Chapter 13: I'm sorry

689 60 6
                                    

Setelah jimin meninggalinya, jungkook sedaya upaya memujuk taehyung. Dia tahu jika namja manis itu menangis terisak-isak saat itu. Jungkook berusaha memujuknya kerana dia tahu jika dari awal dia yang salah. Padahal jungkook tidak pernah menganggap eunha lebih dari sebagai seorang kawan. Dia juga tidak mempunyai apa apa perasaan pada gadis itu. Iya jujur sahaja jungkook berkata bahawa eunha seorang gadis yang cantik. Tubuhnya seperti seorang model bahkan dikampusnya eunha digelar sebagai gadis hot disana.

Tetapi jungkook tidak memandang eunha hanya kerana rupa. Dia hanya boleh mengatakan eunha itu cantik, iya kerana gadis itu adalah perempuan. Semua perempuan cantik mana ada yang tak cantik. Wajarlah jungkook pujinya cantik kerana dia seorang perempuan. Mahkota seorang perempuan itu adalah cantik kerana ibunya juga seorang wanita.

Salahkah, jungkook beranggapan seperti itu. Jungkook juga tahu jika gadis itu menyimpan perasaan suka terhadapnya. Walaupun gadis itu tidak pernah jujur padanya tapi dari wajah dan tatapanya jungkook tahu bahawa diam diam gadis itu menyukainya.

Jungkook menghargai eunha, dia tahu jika perasaan suka dan cinta itu adalah lumrah. Hanya sahaja jungkook tidak tertarik dengan mana mana perempuan buat masa ini. Tak ada yang boleh membuatnya tertarik. Tiada satu pun.. Kecuali sejak akhir-akhir ini dia banyak memberikan perhatian kepada Taehyung.

Dimana awalnya namja itu adalah seekor kucing terbuang yang dibawa pulang untuk dipelihara. Kerana sedari awal jungkook memang tertarik dengan kucing itu.

Tidak sangka bahawa taehyung adalah anugerah terindah dari tuhan. Sedangkan jungkook tidak pernah percaya dengan hal yang berbau misteri dan kepercayaan orang dulu.

Sejak kehadiran taehyung memberikan impak positif kepada pemuda jeon. Selama ini jungkook selalu menyendiri, bahkan jimin juga tidak terlalu sering datang ke rumahnya.

Namja itu datang sekadar menyiapkan tugasan dan lepak bermain game sahaja. Selebihnya jungkook akan menghabiskan masanya dengan pergi gym dan tidur.

Tetapi kehadiran taehyung memberikan warna dalam hidupnya. Kalau dahulu hidupnya itu hanyalah hitam putih, tetapi sekarang hidupnya dipenuhi dengan warna warni.

Sedikit sebanyak taehyung mendatangkan kebahagian kepada jungkook kerana itu jungkook mengatakan bahawa taehyung seorang yang unik. Hampir sebulan mereka tinggal bersama.

Kerana itu jika taehyung merajuk dan tak ceria maka jungkook turut berduka dan tak ceria.

"Taetae.." Jungkook memanggil nama itu dengan penuh lembut. Namja manis itu masih mengurungkan dirinya didalam selimut. Jungkook tahu kalau taehyung sedang menangis.

"Taetae sayang.." bulu roma taehyung meremang. Adakah dia tidak salah mendengar bahawa jungkook memanggilnya dengan panggilan sayang. Kerana taehyung tahu panggilan itu adalah panggilan manja. Taehyung banyak terpengaruh dengan televisyen.

"Hiks.." Namja manis itu masih terisak-isak menangis. Sumpah jungkook tak pernah risaukan seseorang sampai macam ni sekali. Tapi dia benar-benar risau akan keadaan taehyung yang tak berhenti menangis.

"Taetae jangan macam ni. Hyung mintak maaf sebab marah taetae. Hyung cuma tak suka kalau taetae bertingkah seperti itu, terlebih lagi pada jimin."

"Hiks..taetae tahu hyungie tak sayangkan taetae lagi..hiks.. hyungie pergilah dengan dia.. biarkan taetae seperti ini. Dahulu pun taetae memang terbuang pun."

