6

104 24 13
                                    

PANG PANG PANG!!!!

Pagi -pagi lagi Kevin dah ketuk belakang kuali dengan senduk dekat tengah-tengah ruang tamu dorm mereka. Dorm mereka dahlah kecik. Bilik pun rapat-rapat keliling ruang tamu tu je. Memang bingit lah cerita dia pagi tu. Banyak kali pulak tu dia ketuk. Nak buat pancaragam free agaknya. Kevin... Kevin... memang nak kena ketuk dengan member yang lain pagi tu. 

"Kau pehal setan. Pagi-pagi lagi dah memekak. Aku nak tidur pun tak senang. Serabut kepala otak aku dengar bunyi kuali kau. Masak diam-diam je kat daput tu tak boleh ae?" Hyunjae dengan muka serabai dengan hanya mengenakan boxer keluar daripada bilik dan terus menuju ke ruang tamu menyembur Kevin. Memang bilik dia keluar-keluar je terus ruang tamu. 

"Bak kuali tu aku hempuk kat kepala kau pulak." Juyeon merampas kuali yang berada di tangan Kevin lalu menghempuk kepala Kevin. "Hamek kau. Balasan kau memekak macam orang gila pagi ni." 

"Sini senduk tu aku babab-babab bontot kau. Biashe dia kacau orang tidur pagi-pagi." Giliran Jacob pulak merampas senduk di tangan kanan Kevin memukul bontot papannya. 

"Appa... sakit. Janganlah... Kevin serius ni." Kevin acah menangis kena pukul denagn Juyeon dengan Jacob. 

"Hyung tau tak yang kejut orang bangun pagi tu sensitif. Fact! Memang boleh mengundang kematian kalau tersilap kejut." Hwall yang tiba-tiba muncul di tengah ruang tamu tersebut sedang menggosok-gosok matanya yang masih lagi mamai sambil mengajukan fakta sentap tu terhadap Kevin.

"Entah, hyung. Kau gila ke apa?" Sunwoo turut datang menyampuk selepas struggle untuk cuba menanggalkan mask yang dipakainya malam tadi pada muka. 

"ANNOUNCEMENT! ANNOUNCEMENT!" Kevin menjerit melepaskan diri daripada Juyeon dan Jacob. "Guysss!!! I have one hot news!!! Q pergi mana? Pagi-pagi lagi dia dah keluar bawak luggage bagai." Luah Kevin kepada member yang lain. Biasa dialah orang first yang akan bangun. Tetapi pagi tadi... sedar-sedar  je, dia nampak Q dah tarik luggage nak keluar rumah. Tak berani lah pulak dia nak tanya since diorang dengan Q still tegang. 

"Haahlah malam tadi nampak dia sibuk kemas baju. Dia nak lari tinggalkan kita ke?" Jelas Eric. 

"Asal kau tak tanya dia nak pergi mana?" Tanya New. 

"Kita takut lah... Masam je muka dia." Eric hanya menggarukan kepala. Dia rasa menyesal pulak tidak mendekati Q hyung malm tadi untuk bertanya ke mana lelaki itu hendak pergi.  

"Q... sampai hati Q buat kita semua macam ni." Ucap Jacob sugul. 

"Konsert kita macam mana?" Haknyeon mula bangkitkan isu tentang konsert The Boyz yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Postpone." Sangyeon yang baru keluar daripada toilet terus menyampuk. Dari tadi lagi dia dah dengar bunyi bising-bising diorang daripada dalam toilet lagi. Sabar... bagi dia settle kan kejap urusan dia  terlebih dahulu.

"Whatttttt?" Mereka semua terkejut beruk dibuatnya.

"Iya... manager-nim baru je lepas telefon hyung tadi. Dia bagi kita cuti beberapa minggu tenangkan fikiran masing-masing. Buat lah apa yang korang nak buat. Nak tonggang terbalik pun boleh." Jelas Sangyeon yang masih bertuala. 

"Oh, hyung memang on the phone time tengah berak ya?" Tanya Kevin curious.

"Dah aku tak tahan sangat nak terberak tadi. Tiba-tiba telefon ni berdering... angkut lah sekali cerita dia." Jawab Sangyeon selamba.

