Bab 2

1.6K 68 3
                                    

Motor Yamaha r6 berwarna hitam cantik terletak di tempat parking moto. Orang-orang yang berada di situ hanya memandang pemilik kenderaan tersebut.

Selang beberapa minit, seseorang mendekati salah satu meja yang sudah Agak penuh. Terus dia duduk di atas kerusi.

"Hai kawan neraka ku.." belum bagi salam sudah memanggil kawannya ahli neraka. Nampak saja wajah singa sahabatnya itu terus bibir mengukir senyuman. Lebih tempatnya gadis itu tersengih.

"Sampai hati. kitaorang jahat ikut siapa? kau kan. Aku yang baik-baik ayu ini pun disuruhnya naik yamaha r1. Habis hilang keayuan aku" ujar Dayah.

"Kitaorang jahat yang beragama tau. Masih lagi pakai tudung semua. Baju pun elok saja. Besar lagi! Ini kalau tak ada orang nak tak tahu lah" kali ini Rose pula yang bicara.

"Dah lah tu. irahh gurau je. Masing-masing hati tisu betul. Dalam hidup ni kan korang, jiwa kita kena kental!" sambil bicara Aida mengenggam tangan kanannya. Betul-betul kena kental!

"Entah korang ini. aku gurau je. Korang lah kawan dunia akhirat aku. Nanti kalau aku seorang masuk syurga, korang masuk neraka aku heret kau semua masuk syurga dengan aku. Okay? " sengaja gadis itu mahu memujuk. Tapi tak pujuk sangat pun!

"Sudah lah. Lepas ini kata nak jalan-jalan naik motor. Irahh kau order lah makanan cepat. Aku belanja" kata Aidaa

"Sweetnya. bersemut aku kat sini." kata Wina.

"Aidaa belanja aku seorang je asal kau pula yang lebih" Terus berubah riak muka wina pabila dikatakan begitu rupa. Remuk hatinya untuk menambah order nasi lemak ayam berempah kali ini.

"Order lah. Aku belanja semua" ujar Aidaa lagi. Terus bersinar biji mata gadis bernama wina itu.

"Korang. Ibu suruh aku kerja tempat ayah. Korang nak kerja juga tak? Aku boleh je cakap dengan ayah aku. Lagipun dia kan sudah kenal anak angkat dia yang banyak ini" terang Azira. Nak dijadikan cerita, mereka berlima memang dekat dari kecil sampailah dah besar gajah ini.

"Boleh ke? Ayah kau nak ke? Kang tak fasal-fasal bangkrup syarikat ayah kau nanti kalau ambil pekerja macam kitaorang" terang Dayah.

Azira hanya menghabiskan masa dengan membuat manuskrip. Walaupun jiran-jiran disebelah rumahnya mengatakan bahwa dia seorang penganggur, apa dia kisah? Keutamaan baginya ialah untuk menghantar dan mengambil adiknya pergi dan pulang sekolah.

Dayah. Hidupnya bukanlah senang mana. Nak dijadikan cerita, dia behenti bekerja kerana boss nya menuduh dia mencuri. Mana tak bengang! Wina pula hanya berhenti kerja kerana memang dia ingin berhenti.

Rose pula lain cerita. Bukannya miskin tapi sederhana. Dia memang sudah bekerja tapi hanya pekerja separuh masa saja. Gaji pun tak banyak dan diwaktu lainnya dia hanya menolong ibunya dikedai makan. Aidaa jangan cerita..orang kaya.

"Okey bagus. Aku nak kau jual satu barang ni.." kata Azira.

"Barang apa kau ni? Ayah kau jual apa? Dadah ke?! aku tak nak lah. Ingat lah wahai cucu-cucu hawa. buatlah kebaikan. Jangan lah kamu sesekali buat kejahatan.." tangan kanannya sudah diletakkan di dadanya. Insaf seketika.

Aidaa terus membuka kasut yang berada di kakinya lalu membaling kearah Rose. Yess!!! Kena!!.

"Sakit lah Aidaa.." marah Rose. Kepalanya diusap lembut. Nasib lah tak kuat dibalingnya. Ih perempuan ini! Ganas betul!

"Boleh tak kau dengar dulu penjelasan kawan kau ni. " kata Wina. Rose terus menyuruh Azira menyambung percakapannya .

"Kau ingat ayah aku jahat sangat ke sampai nak jual dadah. Aku nak korang join aku jual novel ni. Syarikat ayah aku kat buat novel.." kata Azira.

"Baru aku faham. Tapi ayah kau tak nampak macam buat syarikat pencetakan atau pembuatan novel pun?" ujar Dayah.