"Tidak sayang, hyungie tak mungkin buang taetae lagi.. Hyung cuma ikutkan emosi sahaja. Maafkan hyungie ya.."

"Tak mau!" Namja itu masih tidak mengeluarkan kepalanya sedikit pun.

"Taetae.." Pujuk jungkook lagi.

"Tak nak, hyungie pergi!" marah taehyung. Akhirnya jungkook memutuskan untuk tidur diluar, dia tahu pasti taehyung sangat memarahinya. Wajarlah kalau dia marah kerana itu sepenuhnya salah dia.

"Selamat malam kesayangan hyungie.." lirih jungkook akhirnya lelaki itu jatuh melelapkan matanya.


















Kelas jungkook start pukul sepuluh pagi. Jadi dia masih ada masa untuk menghabiskan masa dengan kesayanganya itu.

Jungkook masih lagi mengenakan apron pada tubuhnya. Saat ini dia sedang memasakkan sarapan pagi yang special untuk taetaenya. Mengingatkan kalau taetaenya itu masih merajuk kepadanya.

Jungkook bukanlah lelaki yang manis dan romantik. Dia tidak tahu cara bagaimana ingin memujuk seseorang ketika dia sedang merajuk. Katakanlah jungkook bukan lelaki yang gentleman.

Clerk..

Pintu bilik itu terbuka menampakkan taetae yang masih lagi dengan bajunya semalam. Jungkook teka bahawa taehyung masih belum mandi lagi bahkan rambutnya terlihat sedikit kusut tetapi masih nampak menggemaskan dimata jungkook.

"Taetae lapar ke?" Tanya jungkook yang kini menarik kerusi itu lalu memberikan ruang kepada taehyung untuk duduk. Namja manis itu tidak mengatakan apa apa melainkan duduk diatas kerusi itu.

"Hyungie ada buatkan pancake coklat untuk taetae, Ah.. ada susu strawberry kegemaran taetae dan ada juga strawberry segar yang baru sahaja hyungie beli tadi pagi." Kata jungkook dengan beria-ia. Namja manis itu tidak berubah apa apa wajahnya terlihat datar sahaja. Memakan pancake itu tanpa mengatakan apa apa. Jungkook tetap memujuk taehyung walau dia tahu taehyung bakal menolaknya.

"Sedapkan?" Taehyung tidak jawab malah dia memakan strawberry itu dengan wajah datarnya. Untuk kali pertama taehyung memasang raut seperti itu yang jelasnya jungkook tidak suka.

"Taetae?"
Susu itu diteguk sekali lalu berjalan turun dari kerusi dengan kakinya yang pendek itu. Akhirnya namja manis itu meninggali jungkook dan berjalan menuju ke bilik mandi.

Untuk kali pertama jungkook merasakan apa itu ertinya ditolak. Kalau sebelum ini dia banyak menolak orang lain, Maksudnya ramai gadis yang datang kepadanya dan menyatakan cinta tetapi jungkook selalu menolak bahkan dia tidak tahu bagaimana perasaan gadis itu ketika ditolak olehnya.

"Jadi inilah yang dinamakan reject. Tak sangka akan sesakit ini." bisik jungkook.











Jungkook sudah ingin berangkat pergi. Tetapi sebelum pergi dia ingin cium dan melihat wajah taehyung. Kerana itu salah satu kebiasaanya setiap pergi kampus.

"Taetae.." panggil jungkook pelan. Namja manis itu buat buat tak tahu. Matanya masih fokus menonton siaran televisyen.

Jungkook meraih lengan taehyung tetapi ditolak oleh namja itu.

"Pergilah." Katanya tanpa menoleh ke arah jungkook. Jimin yang lihat itu, ini bukan hal yang biasa lagi bahkan terlihat sangat serius saat taehyung memasang wajah datarnya.

Akhirnya jungkook pergi dengan penuh rasa sakit hatinya.

"Aku tak rasa perkara semalam adalah hal yang biasa. Taehyung berhak untuk buat macam tu. Hargailah dia jungkook, perlakukan dia dengan sebaiknya sebelum aku yang ambilnya nanti."










Tbc.

𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]Where stories live. Discover now