10

88 17 2
                                    

p/s: Oh ya~ nak fefeeling leh dengar lagu kat header G.E.M - Long after.

Annabelle yang dari tadi keluh kesah memandang jam di tangan kirinya manakala tangan kanan memegang bekas makanan pada pangkuannya kini tersenyum apabila ternampak signboard ke lapangan terbang. Badannya yang bersandar lesu pada kerusi secara tiba-tiba menegak. Punya lah excited nak kejar crush. Sebenarnya before crush dia pergi tadi, mereka sempat berjumpa dan mengucap selamat tinggal. Tetapi Annabelle lupa untuk menyerahkan makanan kegemaran yang sudah dimasaknya tadi pagi untuk crusnhnya itu. Sambil menyelam minum air... Boleh lah tatap crushnya itu buat kali terakhir. Hanya mereka berdua bereye contact. Gigih Annabelle mengejar crushnya itu semula sehingga ke airport.

"Hope sempat lah." Annabelle tidak berhenti daripada menggigit jarinya sambil pandangan fokus pada jalan. Dia risau memikirkan sempat ke dia reach crushnya itu nanti. 'Janganlah dah masuk balai berlepas. Memang tak boleh jumpa lagi alamatnya. Sia-sia je aku bangun pagi masak untuk dia tadi.'

Pacuan empat roda tersebut sudah pun membelok masuk ke kawasan airport tersebut menuju ke pintu masuk utama arrival halls.

'Oh, baik aku prepare duit tambang siap-siap.' Jari-jemari Annabelle yang digigitnya tadi beralih ke dalam beg tanganya untuk mencari dompet. Punyalah ligat tangannya mencari-cari dompet di dalam beg tangannya itu tetapi dia tak ada rasa bentuk petak pun. 'Wey, jangan cakap... aku tertinggal dompet! Matilah aku.' Annabelle cuak. Kepala ditundukkan untuk melihat isi di dalam beg tangannya. 'Wey, betul lah... dompet aku takde... Alamak! Aku baru teringat, aku rushing gila tadi sampai lupa nak ambil dompet kat bilik. Aduh bangangnya kau, Annabelle. Dah lah dah nak sampai ni. Erm...fikir... fikir... macam mana aku nak larikan diri terus bila keluar-keluar ni nanti.' Annabelle mengetuk-ngetuk tempurung kepalanya. Pak cik teksi sudah pun memperlahankan kenderaan kerana hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi untuk sampai.

Sedang Annabelle buntu memikirkan bagaimana caranya dia hendak membayar tambang teksi tersebut...tiba-tiba dia ternampak seorang makcik berblouse belang hijau, berselipar dan berambut keriting sedang memegang luggage sambil menahan teksi. 'Bagus, bakal mangsa aku kejap lagi.' Annabelle mengukir senyuman sinis sambil akalnya memikir sesuatu yang gila. Dia bukanlah scammer. Tetapi kali ni dia betul-betul terdesak. Nanti dia bayar lah balik. Dia tak delah lah jahat sangat. Dia cuma hendak meminta tolong. Ya... makcik yang dimaksudkan Annabelle tu ialah Q. Kebetulan semasa Q sedang menahan teksi, teksi yang dinaiki Annabelle sampai. Tetapi Annabelle tidak dapat mengecam bias tersanjungnya itu

"Pakcik... pakcik stop!... dah sampai. Turun kan saya dekat sini je." Sampai sahaja betul-betul di hadapan Q, Anna terus meminta pakcik teksi menarik brek. "Okay." Pakcik teksi hanya akur dengan permintaan penumpangnya.

Annabelle cepat-cepat membuka pintu kereta untuk keluar. Dia menolak pintu kereta itu dengan kasar. Q yang duduk di hadapan pintu sebelah penumpang itu terkejut dengan tindakan drastik Annabelle. Lagi sikit je dia nak terjatuh ke belakang. Nasib baik luggagenya dapat menahannya daripada tergolek macam nangka busuk. 'Bapak ganas perempuan ni.' The problem is Q...orang tu nak keluar, why kau tak menyabau nak masuk. Teksi tu lari tinggalkan kau pun. Bodoh yakmat lah kalau pakcik tu if dia blah lepas turun kan Annabelle. Tolak rezeki namanya tu.

"Pakcik sekejap, ya." Keluar-keluar je daripada perut kereta, Annabelle terus merentap pergelangan tangan Q kasar dan menariknya ke bahagian belakang kereta. Q blur. berterabur langkahnya. Luggage nya turut tertarik sekali. Tak sempat dia nak berbuat apa-apa. 'Semua perempuan memang scary ya?'

"Eh, kau perempuan? Aku tak kenal kau. Kau dah kenapa nak tarik-tarik tangan aku bagai ni. Bagi aku naik teksi dengan aman boleh tak?" Bebel Q. Cepat-cepat dia melepaskan tangannya.

Beautiful Lies [Q TBZ]Where stories live. Discover now