Bab 7

884 46 5
                                    


"Ya Allah! Maaf. Aku tak sengaja." ujar Azira. Tak sangka pula sampai berdarah hidung harith dibuatnya. Nampak sangat yang dirinya betul-betul membalas dendam.

"Saya boleh maafkan awak tapi awak pun kena maafkan saya." terang Harith. Hidungnya yang berdarah dibiarkan begitu saja. Untuk saat ini, yang penting adalah gadis dihadapannya itu.

"Kau fikir senang ke? Harith, kalau aku maafkan kau, abang aku boleh hidup balik ke?" soal Azira. Jujur kata, dia tidak lah marah sangat dengan kejadian beberapa tahun lepas. Encik Jakfer kata, ajal maut itu ketentuan Allah. Dan dia perlu redha.

Setiap manusia itu sudah ditetapkan tarikh kematian mereka sendiri. Yang berbeza cuma cara bagaimana setiap hamba itu meninggal. Tapi entah mengapa Azira tidak berapa gemar pabila dia melihat wajah Harith.

Kejadian yang lama sentiasa berputar-putar di mimpinya setiap kali dia berjumpa dengan lelaki itu. Salah kah dirinya?

"Aduhh! Sakitnya ya Allah!" jeritan Harith membuatkan Azira tersedar dari lamunannya. Terus dia memandang kembali kearah Harith.

"Tak payah lah terjerit-jerit. Jom lah aku hantar kau pergi hospital dulu." ajak Azira. Buat masa ini, hidung lelaki itu yang penting. Takut-takut patah saja hidung lelaki itu.

"Ok jom.." Harith berdiri dan membetulkan baju nya. Darah yang berada di hidung dibiarkan begitu saja. Azira cuba mencari sesuatu di dalam beg tangannya manakala Harith masih lagi berjalan. Meningalkan gadis itu di belakang.

"Eh sekejap.." arah Azira. Dia terus mengeluarkan tisu lalu memberikannya kepada Harith. Tak akan lah dia mahu membiarkan saja darah keluar dari hidung lelaki itu.

"Eh tak payah. Jom. saya nak pergi rumah mak ayah awak. Dekat mana eh rumahnya? Rumah lama awak ke? Atau awak dah pindah?" soal Harith.

Azira memandang lelaki itu pelik. Mengapa pula Harith mahu pergi ke rumahnya?

"Buat apa pulak? Sekarang ini kita kena pergi hospital. Chek kau punya hidung tu. Kalau patah macam mana?".

Harith hanya tersenyum. Risau juga Azira pada dirinya.

"Kenapa? Apa fasal kau pandang aku macam tu? Kau tak payah lah nak jumpa keluarga aku. Sekarang ini kau pergi hospital. Nanti duit rawatan kau tu, kau claim je lah dengan syarikat aku. Aku nak jumpa kawan aku ni.." terang Azira. Lupa pula yang dia ada janji dengan kawannya.

Fasal Harith ini.. Lelaki itu kan sudah besar panjang. Pandai-pandai lah pergi hospital sendiri.

"Okey jom pergi balai.." kata Harith lalu mahu menarik lengan Azira. Cepat-cepat Azira menarik tangannya.

"Okey fine." kata Azira.




"Lelaki memang mengada kan. Nak jumpa mak ayah aku pergilah sendiri. Sibuk nak ajak aku. Aku nak lepak pun tak boleh.." Ujar gadis itu.

Selesai saja pergi ke hospital, Harith mengajaknya berjumpa dengan Encik Jakfer. Awalnya dia ingin menolak tapi..

"Kalau awak tak nak nanti saya buat report yang saya kena pukul."

Atau

"Saya boleh je cakap dengan ayah awak yang awak pukul saya. Mesti dia marah kan?"

Ya Allah! Semakin menjadi-jadi peragai Harith mikhail! Sengaja dia mahu mengancam dirinya.

"Rimas aku!"

"Nak cakap pasal saya, cakap lah dalam hati. Tak payah nak rimas sangat. Mama saya kata kalau orang benci sangat dekat kita, nanti dia jadi jodoh kita" ujar Harith. Dia tersenyum kecil melihat reaksi Azira yang seakan mahu muntah.


MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now