13

64 18 3
                                    

"Tuan, maafkan anak saya. ANNABELLE!!! Apa lagi kamu tercegat dekat situ? Say sorry to him now!" marah Tuan Son kerana memperlakukan pelawat sebegitu.

"Sor... sorry....." Jawab Annabelle takut-takut sambil ditundukkan kepalanya 90 darjah. Tak sanggup nak tatap muka biasnya kerana perbuatannya yang memalukan itu.

"WHATTT? ANNABELLE? Bukan ke...?" Ok berita dapat tahu yang Annabelle tu hidup and tengah berdiri tegak sihat walafiat sekarang di hadapannya lagi mengejutkan.

Q tidak dapat menghabiskan kata-katanya lagi tetapi sudah dicantas oleh Tuan Son. "Hah... inilah You Annabelle. Dia merupakan anak pusat kebajikan ini juga. Saya dah anggap dia macam anak sendiri. Sekarang dia dilatih sebagai tenaga pengajar di sekolah ni."

"Hah, Apa?" Q still tak boleh brain. Annabelle di depannya direnung kecik besar jeee...

"Iya, inilah You Annabelle yang kirim surat kepada awak tu. Kan, Annabelle? Kenapa kamu senyap? Papa tanya ni jawab lah." Gertak Tuan Son sehingga terjungkit bahu Annabelle kerana terkejut. Tuan Son marah kerana sayang... jangan salah anggap ya. Sesungguhnya Tuan Son mempunyai peribadi yang sangat penyayang dan sabar. Dia juga tidak kurang lawak tetapi ada masanya dia tegas. Tuan Son yang dahulunya seorang guru berhenti kerja awal dan menubuhkan pusat kebajikan tersebut kerana dia terlalu kesian melihat nasib anak-anak yang kurang bernasib baik. Mujur isterinya, Puan Son yang bekerja sebagai seorang jururawat dan anak lelakinya Billkin yang sedang mengambil perubatan di Seoul sekarang selalu menyokongnya daripada belakang untuk mengembang dan menambahbaik pusat kebajikan tersebut. Dia lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Papa Son dan menganggap semua anak-anak di pusat kebajikan tersebut sebagai anak kandungnya sendiri.

"Ha... ah... sayalah You Annabelle yang tulis surat untuk awak... Q... op.. pa..." Jawab Annabelle gugup sambil perlahan-lahan matanya cuba menatap mata biasnya itu. Nak juga dia merasa panggil gelaran 'oppa' even umur mereka sebaya. Boleh nampak mata hitam Q sedang berapi-api sekarang,tunggu nak meletup je. "Tapi... tak sangka pulak sampai ke tangan aw-" Sambungnya sambil menjerit cuba mempertahankan diri tetapi Q segera mecantasnya "Apa? Mati konon."

"Saya saja je tulis nak hilangkan bosan. Beribu dah saya tulis surat untuk awak... Satu buku dah... tapi satu pun saya tak pernah terfikir nak pos. Macam mana awak boleh dapat surat tu?" Annabelle berasa pelik. Memang dia selalu menulis surat dan journal untuk meluahkan segala isi hati... Tetapi dia tiada lagi keberanian untuk menghatar surat tersebut secara private.

"Habis, siapa yang hantar kalau bukan awak sendiri yang tulis surat acah nak mati tu? Takkanlah roh awak pulak tulis." Q tidak berpuas hati. Sampai tangan-tangan pun naik semasa dia bercakap.

"Mulut tu jaga sikit ya, saya hidup lagi. Siapa kurang ajar sangat mention aku dah mati tu. Suka hati dia je.... Ok, kalau macam tu mana surat tu? Tunjuk as bukti?" Annabelle turut naik berang. Dah main nyawa ni parah lah.

"Memang taklah, aku dah pijak-pijak... koyak-koyak... and buang dalam tong sampah dah surat tu." Bentak Q sambil bersungguh-sungguh menggayakannya. Padehal dia dah tenggelamkan ke laut.

"Then, apa motif datang sini kalau-?" Annabelle baru sahaja hendak membalas dengan soalan maut tetapi serta-merta dipangkah oleh Tuan Son.

"STOP IT!" Tuan Son yang berdiri di antara mereka berdua hanya menadah telinga dari tadi mendengar diorang berdua bergaduh. Tetapi sekarang dia sudah tidak tahan lagi. Boleh naik bacaan darah tinggi orang tua tu. "Daripada aku dengar korang gaduh... Baik aku naik atas, banyak lagi kerja tak settle. Annabelle, you yang start semua ni. So, you kena settle this problem as soon as possible. Jangan sampai nama baik pusat kebajikan kita ni rosak. Mr Q, I let you pinjam Annabelle.... Dipersilakan settlekan masalah kamu berdua secara baik. I need to go now." Ujar Tuan Son sambil membetulkan kaca matanya yang melurut ke bawah itu sebelum meninggalkan mereka berdua. Lama sangat membebel sampai cermin mata nak jatuh pun tak perasan.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now