Bab 6

908 45 1
                                    

Sepertinya dijanjikan , harini dia akan pergi ke balai polis bagi tujuan interview Salah seorang anggota polis di sana. Namun Azira sudah dapat mengagak yang lelaki itu akan di temu bual hari ini.

"Harith? Kenapa muka macam resah gelisah je ni? Ada masalah ke?" soal Encik Ismail. Salah seorang daripada pegawai polis disitu. Harith hanya mengeleng tanda tiada apa-apa yang berlaku. Surat yang berada di tangan di tenung.

Dia pasti gadis itu pun tidak hingin menemu bual dirinya. Sedangkan melihat wajahnya saja dia benci, ini kan lagi dengan berbual.

"Harini awak yang kene interview dengan syarikat AJ kan??" Tanya lelaki separuh usia itu lagi. Harith mengangguk.

"Ye tuan. Tapi tuan, kalau tuan yang di temu ramah hari ini boleh tak?" terang Harith. Encik Ismail hanya menggeleng kan kepalanya. Mengapa harus dia pula yang harus di temu ramah?

"Kenapa pula? Saya boleh je tapi lepas ini saya ada mesyuarat. Bukan ke masa itu kamu yang nak sangat. Kenapa sekarang ini tak mahu pula?" Tanya Encik Ismail pelik.

Waktu kelmarin, lelaki itu lah yang paling bersungguh-sungguh untuk di temu ramah. Apa pula masalah lelaki itu sekarang ini sampai tidak mahu ditemu bual?

"Awak tahu siapa yang akan temu bual awak?"

Harith menelan air liurnya. Terasa perit di kerongkongnya kini. Apa yang dia mahu jawab? Gadis yang akan datang nanti sebenarnya adalah jiran lamanya? Atau memberitahu hal sebenar?

"Harith?"

"Tak. Saya tak kenal pun. Saya minta izin pergi luar dulu. Nak ambil angin sekejap" terang Harith. Terus dia bangkit lalu berjalan meninggalkan Encik Ismail yang berada di belakang.

Tepat jam 2 petang. Seorang gadis sedang berdiri tegak di hadapan pagar. Dia melihat keliling. Mahu masuk ataupun tidak? Kenapa lah kena buat benda macam ini!

"Ayah pun satu!. Boleh je reka-reka. Kenapalah suruh pergi sini pula. Macam sengaja je nak bagi aku jumpa lelaki tu" ujar Aazira seorang diri. terus dia masuk ke balai Polis tersebut.

Belum sempat apa-apa lagi, seorang lelaki elok berdiri dihadapannya. Nampak juga wajahnya yang tiba-tiba kelat semacam. Kenapa? Baru nampak hantu ke?

Azira terus berjalan menuju ke kaunter bertanyaan. Seorang gadis bertudung biru tua sedang elok duduk di dihadapannya ketika ini.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam. ye cik cari siapa??". Tanya polis wanita itu. Azira mengeluh kecil.

"Saya Nor Azira Binti Jakfer nak interview Salah seorang pegawai dekat sini untuk syarikat saya. Katanya salah seorang dekat sini dah bertuju untuk di temu bual." terang Azira dengan sopan.

"Sekejap ye.." katanya lalu membuat panggilan.

"Cik Azira. Ni pegawai polis yang akan awak temu ramah. Sekarang ini dia ada di.. Eh itu dia!"

Muka ku kini bertukar menjadi kelat. Tak ada orang lain ke?!

....


Satu jam kemudian, gadis itu selesai membuat temu bual. Dia terus meminta izin untuk pulang. Tidak hingin dia berdua duaan bersama lelaki itu.

"Saya balik dulu Encik Harith.." kata Azira. Terus dia bangkit dari kerusi yang di dudukinya. Lelaki itu juga bangkit dari kerusinya.

"Azira , saya nak bincang dengan awak sikit boleh?" ujar Harith. Tangannya mahu memberhentikan gadis itu dari meninggalkannya.

"Nak bincang apa ye Encik Harith. Saya rasa semuanya tak settle." . Perkataan Encik ditekankan. Lekas dia mahu meninggalkan lelaki itu.

Namun tangan Azira mula ditarik oleh Harith. Gadis itu menepis namun gengaman lelaki itu yang kuat tidak mampu dilawannya. Dia diheret menuju ke luar.

"Encik ni kenapa? Bawa saya pergi sini pulak?" soalnya geram. Lengannya yang digengam tadi dipegang.

Taman kecil yang diletakkan di sebelah balai polis menjadi tempat untuk mereka berbual. Harith melihat pergelangan tangan gadis itu. Dia mengeluh.

"Sa-saya minta maaf. Tangan awak okay ke? " lengan wanita dihadapannya itu mahu disentuh namun azira sempat mengelak.

"Encik Harith. Awak fikir saya perempuan murah ke? Yang boleh pegang sana sini." ujar gadis itu bengang. Harith menggeleng. Tak pernah sesekali dia anggap gadis dihadapannya itu gadis murah.

"Saya minta maaf. Fasal tangan awak tu dan mengenai kejadian 13 tahun lepas. Awak tolong lah maafka saya. Kalau awak nak pukul saya, pukul lah. Kalau itu yang boleh buatkan awak maafkan saya" luah Harith.

"Pukul?.." Azira memalingkan wajahnya. Seakan mahu meninggalkan lelaki itu. Harith mengeluh lagi.

Pak!

"Aduh!"

"Kau nak aku pukul kau kan? Ambil ini! Biar mati pun tak apa!" gadis itu memukul lelaki dihadapannya itu menggunakan buku yang dibawanya tadi. Dia fikir lelaki itu akan menghalangnya, namun tidak.

Malah lelaki lelaki jatuh pingsan dihadapannya.

"Harith?. Encik Harith?". Tiada respon dari Harith Mikail. Hatinya berasa gugup. Tak akan lah dah mati kut? Baru kena pukul dengan buku tak kan dah innalillah?

"Haduh dia ni. Kau janganlah mati dekat sini. Dah lah dekat dengan Balai Polis. Woii bangunlah. Harith! Bangun lah!"lengan Harith digoncangkan sedikit.

Betul-betul dah arwah ke? Tak akan lah dirinya sekarang ini sudah jadi pembunuh?!
Ya Allah apa aku dah buat ini! "Harith! Kau okay tak ni?" ujar Azira.

Gadis itu berfikir sejenak. "Kalau kau bangun aku maafkan kau. Bangun lah" arah Azira. Namun lelaki dihadapannya masih seperti tadi. "Wei!"

"Wuahhhh!!!!" Jerit Harith. Buku yang dipegang Azira tadi terhinggap di muka Harith.

"Kau! Kau saja je kan!" Jerit Azira lalu memukul Harith di kepala pula. Sah-sah lelaki itu sengaja pura-pura innalillah kerana mahu dia memaafkan dirinya.

"Aduhhh!!.." kata Harith sambil memegang kepalanya.

"Eh kau tak payah nak main-main dengan aku. Aku sebenarnya nak balas den.. Ya Allah darah" bukan dikepala namun di hidung.


MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now