Chapter 9: Seduced

666 56 4
                                    

Jimin datang ke apartment jungkook. Sebab tadi, jungkook ada call jimin untuk datang bantunya. Jimin rasa mungkin rumah jungkook kene pecah masuk itu yang nampak dia kelam kabut macam apa.

Brakk!

Pintu apartment jungkook diterjah kuat. Namja ketinggian yang kurang itu pun mencari keberadaan jungkook. Malah bukan sang sahabat yang dia temui melainkan mahkluk cantik yang baru sahaja jatuh dari langit itu.

Jimin menatapnya hampir menerkam namja manis itu. Bahu namja dipaut dengan kuat. Jimin memeluk tubuh si cantik itu dengan erat.

"Hyungie!!"
Teriak si manis itu sambil menumbuk-numbuk bahu jimin supaya melepaskanya. Jungkook terkejut melihat jimin sedang memeluk lelaki cantik itu. Berasa tidak terima akan perlakuan jimin. Dengan pantas dia memberikan tinjuan padu pada sang sahabat.

Lelaki cantik itu pun belari duduk dibelakang jungkook. Menyembunyikan wajah ketakutanya.

Jimin yang mendapat tinjuan pada dari jungkook membuatkan dia tersadar di alam nyata. Meringis pada sudut bibirnya yang sedikit membengkak. Ternyata pukulan jungkook bukanlah main-main.

"Aishh, sakitlah bodoh! apahal kau tumbuk muka aku." Jimin memegang pada sudut bibirnya yang terasa bengkak itu. Amarah jungkook kini kian mereda.

Entah dia rasa tak terima perlakuan jimin pada lelaki cantik yang mengaku dirinya adalah kucing peliharaanya itu.

"Dan kau apahal peluk dia, aku nampak kau macam nak buat pelecehan sexual je." Ujar jungkook.

"Yeke?" seperti jimin tidak sadar dengan tingkahnya sebentar tadi. Beruntung jungkook memukulnya supaya dia sedar. Mata sepet jimin melirik lelaki cantik yang berada dibelakang jungkook.

Jimin mengkagumi kecantikan lelaki itu. Bahkan dia tak pasti sama ada dia itu lelaki atau perempuan.

"Perempuan mana kau bawak ni." Jimi bertanya kepada jungkook. Tidak melepaskan tatapan dari si cantik, Matanya tertumpu pada pehanya yang putih itu.

"Dia lelaki, bukan perempuan. Buta ke? kau!"

"Oh, ingatkan bidadari mana tadi." Jimin tersenyum menatapnya. Jungkook berdengus tak suka. Selimut yang berada disampingnya itu jungkook lemparkan pada tubuh lelaki cantik itu supaya dia menutupi pehanya yang terdedah itu.

Ehem, posesif mode turn on.

"Aku suruh kau datang sini untuk tolong aku. Bukanya datang untuk timbulkan masalah."

"Okay, apa dia?" tanya jimin dengan wajah yang cuba untuk diseriuskan.

"Aku tak tahu nak explain dari mana. Tapi lelaki yang ada dekat belakang aku ni adalah taetae kucing kesayangan aku yang baru sahaja aku jumpa." Ujar jungkook. Jimin rasa seperti tidak percaya dengan kata kata sang sahabat.

"Hek eleh, mengarutlah kau ni. Aku tahu dia mesti sepupu kau atau anak buah kau. Sebab tu kau bagi alasan yang pelik-pelik supaya aku usha dia." Ujar jimin yang sengaja ingin mengusik jungkook. Kepala jungkook diketuk kuat menggunakan sikunya.

"Kau ingat aku main-main ke?" Okay, jimin rasa dia dah cukup kot bermain-main. Sebab jungkook sedang serius denganya sekarang ni.

"Iyalah, tapi biar betul."

"Aku tak tahulah sama ada nak percaya atau pun tak."

"Cuba kau tanya dia dengn lebih detail. Sebenarnya dia siapa."

"Nama kau siapa sebenarnya." Tanya Jungkook yang kini menoleh pada lelaki cantik itu. Baik jimin pun turut memandang wajah cantik itu walaupun berkali-kali dia cuba fokus untuk tidak tergoda dengn wajah cantiknya.

"Kim Taehyung." Jawabnya.

"Apa motifkan datang ke sini."

"Taetaekan kucing yang hyungie jumpa, Hyungie lupa."

"Jelaskan lebih detail. Dan aku tak percaya yang kucing aku bertukar menjadi manusia. Itu sangat pelik."

"Baiklah, biar taetae ceritakan segalanya.."












Flashback...

Dahulu, ada sebuah kerajaan langit. Kim taehyung adalah anak bongsu daripada keluarga diraja. Dia bahkan anak dari golongan bangsawan. Warga yang kaya raya.

Keluarga Diraja Kim menpunyai 3 anak. Yang pertama seorang putri yang bernama Kim Taeyeon. Manakala Anak kedua keluarga diraja kim ialah Kim Baekhyun. Dan akhirnya sekali adalah Kim Taehyung putra bongsu diraja kim.

Ketiga-tiga ini adalah menjadi sorotan dan kegilaan bagi setiap putra kerajaan lain. Tetapi mereka lebih memilih Kim Taehyung dibandingkan yang lain. Kerna Kim Taehyung adalah putra bongsu yang paling cantik dan manis. Bahkan kecantikan dan kemanisan pada dirinya juga membuatkan orang lain terpotong jari kerana melihatnya. Kecantikan yang tidak dapat ditandingi.

Bahkan Kim Taehyung mempunyai suatu kelebihan yang sangat istimewa. Dia mempunyai kuasa yang tidak dimiliki oleh yang lain.

Darah seorang kim taehyung dapat menyembuhkan seseorang. Tapi sayangnya.. bahawa Kim Taehyung adalah namja yang angkuh. Dia terlalu sombong sehinggakan dia tidak berkenan untuk membantu golongan susah.

Suka membazir dan tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia juga banyak menindas orang yang naif. Kim taehyung dikategorikan berhati busuk. Sampaikan satu tahap, tuhan murka dengannya.

Tuhan menyumpah taehyung untuk menjadi kucing selama-lamanya. Dan akan dihantarkan ke bumi. Bahkan Kim Taehyung tidak dibenarkan kembli dikerajaan langit.







Taehyung akan hanya boleh bertukar menjadi manusia setelah dia menemui cinta sejatinya. Ketika dia berkahwin dengan manusia. Dia akan menjadi mahkluk bumi dan tidak dapat kembali dikerajaan langit sampailah bila-bila.

Kerana itu adalah sebahagian hukuman untuk Kim taehyung daripda Tuhan yang begitu murka dengan taehyung yang terlalu bangga dengan kecantikan dan kesempurnaan yang dimiliki.








End Flashback...











Jungkook dan jimin terdiam setelah mendengarkan cerita dari taehyung. Namja cantik itu masih lagi tersenyum memandang keduanya.

"Begitulh ceritanya.. Bergantung pada diri masing-masing sama ada nak percaya atau tidak. Tapi mungkin masih boleh menemui buku bertajuk
"Arrogant Prince was thrown to the earth." Tak silap itulah bukunya.." Ujar taehyung. Jungkook dan jimin memandang antara satu sama lain.

"Apa kata kita cari buku itu.. sebab aku masih tak percaya sebenarnya."

"Tapi aku percaya.." Kata Jimin. tetapi tidak kepada jungkook. kerana jungkook seseorang yang tidak percaya dengan benda benda yang dinamakan fantasi dan khayalan.
















Tbc.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]Where stories live. Discover now