8

87 21 0
                                    

'Aku tak tau arah tuju aku ke mana sekarang. Apa function aku pergi sana lagi kalau dia dah tak ada. Tetapi firasat hati meronta-ronta memaksa diri ini pergi.' Q yang duduk di bahagian sebelah tingkap dalam perut kapal terbang hanya menyandarkan kepala pada cermin tingkap dan memandang lagit biru di luar tingkap tersebut. Telefon bimbit ditukar kepada airplane mode. Sepasang earphone berwarna putih dikeluarkan daripada dalam beg lalu disumbatkan ke dalam lubang telinganya kiri dan kanan. Disambungkan wayar earphone tersebut dengan perantinya dan skrin media yang berada di hadapannya. Setelah itu dia membuka playlist mencari muzik piano kegemarannya.

Yiruma - Kiss the rain

Kiss the rain yang dimainkan oleh pianist terkenal jepun Yiruma merupakan salah satu muzik piano kegemaran Q

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kiss the rain yang dimainkan oleh pianist terkenal jepun Yiruma merupakan salah satu muzik piano kegemaran Q. Lagu ini susah untuk dipelajari. Tetapi dia telah meraih tempat pertama dengan memainkan lagu tersebut ketika pertandingan piano sewaktu zaman sekolah rendah dahulu. Dari kecil Q sebenarnya sudah didedahkan dengan piano oleh ibu dan bapanya. Tetapi itu hanya minat je ketika zaman kecil. Sekarang dia lebih berminat dengan menari daripada bermain alat muzik. Walaubagaimanapun, not-not piano untuk lagu Kiss the rain tidak pernah hilang daripada ingatannya.

Tanpa disedarinya... muzik piano yang mendayu-dayu tersebut lama-kelamaan membuatkannya terlena.

"To... long...."

"To... long..."

"A.. ku ta... kut..."

"To... long a... ku nak kel... uar da.. ri sini...."

Suara seorang budak kedengaran disebalik pintu yang berkunci tersebut. Suasana di dalam bilik tersebut sangat gelap dan tidak dapat melihat apa-apa kerana tiada sumber cahaya. Nafasnya tercungap-cungap.

"Hello, ada orang ke dalam ni?" Seorang lagi budak yang berada di luar bilik tersebut mengetuk pintu kayu tersebut selepas terdengar suara seseorang meminta tolong di salah satu bilik yang berada di sepanjang koridor wad tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hello, ada orang ke dalam ni?" Seorang lagi budak yang berada di luar bilik tersebut mengetuk pintu kayu tersebut selepas terdengar suara seseorang meminta tolong di salah satu bilik yang berada di sepanjang koridor wad tersebut.

"Awak, saya takut. Keluar kan saya dari sini?" Jawab budak yang berada di dalam bilik tersebut yang sedang duduk melutut sambil memegang kepala sambil bersandar pada pintu kayu tersebut.

Budak yang berada di luar pintu tersebut sedaya upaya memulas tombol pintu tetapi gagal kerana terkunci. "Ala, kenapa pintu ni terkunci?" Awak ok tak dalam tu?" Kalau awak ok...tolong ketuk pintu ni tiga kali."

Tok tok tok

"Awak jangan risau takut tau. Saya ada kat luar ni teman kan awak." Kata budak yang berada di luar pintu tersebut cuba menenangkan budak yang terkunci di dalam bilik tersebut. Dia yang sedang menggenggam erat harmonica di tangan kanannya mula meniup lagu kiss the rain.

Budak yang terkunci di dalam bilik tersebut lama-kelamaan tertidur.

"Encik... encik... bangun. Kita dah nak sampai ni. Kapal terbang nak mendarat tak lama lagi. Sila pakai tali pinggang untuk keselamatan diri." Kejut salah seorang pramugari dengan menggerakkan sedikit bahu Q. Dia yang hendak memastikan bahawa penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut telah pun memakai tali pinggang keselamatan untuk bersedia mendarat perasan yang Q masih lagi terlena.

"Hah?" Perlahan-lahan Q terjaga sambil tangannya menggosok mata yang masih lagi mamai. Sebelah tangan lagi mencabut earphone pada telinga yang masih lagi terpasang muzik piano kiss the rain.

"Kapal terbang nak mendarat tak lama lagi. Sila pakai tali pinggang untuk keselamatan. Terima kasih." Ujar pramugari tersebut sambil melemparkan senyuman manis.

"Hah okay." Q turut membalas senyuman tersebut sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam, lalu dia menarik tali pinggang keselamatan padan badannya.

Tidak lama kemudian... pengumuman telah pun berkumandang di seluruh bahagian pesawat tersebut.

"Ladies and gentlemen, Sila beri perhatian. Penerbangan kita akan mendarat di Jeju Island sebentar lagi. Make sure your seat belt fastened. Thank you."

Q seperti semua penumpang yang lain turut bersedia mengemas apa yang patut di tempat duduk masing-masing sebelum kapal terbang mendarat di lapangan terbang Jeju.

_____

"Pak cik... drive laju sikit. Crush saya dah nak terbang." Jerit Annabelle yang duduk di bahagian penumpang. Meronta-ronta dia meminta agar pak cik teksi tersebut sampai segera ke airport.

"Terbang? pergi mana?" Tanya pak cik teksi tersebut pelik tetapi pandangannya masih fokus pada jalan.

"Ala...pak cik ni banyak songeh lah. Flight dia setengah jam lagi." Jawab Annabelle risau sambil membelek jam di tangan.

"Kamu nak confess, ya?" Tersenyum-senyum pakcik tersebut memandang Annabelle di tepi nya.

"Tak payah. Memang dah lama kena reject." Annabelle yang meronta-ronta macam ulat tak senang duduk dari tadi terus menghentikan pergerakannya dan secara drastik menoleh ke kanan. Memandang maut pak cik teksi tersebut. "Pak cik cepatlah rempit. Langgar je lampu isyarat tu." Dia kembali menolak-nolak tangan pakcik teksi tersebut memaksanya supaya cepat.

"Eh, budak ni. Sukati dia je... Suruh aku langgar peraturan jalan raya. Kalau kena saman kau nak bayar ke?" Marah pakcik teksi tersebut sambil membuntangkan matanya pada Annabelle.

"Tak nak" Terkejut Annabelle dibuatnya. Dia kembali membetulkan duduknya pada kerusi dan memeluk erat bekas makanan berwarna hijau daun yang diletakkan di atas pangkuannya.

"Dah tu, duduk je diam-diam kat tepi. Sempat... jangan risau. Pak cik tau lah. Dah memang kerja pakcik hari-hari angkut orang." Tegas pakcik teksi itu sekali lagi.

"Ok, Fine." Jawab Annabelle sambil menjeling pakcik teksi tersebut. Nasib baik pakcik teksi tu tak perasan. Kalau tak ada yang kena tinggal tepi jalan ni kang.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now