Bab 4

1.1K 50 0
                                    

"Padan muka. Dah lah pendek! Saya tak nak kawan dengan awak!" ujar lelaki kecil yang masih berusia enam tahun itu. Tangisan seorang gadis kecil mula kedengaran.

"Nak lah balik patung saya itu. Saya nak. Jangan lah ambil patung saya.." rengek budak kecil itu. Kakinya mula terjengket jengket untuk mengambil barang miliknya namun tidak sampai.

"Tak boleh! " budak lelaki itu terus menolak gadis kecil itu sehingga jatuh dihadapan rumah. Habis luka lututnya akibat ditolak.

Tiba-tiba sebuah kereta myvi berwarna merah menghala kearah gadis kecil yang hanya menangis. Gadis kecil itu hanya menutup telingganya sambil memanggil ibunya.

"Ibu!"

Azira terbangun dari mimpi. Dahinya sudah berpeluh peluh akibat mimpi tersebut dilap dengan tangan. Dilihat jam di dinding lalu dia bangkit untuk pergi ke bilik air mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh.

"Assalamu'alaikum warahmatullah" tapak tangan disapu keatas muka dengan lembut. Selang beberapa saat dia mula mengigati mimpinya tadi.

"Kenapa mimpi itu datang lagi?" soalnya sendiri.

°°°

Orang ramai mula memerhati kearah sekumpulan gadis yang baru saja keluar dari lift. Gadis-gadis itu hanya berjalan ke arah bilik menunggu.

"Korang tunggu sini sekejap. Aku nak cari ayah aku sekejap. Jangan buat benda tak masuk akal pula dekat sini" terang Azira. Dia terus beredar. Mahu cari Encik Jakfer kot.

"Besar juga kan syarikat ayah dia ini?" ujar Dayah. Agak takjub jugalah dia jadinya.

"Pintu semua kat sini kaca. Tak privasilah macam ni. Macam mana kalau orang nampak aku nanti!" Terang Rose.

"Kau ingat kita baru kerja dah dapat pangkat yang besar-besar ke? Paling-paling kau duduk dekat bahagia tengah itu." tunjuk Aidaa. Yang lain hanya mengangguk.

"Tengok apa tu?"

"Kau ni Wina. Kan kita tengah tengok bilik Encik Jakfer ni. Kau ini sejenis lambat pickup ke apa? Otak itu dah loading sangat ke.." kata Rose.

"Saya bukan Wina tapi saya saddiq.  Secretary Encik Jakfer." terang Saddiq sopan.

Rose dan yang lain-lain pun menoleh. Dilihat seorang lelaki berbaju kemeja hitam berdiri tegak dibelakang mereka.

"Eh? ingatkan Wina yang cakap. Patutlah macam suara lelaki.." ujar Rose. Wina mula mencubit kawannya. Dia ingat suara aku ini suara jantan ke!

"kenapa tak masuk? Tunggu siapa?" soal Encik Jakfer yang baru sampai. Masing-masing tersenyum melihat kedatangan ayah Azira.

"Tunggu pakcik tadi." terang Aidaa. Encik jakfer pun menyuruh mereka semua masuk kedalam bilik mesyuarat. Kalau nak masuk bilik boss habis penuh! Tak ada tempat nak duduk pula itu!

"Ayah nak dia orang buat apa? Dia orang jenis yang tak kisah. Ayah arah saja mesti diorang ikut. Kan?" Perli Azira.

"Kamu ni kak.." Encik jakfer menggelengkan kepalanya. Azira hanya ketawa di belakang ayahnya. Takut pula nanti kena tepuk dengan kawannya.

"Pakcik nak aidaa dengan Wina jadi penulis novel. " kata Encik Jakfer.

"Dah kata ni syarikat pembuatan novel.." ujar Aidaa. Wina terus memukul bahu Aidaa. Yelah belum mula kerja lagi dah pandai mengalan boss.

"Habistu saya!" jerit Rose. Air matanya mula keluar. Tak akan lah dia di sini hanya menjadi makcik cleaner yang paling cantik? Ini tidak boleh jadi!

"Eh janganlah nangis. Rose pun pakcik terima bekerja dekat sini. Rose. Pakcik nak kamu jadi secretary kepada encik saddiq ni." terang Encik Jakfer.

Rose terus mengelap air matanya.

"Hah? Pakcik punya secretary adalah Encik Saddiq dan pakcik nak suruh saya jadi secretary Encik Saddiq pula?" soal Rose. Encik jakfer hanya mengangguk.

"Pakcik selalu ada hal dekat madrasah. Jadi selalunya saddiq yang akan ambil alih semunya. Jadi Rose kena lah tolong dia okay?" terang Encik Jakfer. Lelaki berusia itu adalah satu-satunya orang yang selalu menolong madrasah Al-Amin yang berdekatan dengan syarikatnya.

"Okey tu saja. kamu semua dah boleh keluar.." kata Encik jakfer.

"Macam halau je.." perli Rose. Encik Jakfer memandang Rose dengan pandangan yang tajam.

"Gurau je pakcik.." kata Rose lalu menyembunyikan dirinya di belakang Wina. Takut pula dengan renungan tahap maut tu..

"Kau pusing-pusing lah satu syarikat ni dulu. Aku nak bual dengan ayah aku sekejap." kata Azira.

"Okey jom!!.." kata Dayah. Dia bab jalan-jalan memang juara. Tapi ni mesti ada satu sebab. Sebabnya ialah untuk cari JODOH ataupun BODOH.. HAHAHAHHAHA.

"Ayah. kakak nak buat apa ni?. Ataupun kakak tak ada kerja?. Seronoklah kalau goyang kaki je kan. Macam ayah." ujar Azira.

"Eh kakak pun ada juga. Ayah nak kakak buat novel romantik komedi. Seorang penulis novel terjatuh cinta dengan seorang pegawai polis" terang Encik Jakfar.

"Tak payah jumpa lah ayah. Kakak tahu apa polis buat. Selalu polis ni kerja buat roadblock je. Lepastu tahan kakak. Nasib ada lesen." ujarnya lalu ketawa.

"Kamu ni kak. Ayah dah buat temu janji dah. Kamu pergi okay? ." pujuk Encik jakfer.

"Ayah ni buat muka kesian pulak. ni yang tak boleh ni. Okeylah.." akhirnya gadis itu menyerah. Dia sebenarnya takut terserempak dengan Harith Mikail.

Harap-harap tak jumpa lah!

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒOnde histórias criam vida. Descubra agora