4

96 24 9
                                    

Tok... Tok... Tok

Pintu bilik Tuan manager diketuk bertubi-tubi oleh Q.

"Masuk" Arah manager-nim daripada dalam bilik persendiriannya. Setelah mendapat kebenaran daripada tuan punya badan barulah Q memulas tombol pintu tersebut untuk masuk.

"Hyung, ada apa panggil saya ni?" Tanya Q lalu mengambil tempat duduk pada sofa yang telah disediakan di dalam bilik manager nya itu. Lalu dia mengambil sekeping pizza di atas meja hadapannya yang masih tidak dijamah lagi. "Lah, hyung nak belanja Q makan ke? " Tanpa segan silu dia melahap pizza tersebut ke dalam mulutnya dengan hanya sekali suapan sehingga menampakkan pipi kiri dan kanannya yang kembung macam chipmunk. Pizza yang berada di dalam mulut masih lagi tidak habis kunyah dia sudah mengambil sekeping lagi pizza baru untuk disuap ke dalam mulut.

"Sah, budak ni kena rasuk dengan Annabelle." Bicara manager-nim perlahan. Dia duduk di meja kerjanya hanya meggarukan dagu dan melihat Q dengan pandangan yang sangat menjengkelkan.

"Amende pandang-pandang orang macam tu? Betulkan pizza ni buat makan." Q rasa tidak selesa. Seperti ada yang sedang memerhatikannya dari jauh.

"Eh, kau ni. Suka hati je. Ada aku pelawa kau makan ke? Aku nak bagi pizza tu kat kucing belakang office kita makan." Bohong manager-nim kerana terlalu geram dengan sikap Q.

"Do I care? Bilik hyung, bilik kitorang juga." Jawab Q selamba sambil meneruskan makan.

"Nasib baik lah aku dah anggap korang semua macam adik aku sendiri. Kalau tak dengan kau-kau sekali aku letak kat belakang office tu join kucing-kucing kat situ." Bebel manager-nim seorang diri. Q hanya mengendahkannya.

Tuan manager-nim bangkit daripada kerusinya lalu menuju ke sofa di mana Q duduk. Dia mengambil tempat di sebelah Q.

"Are you okay Q?" Manager-nim menepuk belakang bahu Q perlahan.

"Okay... I'm fine" Jawab Q lemah.

"Are you sure?" Tanya manager-nim lagi inginkan kepastian.

"Sure, don't worry." Jawab Q penuh yakin. Padahal dalam hati dia 'Setakat hari ni maybe ok dah. Soon tak tau lah.'

"Hyung dapat tahu semalam yang korang semua bergaduh teruk time latihan" Manager nim cuba minta penjelasan daripada Q jujur.

"...." Q diam membatu. 'Alamak, dah sampai pengetahuan hyung ke.'

"Jawablah, asal diam?" Tanya manager-nim tegas.

"Maafkan Q, hyung." Jawab Q sambil memandang lantai.

"Kamu tak payah dah nak sorokkan semuanya. Saya tahu masalah apa yang kamu hadapi sekarang." Jujur manager-nim.

"Macam mana hyung boleh tahu?" Q terkejut. Cepat-cepat dia mengangkat muka memandang manager nim di sebelah.

"Q...Q... Of courselah saya tahu... Dah memang kerja saya kena concern pasal kebajikan artis yang saya jaga. kalau tak kenapa saya bekerja sebagai manager untuk menguruskan hal ehwal artis ni. Saya tahu dengan siapa korang contact selama ni. If ada urusan daripada orang luar mestilah anything kena go through me dulu." Jelas manager nim panjang lebar.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now