3

112 24 11
                                    

"Olla guysss" Muncul manager-nim yang deobi semua kata macam ada iras-iras Sehun Exo tu di hadapan pintu bilik studio latihan sambil membawa sepucuk surat bersampul warna ungu violet.

Sebaik sahaja menjejakkan langkah ke dalamnya, hairan dia melihat suasana studio latihan The Boyz hari ni. Biasa bising macam pasar pagi. Tiba-tiba hari ni dia masuk macam dah bertukar jadi tanah perkuburan pulak. Krik krik je... dengan semua duduk jauh-jauh melayan perasaan masing-masing.

"Hey guyss, kenapa semua orang nampak stress je ni? Sangyeon... kenapa dengan anak-anak awak ni? Tak cukup makan ke pagi tadi?" Tanya manager-nim kepada sang leader.

Sangyeon hanya mendiamkan diri. Dia hanya bersilih ganti menghadap manager-nim dan member yang lain sebelum menghadap ke lantai semula.

"If I not mistaken. Yang Cre.ker recruit semua manusia kan? bukan makhluk lain? Dalam ni semua manusia kan... bukan batu nisan?" Bebel manager-nim seorang diri. Yang lain takkan hirau.

Dia berlalu ke arah belakang bilik tersebut di mana New dan Eric sedang menenangkan Haknyeon yang sedang teresak-esak menangis. Tetapi disorokkan sedikit muka merahnya di sebalik New dan Eric agar manager diorang tak perasan.

"Haknyeon, awak dah kenapa ni menangis? Ingat saya tak nampak?" Tegur manager-nim.

"Hyung, janganlah kacau dia. Dia tengah down gila ni. Actually memang kitorang semua tengah down sekarang ni. Semua sebab si Toxic tulah. Dia punca semuanya. ucap New sambil mengusap lembut rambut Haknyeon dan menjeling manager tersebut.

"Heyyy, apa dah jadi dengan semua orang ni? Toxic? Who's toxic? Tiba-tiba muncul toxic pulak dalam company ni. Setahu saya semua gila-gila masuk air. Haknyeon, toxic mana yang dah buat awak menangis ni?" Bebel dia lagi.

"Hyung, janganlah tanya. Nanti Hak nangis lagi kuat tak boleh berhenti macam mana." Jelas Haknyeon lalu kembali menyedut hingusnya yang tak berhenti mengalir dari tadi akibat nangis.

"Jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya." Luah Hwall perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh semua yang berada di bilik tu.

"Hwall, kamu bercakap tentang siapa ni?" tanya manager-nim. Tetapi hanya dibalas dengan keluhan yang sangat panjang oleh Hwall.

"Q hyung dah melampau." Ucap Sunwoo pendek.

"Q? Kenapa dengan dia? Pagi tadi okay je dia senyum dengan saya." Manager-nim seakan tidak percaya. Cepat betul Q berubah angin.

"Tak, dia dah totally berubah. Dia bukan apa yang macam kita sangka seperti dahulu." Luah Kevin.

Tuan manager-nim hanya mampu menggarukan kepala. Selepas itu dia memerhati sekeliling mencari kelibat seseorang.

"Sebut pasal Q... Mana dia pergi? Eh, Younghoon pun tak ada kat sini. Diorang pergi mana? Ni ada surat daripada Deobi untuk Q. Katanya surat ni penting bukan daripada fan biasa-biasa." Manager-nim mengeluarkan sesuatu daripada poket kemeja kotnya.

"Q buat hal tadi... lepas tu tak tahu ke mana entah dia menghilang. Degil betul budak tu. Sekeras-keras kepala aku, keras lagi kepala dia. " Jelas Hyunjae.

"Hyung, better hyung jumpa dia personal and nasihatkan dia. Tanya dia elok-elok. Kenapa buat kitorang macam ni?" Pinta Sangyeon.

"Maybe Younghoon hyung tengah comfort kan dia." sampuk Jacob.

"Kenapa dengan dia? Pelik... tiba-tiba perangai dia lain macam. Hurmm... Takpe nanti saya jumpa dia personal." Manager-nim cuba menenangkan diorang semua dan meyakinkan mereka semua untuk cuba menanyakan hal peribadi Q sehingga dia berubah sebegitu rupa.

"Hyung, boleh saya tahu siapa nama Deobi yang hantar surat dekat Q tu?" Juyeon curious nak tahu surat tu daripada siapa.

Tuan manager-nim membelek-belek sampul surat tersebut untuk mencari nama pengutus surat tersebut.

"A... N... N... A... B... E... L... L... E"

"WHATTTTT!!!"

Mereka semua menjerit selepas mendengar manager-nim menyebut nama tersebut. Semua berkerumun menuju ke manager-nim.

"Nak... bagi kitorang tengok."

"Hey... hey... apa korang ni tak amanah betul jadi orang. Ni bukan surat korang. Ni surat untuk Q. Mana boleh buka sesuka hati. Bagilah tuan dia sendiri yang baca content surat ni dulu." marah manager-nim kepada ahli The Boyz yang tak behave. Sibuk je nak tahu hal orang.

"Seriously nama dia Annabelle, hyung? Macam tak ada nama lain parent dia nak letak. Nama patung hantu tu jugak dia nak letak." Hwall mempertikaikan nama Annabelle itu seperti nama patung Annabelle yang berhantu tu.

"Kau ni... sukati parent dia lah. Sedih parents dia kalau dengar korang kutuk nama anak diorang macam tu. Sedap pe nama tu. Tak semestinya semua nama Annabelle dekat dunia ni kena jafi hantu. Patut Q suka gila dengan cerita hantu tu." Sekian ceramah daripada manager-nim.

"Aku rasa... Q ni kena bomoh dengan budak Annabelle ni kot. Sebab tu perangai dia macam hantu tadi." Teka Eric.

"Wey, aku pun rasa benda yang sama. Yelah tiba-tiba je hari ni kita gaduh. Then nama Annabelle muncul. Curse apakah yang berlaku ni?!" Kevin menyokong keterangan Eric.

"Korang mengarut apa? Tak ada maknanya lah. Tahyul je semua tu. Maybe dia ada masalah lain tu. Takpelah, biar saya pm je si Q kang since semua macam tak berani je nak tegur Q hari ni. Dahlah, korang sambung lah bersedih sana. Saya ada kerja nak dibuat." Ujar manager-nim kembali ke ruang kerjanya semula sambil membawa surat tersebut. Biar dia sahaja yang bagi sendiri surat tersebut di tangan Q. Sambil tu boleh lah dia bertanya tentang masalah Q.

"Hyung lah ni spoil mood kitorang je." Rungut Eric dan mereka semua kembali meratapi nasib du bilik studio latihan tersebut tanpa Q dan Younghoon.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now