11

69 17 0
                                    

10 tahun yang lepas ketika Annabelle dan Narae berada di menengah rendah.

"Annabelle, meh lah sini... duduk atas katil dengan aku. Kata nak tengok drama baru ni. Aku dah downloadkan khas untuk bestfriend forever aku ni. Aku tau... mesti kau bosan kan duduk sorang-sorang kat hospital ni." Bebel Narae seorang diri yang sedang membelek-belek telefon bimbitnya membuka drama yang baru didownloadnya semalam tetapi Annabelle langsung tidak mengendahkannya, sebaliknya dia yang baru pulang daripada mana entah sibuk mengendap sesuatu di luar pintu wad."Woi perempuan, apa yang kau terjenguk-jenguk dekat depan pintu macam penyangak tu?" Narae tidak berpuas hati lalu ditinggikan nada memanggil sahabat baiknya itu.

"Shhh... Kau ni Narae, senyaplah kejap. Alamak... alamak... betul-betul lah dia datang. Macam mana ni?" Annabelle yang tercungap-cungap seperti menghabiskan satu pusingan marathon  dah gelabah beruk di tepi pintu tersebut.

"Siapa? Kau jangan main-main. kang kau pengsan kat sini aku siapa susah? Aku juga." Tanya Narae sambil diselit bebelan yang duduk di atas katil pelik dengan sikap sahabat baiknya itu.

"Babe, muka aku okay tak?" Annabelle berpaling menghadap Narae sambil membetulkan rambut dan bajunya.

"Disgusting!" cukup tepat dan jelas Narae memberikan jawapan menggambarkan penampilan Annabelle sekarang. Dengan hanya memakai baju berwarna pink lengkap yang telah disediakan oleh pihak hospital dan rambutnya yang kusut dibiarkan lepas melepasi bahu. Pada bawah hidungnya terpasang alat bantuan pernafasan yang dikenali sebagai 'Oxygen Delivery Nasal Canulla' di mana membantunya untuk bernafas. Sejak Annabelle didiognosis menghidap penyakit Leukemia sejak 2 tahun yang lepas, hidupnya bergantung dengan alat pernafasan tersebut kerana dia sering mengalami kesukaran untuk bernafas dan dadanya sering sakit. Dia juga kerap kali batuk dan hidung berdarah. 

Memang busuk gila muka Annabelle time ni plus tak basuh muka, tak gosok gigi apatah lagi mandi. 

"Wey serius lah." Terbuntang mata Annabelle mendengarkan jawapan yang telah diajukan oleh sahabat baiknya itu.

"Serius lah. Dah kau tak mandi since pagi tadi takkan aku nak cakap  beautiful macam princess pulak." Jawab Narae selamba diiringi gelak tawa. Biasalah tu,  seorang sahabat baik mestilah jujur di hadapan rakannya. Tak perlu nak sedap kan hati. Memang kenyataan. 

"Wey, alamak dia dah on the way ke sini." Annabelle seakan mahu berlari daripada situ.

"Siapa duh? Nak tengok" Narae bangkit daripada katil lalu segera mempercepatkan langkah menuju ke arah sahabat baiknya itu. 

"Aku baru teringat aku tak gosok gigi lagi. Cover aku kejap. Nak gosok gigi and betulkan apa yang patut." Annabelle menolak sahabat baiknya itu keluar daripada bilik. Manakala Annabelle dengan keadaan tidak terurus lintang pukang berlari masuk ke dalam bilik air. Mujur bilik air berada di bahagian belakang bilik Annabelle tersebut. Senang dia nak menyorok. Kalau dia pergi bilik air di tengah wad mungkin kelibatnya akan dikesan crushnya itu. "Thanks wey, Bye." jerit Annabelle perlahan sambil melambaikan tangan ke arah sahabat baiknya itu sebelum pintu bilik air ditutup.

"Apahal lah dengan kawan aku sorang ni. Sejak masuk hospital makin tak betul. Member dia valak datang ke?" Narae menggaru-garukan kepala sambil melangkah kembali dengan yakinnya keluar daripada pintu tersebut.

Baru selangkah dua Narae keluar daripada bilik tersebut dia pun dah terjangkit sawan macam Annabelle sebentar tadi. 

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now