5

109 23 28
                                    

Q memasuki ruangan bilik studio latihan mereka. Dia memerhati sekeliling.

Kosong dan gelap.

Member The Boyz yang lain semua sudah pulang ke dorm mereka.

Sejak kejadian kelmarin. Hubungan Q dan semua member mula berenggang. Semua takut nak mendekati atau menegur Q. Q pun lebih banyak menghabiskan masa di katilnya sahaja. Hanya Younghoon yang mengetahui rahsia Q. Tetapi dia just act like biasa je. Give Q some space untuk dia terima semua kenyataan ni. Ada juga member-member lain mempersoalkan kenapa dengan perangai Q tu... tetapi Younghoon hanya senyum dan memberikan jawapan tidak tahu kepada mereka.

"Younghoon, kau bukan ke follow dia haritu?" Tegur Hyunjae kepada Younghoon yang sedang rakus menuangkan cereal kepunyaan Jacob ke dalam mangkuknya yang seudah berisi susu.

"Tak tahu." Jawab Younghoon selamba.

"Hyung, bukan hyung kata nak pergi comfort dia ke?" Sampuk Juyeon entah muncul daripada mana-mana je.

"Tak de." Jawab Younghoon selamba buat kali kedua sambil mengacau cereal di mangkuknya itu. "Gosh, tertumpah. Korang lah ni, bising. Aku nak makan pun tak senang. Sangyeon hyung, tolong ambilkan lap dekat tepi dapur tu." Pinta Younghoon sambil kalut menguruskan sisa baki cereal-nya yang tertumpah di atas meja itu.

"Nah. Kau ni dah kenapa? Mulut bocor." Sangyeon mencampakkan kain lap pada Younghoon. "Lah... kau keluar hari tu pergi mana je?" sambungnya lagi yang sedang menghidangkan sepinggan nasi goreng kimchi.

"Beli Starbuck kat bawah." Fokus Younghoon mengutip cereal yang tumpah masuk ke dalam mangkuknya semula sebelum Jacob toleh ke arah dia. Mahu mati dia sebab bazirkan cereal hak milik Jacob tersebut.

"Aduh mamat ni... mati-mati lah aku ingat dia pergi slow talk dengan Q. Tau aku je yang pergi follow dia haritu." Ucap Sanngyeon kesal lalu menyuapkan sesudu nasi goreng kimchi ke dalam mulutnya.

"Dah tu... Asal hyung tak pergi? Apa function leader." Herdik Hwall yang sedang menyapu planta pada rotinya itu sentap terhadap Sangyeon. Terciduk Sangyeon dibuatnya. Rasa useless gila.

"Eh eh budak ni... dia boleh chill minum kopi. Kitorang semua frust menonggeng kat bilik studio latihan hari tu. Dah lah dah membazirkan cereal aku. Kau kutip bagi licin." Jacob yang sedang meletakkan sepinggan kimbap di atas meja terperasan pulak cereal dia tumpah.

"Takpe lah, maybe Q hyung ada masalah tu. bagi dia tenang dulu. Sampai masa yang sesuai nanti dia share lah kot dekat kita semua." Ujar Haknyeon yang tiba-tiba masuk ke dapur hanya untuk mengambil sebiji epal lalu blah dari situ semula.

"Kesiannya... Haknyeon hyung. Sampai hati Q hyung...." Eric yang sedang menjamah nasi goreng kimchi buatan Sangyeon itu terhenti makan dan ingin menangis melihat keadaan Haknyeon.

"Haknyeon.... why you so kind dude....?" Kevin yang duduk di tepi Eric turut menyokong. "Kalau aku dah lenyek-lenyek muka dak Q tu dengan garfu ni hah!" Sambungnya sambil menelan ramen penuh kemarahan. "Sluurppppp- Auch panas hanat!" Terpelanting garfu tu dibuatnya.

Terus suasana jadi riuh rendah dengan sikap bodoh Kevin.

"Eh cop! New ni mana? Dah tak nak sarapan ke?" Tanya Hyunjae yang sedari tadi tak nampak kelibat New. Dah mati ke apa budak tu?

"Entah perempuan tu emo betul. Dari semalam tak bangun-bangun dari katil." Terang Juyeon.

"Memang makan bantal jelah cita dia. Haknyeon yang kena dia yang emo." Perli Sunwoo yang memang malas nak fikirkan masalah mereka dari tadi. Berselera makan masakan Sangyeon.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now