"Habistu kau nak suruh ayah aku tulis kan dahi dia ke baru kau puas hati?" azira memandang tajam kawannya itu. Cakap tak pakai otak!

"Tak payah nak gaduh lah. Ini, kau nak kitaorang semua pergi interview ke?. Atau kitaoarang ini masuk lalu orang dalam je?" kata Aidaa.

"Eh tak payah. Irahh boleh je cakap dengan ayah dia. Kan irahh? Mesti ayah dia okay punya. Daripada dia tengok anak perempuan dia lepak sampai malam walaupun cuma tengok bintang" terang Wina.

"Aku boleh je cakap macam yang wina suruh tu. Tapi kalau ayah aku suruh kau pergi jugak temu duga aku tak boleh nak halang.." kata Azira.

"Aduh!!.. pening kepala ku.." kata Rose. Mungkin disebabkan kasut Aidaa tadi kot.

"Dah-dah.. jangan nak stress sangat. Jom kita jalan-jalan.." kata Azira.

"Jom!!!!.." kata Dayah dan Rose serentak..

Azira dan rakan rakannya pun terus menaiki moto dan terus berjalan- jalan satu bandar. Orang sekeliling hanya memerhati saja. Mungkin Agak terkejut bagi mereka melihat seorang wanita menaiki moto berkuasa tinggi.

"Wei roadblock! Aduh masa ini juga lah dia nak buat" ngeluh Dayah.

"Tak payah lah jerit. Aku nampak lah. Kita kan ada lesen buat apa nak takut. Macam nampak hantu je lah kau ini." kata Azira. Dia meneruskan perjalannya. Sesampainya di hadapan polis , Azira dan teman temannya terus memberhentikan motornya.

"Boleh minta lesen Puan.." kata seorang pegawai polis.

"Sorry lah. tapi kitaorang still muda lagi.." kata Rose. Wina yang membawa Rose terus memaling kearah rakannya lalu mencubit paha Kawannya. Pantang nampak lelaki elok sikit!

"Eh yeke?? Sorry.." kata salah seorang pegawai polis.

"Tak pe.. saya minta maaf dengan peragai kawan saya ni. Dia memang macam ini. Dah tak boleh buat apa dah" terang Aidaa.

"Nah.." kata Azira lalu menghulurkan lesen motornya. Kad itu diambil oleh seorang pegawai lelaki. Wajahnya berkerut tiba-tiba. Selang beberapa saat wajah hadis itu dilihat.

"Irahh? Azira kan? " kata pegawai polis tersebut. Azira memandang kearah pegawai polis tersebut. Namun riaksinya hanya biasa. Mungkin sebab dia betul-betul tak kenal lelaki dihadapannya itu kut?

"Azira. Ni saya Harith. Awak tak kenal saya ke??.." kata lelaki tersebut. Tiba-tiba saja muka Azira menjadi pucat. Terus mata memandang kearah lain.

"Semua okay kan? Lesen saya masih hidup, pakai helmet. Nothing else right? jom kita gerak.." kata Azira kepada kawan kawannya.

Selepas menghantar kawannya , Azira pun terus pulang. Harini dia pulang lebih awal dari sebelumnya. Selalunya dia akan balik ke rumah pukul 12 malam. Tapi harini pukul 10 dia sudah pulang.

"Kakak?. awal balik. Selalunya pukul 12 malam" kata Hakimy yang tiba-tiba muncul dari bilik kakaknya.

"Kau nak apa lagi dik?. Sehari kalau tak kacau kakak kau ni tak sah kau ya?" ujar Azira.

"Tak nak apa-apa pun. Aku cuma nak tengok kau je.." terang Hakimy.

"Pergilah keluar. Aku tak ada mood nak marah kau. Aku penat." luah Azira.

"Kau merajuk dengan boyfriend kau ke kak? Tapi kau ada teman lelaki ke? Tak pernah nampak pun? Kawan kau pun senyap je." lelaki itu menyoal.

"Bila masa pula aku ada boyfriend ni. Kau tu yang ada girlfriend. Kau jangan sampai aku suruh jannah putus dengan kau. Ataupun aku bagi tahu ayah. Nak??" ugut Azira.

"Tak payah lah sampai macam tu sekali kak. Yelah aku tak kacau kau. Tapi jangan bagi tahu ayah dengan ibu. Faham??" ujar Hakimy. Azira terus bangun dan mengusir adiknya. Ditolak badan adiknya sampai keluar dari biliknya lalu pintu bilik dikunci.

Kini Azira sudah terbaring di atas katil. Merehatkan tubuh kecilnya.

"Macam mana aku boleh jumpa dia balik.. " kata Azira. Dia berterusan mengelamun sehinggalah dia tertidur.

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now