bab 1

2.4K 82 0
                                    

"Kak irahh!!..bangun!!. kau ni tak habis-habis nak tidur. Tak ada kerja lain ke.." kata Hakimy.

"Kau jangan bising boleh tak?? Aku baling dengan bantal ni nanti baru kau tahu." marah Azira.

Sudah menjadi kebiasaan Hakimy untuk mengejut kakaknya itu. Walupun sebenarnya Azira sudah tidak lagi bersekolah. Tapi setiap kali Hakimy ingin mengejutkan kakaknya.. mesti Hakimy berasa sakit hati. Sebab Azira selalu membulinya.

"Woii.. bangun lahh.. kau tak bangun aku panggil ibu.." kata Hakimy lalu mahu keluar dari bilik kakaknya. Kakinya mula berjalan kearah pintu bilik.

Azira terus bangun dan membaling bantal kearah Hakimy. Habis lelaki itu tersembam keatas lantai. Wajah menyampah dihadiahkan buat kakaknya.

"Sakit lah kakak. Ibu! Tengok kakak ni!ibu?? dengar takk!!" Jerit Hakimy lalu mengeluarkan air mata jantannya. Nak dapat simpati oleh ibunya. Azira mula mengikuti memek muka adik lelakinya itu.

"Mengadulah tu. apa aku kesah. Anak jantan tapi tak rupa jantan" ujar Azira lalu bangkit untuk membersihkan dirinya.

Semasa dia ingin pergi ke bilik air, Azira telah mendapat panggilan dari seseorang. Nampak saja nama yang ada di skrin telefonnya membuatkan dirinya lemah. Masa-masa inilah dia nak telefon!

Butang hijau ditekan.

"Azira. lepak jom. Tempat macam biasa. Kau dah bangun ke belum? " Kata seorang perempuan di talian.

"Kalau aku belum bangun, habis itu yang angkat call kau ini siapa? Jangan ganggu aku boleh tak? aku nak mandi ni.  kau ni. salah masa lah." kata Azira lalu mematikan telefonnya. Dia terus masuk ke bilik air.

Selepas mandi, gadis terus duduk untuk menikmati sarapan pagi nya. Hakimy hanya memandang sinis pada kakaknya. Habis lebam dahinya dibuat oleh Azira. Walaupun hanya sekadar bantal saja, tapi nak buat macam mana.. Kepalanya terkena pintu bilik sewaktu kakaknya itu membaling bantal kearahnya.

"Kau pandang apa? Nanti orang makan nasi kau makan penampar aku." marah Azira lalu menunjukkan tangannya. Dilihat sedikit lebam yang berada di dahi adiknya itu. Terus adiknya mengecilkan matanya. Geram betul!

"Ibu! Tengok  lah anak perempuan ibu ini. menyampah lah" kata Hakimy lalu menjeling kakaknya.

" kau.." marah Azira.

Puan Aisyah yang baru saja keluar dari dapur hanya mampu menggelengkan kepalanya saja. Sudah muak dengan peragai dua beradik ini.

"Adik kenapa ni? Dari tadi pagi tahu tak? Pekak telinga ibu ini dari pagi tadi. Tak habis-habis bergaduh. Boleh tak bagi ibu korang berdua ni tenang satu hari? Boleh?" soal Puan Aisyah.

"Kakak ni, selalu buli Adik. Menyampah lah."kata Hakimy

Kini mata puan Aisyah tertumpu kearah anak perempuannya. Azira kini memakai seluar berwarna hitam.. baju tshirt berwarna putih dan jaket berwarna biru.. Puan Aisyah terus menggelengkan kepalanya. Anaknya sudah kelihatan seperti lelaki. Nasib anak perempuannya itu pakai tudung.

"Kakak. apa nak jadi dengan kamu ni. pergilah cari kerja sana .Kamu tu pandai ..tapi gaya baju kamu pakai tak sama lah dengan keputusan kamu tu.." Kata puan Aisyah.

"Ibu.. bakat seseorang itu bukan dari segi pemakaiannya.." kata Azira dengan penuh yakin

"Ayat kau kakak. Aku nak jadi macam kau lah" kata Hakimy

"Bising lah. kau kan sekolah lagi. umur baru 16 tahun jangan nak mengada.kau kalau jadi macam aku, siap lah aku kerjakan! "marah Irahh. Biarlah dia seorang saja yang jadi macam tu.

"Ibu nak kakak bekerja dengan ayah. Syarikat ayah kamu itu pun tak cukup pekerja." kata Puan Aisyah.

"Jangan Ibu!" jeritan Hakimy membuatkan masing-masing terpinga. Sudah kenapa menjerit macam nampak hantu?

Masing-masing memandang kearah lelaki muda itu.

"Kau kenapa jerit-jerit ni? aku sumbat juga gelas ni dekat mulut kau. Ingat kita orang ini pekak ke?" ujar Azira. Cakap macam jarak antara dia dan adiknya jauh sangat. Walhal depan mata je.

"Adik jerit bukan sebab apa. Kalau kakak kerja dengan ayah nanti, dia mesti asik keluar masuk je. Bukan buat kerja pun. Lagi pening ayah dibuatnya!" kata Hakimy.

"Ibu. kakak keluar dulu lah. nak jumpa kawan. Kau sekolah jalan kaki. Malas aku.." marah Azira. Terus dia bangkit dari bangku lalu berjalan meninggalkan adiknya yang sudah kelang kabut

"Eh kakak!!!. Tumpang kan aku kakak. aku nak naik moto kau. Please lah kak!!!!. Siapa nak hantar aku ni? Ayah dah pergi kerja!" kata Hakimy.

"Lambat tinggal!!!.." jerit Azira. Hakimy terus berlari sepantas kilat untuk mengejar kakaknya. Puan Aisyah hanya memandang kedua anaknya dari jauh.

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now