"Tak aci... Q orang first tau. Bukan nak inform kita...hump! Blah macam tu je. Ish apa masalah lelaki tu sebenarnya." New mula merungut. 

"Younghoon, ni semua salah kau." Hyunjae mengajukan jarinya ke arah Younghoon yang hanya diam daripada tadi. 

"What? Me? Hey... hey... Why? Aku tak kata apa pun daripada tadi." 

"Selagi perkara ni tak settle. Semua salah kau. Kau rapat dengan Q. Aku tau kau simpan semua rahsia dia." Hyunjae cuba mengorek masalah yang dihadapi Q daripada Younghoon. 

"Memang aku rapat dengan dia. Tapi kali ni serius aku tak tau apa-apa. Terpulang korang lah." Younghoon yang hanya bersandar di tepi tiang hanya menjawab dengan muka tanpa rasa bersalah. Dalam hati dia 'Maaf guys, aku terpaksa tipu korang demi kebaikkan semua. Better  tuan punya badan sendiri yang buka mulut.' 

"Dah  ar... apa lagi... Jom arr membongkang balik. Tak ada apa nak dibuat kan." New orang first beredar masuk dalam bilik. Time to marathon Money Heist kat Netflix. Aku nak sambung tengok seasons 3 and 4." 

"Hyung nak join jugak. Favourite. Sambil tengok sambil makan cereal." Jacob mengikut New balik ke biliknya.

"Dah lah... Aku nak bersiap... nak lepak kat Starbuck sambil cari idea lukisan baru. Lama dah craving ni. Anyone want to join me?" Ajak Kevin

Krik... Krik... Krik

"Aku nak pergi cari makanan free kat pasar." Haknyeon dengan makanan tak dapat dipisahkan.

"Nak ikut." Beria Sunwoo mengangkat tangan. Dia sebenarnya tak de lah nak makan sangat. Cuma nak temankan Haknyeon. Nak pastikan dia happy and tak sedih lagi. 

"Cepat, siap. Kang makanan free habis." Pesan Haknyeon kepada Sunwoo.

"Jom Younghoon hyung, shopping kat bundle. Mana tahu preloved brand have-have masuk hari ni." Hwall mengajak Younghoon menemaninya ke bundle. Diorang dua kan suka bab-bab fashion ni.

"Juyeon hyung, Jom ikut Eric balik U.S. Nak pergi cek tiket flight dulu. Kalau murah. Teman kita balik ya." Eric buat muka mengada depan Juyeon. 

"Asal aku pulak terjebak ni. Ahhh... Tak nak." Juyeon rasa macam nak menangis je. Dia baru nak tidur puas-puas kat bilik je. 

"Ok... Aku nak buat apa sekarang ni?" Sangyeon pandang Hyunjae. Hyunjae pandang Sangyeon. "Hyunjae, tolong hyung kemas stor hari ni. Boleh?" Pinta Sangyeon. Nampaknya masing-masing macam dah ada aktiviti sendiri je. Hyunjae je nampak macam tak ada benda nak dibuat.

"Er... hello... Omma, apa dia? Anjing baru kita dah nak beranak. Ohh Omma nak suruh Jaehyun balik sekarang ya jadi doktor sambut baby baru tu. Ok... Kejap lagi Jaehyun sampai rumah. On the way... On the way." Hyunjae cepat keluarkan telefon bimbit daripada poket boxernya lalu meletakkannya di telinga.

"Tiberrr... sejak bila telefon kau berbunyi hanat?" Aku tak dengar pun."

"Eh Hyung, sorry my omma just call me suruh balik meh sekarang. Emergency katanya." Hyunjae memberi alasan. 

"Emergency pale korak kau. Ingat aku pekak." Sangyeon dah menjenggilkan matanya pada Hyunjae. 

"Hehehe... Bye Sangyeon hyung. Have a nice holiday." Lambai Hyunjae buat kali terakhir sebelum mencicit lari masuk ke dalam bilik menyambung tidur.

"Tak guna betul  semua  orang. Aku lah ni yang kena bersihkan stor sorang-sorang? Alahai nasib badan. Kenapa lah diorang suka mendera leader diorang yang baik ni." Perlahan-lahan Sangyeon rebah di lantai memikirkan nasib malangnya yang sering bertandang.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now