.Rindu dengan sikapnya.

Jam menunjukkan pukul 10 malam.Aku  sudah berasa mengantuk,jadi aku hanya meletakkan wajah aku di atas tapak tangan Leesa lalu memejamkan mata untuk tidur.Tidak sampai 5 minit,aku terus terlelap.

Pagi.Aku bangun awal sedikit disebabkan oleh kekejangan tengkuk.Tidur dengan posisi menunduk,memang sakit.

Wajah Leesa menjadi sasaran bibir aku sekarang.Sedarlah Leesa,suami awak nak morning kiss dari awak lagi getus hati aku.Ketika aku mahu mengatur langkah menuju ke bilik air.Mahu membersihkan diri tiba-tiba tangan aku ditahan.Aku menoleh kearah Leesa dan ya Leesa sudah sedar.

Aku kembali duduk dan mencium belakang tangannya berkali-kali.Dia hanya mengukirkan senyuman dan aku rindukannya.

“Abang,mana anak kita?” soalnya.Aku terus melekapkan bibir aku di dahinya lama.Dia menarik badan aku untuk memeluk aku.Ya Tuhan,aku bahagia.

“Dia ada.Nama dia Park Hae Jun” jawabku.Leesa senyum lagi.

“Cantik nama.Mesti dia handsome macam abang kan?” tanyanya lagi.Dia kembali menukar panggilannya.

Aku mengangguk beberapa kali lalu menarik tanggannya untuk diusap lembut.

“Abang,Leesa minta maaf.Saranghae” ucapnya.Aku tersenyum dan kini bibir pucat milik Leesa menjadi sasaran aku.Lama juga aku mengucupnya.

“Abang pun sayangkan Leesa malah cintakan Leesa” jawab ku.Leesa duduk sambil dibantu oleh aku.Tangan aku diraihnya dan dipegang lama.

“Abang janji takkan tinggalkan Leesa lagi?I love you my talented husband” ujarnya.Aku menutup mukaku dengan tangan.Merah dan nampak sangat aku dah blushing disebabkan bini aku sendiri.

“Talented?” tanyaku lagi.

“Abang pandai masak,pandai jaga saya,pandai kemas rumah,pandai basuh baju,pandai menari,pandai menyanyi,pandai main AG,EG,piano,drum dan macam-macam lagi.Saya tahu semua tu abang”

“Abang—”

“Leesa dah sedar lah omma appa!!” jerit Hyera,yang dari mana datangnya.Selepas itu kelihatan Suho dan mereka yang lain masuk.Mereka menghampiri Leesa dan memeluknya erat.

“Kita masuk salah timing masuk lah” ujar Seungri hyung lalu memeluk erat badan Leesa.Kini anak kami, Park Hae Jun berada dalam gendongan aku.Dia tidur dan nampak comel macam mama dia.

((Leesa POV))

“Abang, saya nak bawa Hun” pintaku.Chanyeol menghulurkan anak kami dengan berhati-hati.Takut pula dia tersedar,pasti menangis anak kecil ni.

“Jadi Hyera dan Suho,bila nak dirikan rumah tangga?” tanya omma aku.Suho hanya tersenyum bangga.Ah aku bangga tengok kawan susah senang aku dah bahagia.Harap-haraplah Hyera dapat jaga dia macam aku jaga Suho dulu.

●●●◯◯◯●●●

Seminggu kemudian...

“Abang,abang tak letih ke jaga anak siang malam.Meh sini,biar Leesa pula yang jaga” ujarku.Namun Chanyeol hanya menggelengkan kepala.Dia terlalu risaukan aku sehingga sanggup mengorbankan masa untuk menjaga Hyun sepanjang malam tanpa tidur.Kesian dia.Omma dan appa kami selalu juga datang melawat namun sekejap saja,kerana appa kami berdua sibuk.Hyung aku sekarang ni tengah sibuk uruskan majlis dia.Hyung akan berkahwin pada bulan hadapan dengan salah seorang pekerjanya sendiri.Choi Sooyoung.Tak sabar pula nak tunggu hyung dan Sooyoung unnie bagi anak buah.Kai dan Seol Hyun pula sedang berbulan madu sambil membawa anak mereka "baby".Nama dah cantik diberi 'Kim Haerin" namun dipanggil 'baby'.Ah comel!Dahla sebaya dengan baby Hun.Sama tahun dan bulan cuma berbeza hari.

Aku kembali memandang Chanyeol yang sedang sibuk menukar lampin anak kami.Cinta aku dan Chanyeol berputik semula dan Hun merupakan bukti cinta kami.

“I love you the most Park Chanyeol”

Semoga cinta kami kekal abadi dan tiada lagi sebarang gangguan..





TAMAT

❤️

(✅)SUAMI PALING SWEETWhere stories live. Discover now