Bab 3

1.3K 50 3
                                    

Rambut yang masih basah dibiarkan begitu saja. Nasiblah rambutnya hanya separas bahu saja. Bangkit saja dari kerusi Dan berjalan menuju ke ruang makan.

"Awal anak perempuan ibu ini mandi? Selalunya dah petang baru nak mandi. Kalau mandi awal pun sebab nak berjalan. nak pergi mana?." Soal Puan Aisyah.

"Nak pergi jumpa ayah nanti." Jawab gadis itu ringkas.

"Nak kerja dekat syarikat ayah ke?. Pandai ke kamu buat kerja? Kerja rumah pun sebulan dua kali je.." perli Puan Aisyah. Terus wanita separuh abad itu duduk di kerusi berhampiran dengan anaknya. Pinggan yang berisi cucur pisang itu diletakkan diatas meja.

"Pandai lah ibu. tengok lah anak siapa. Kalau tak pandai pun mesti ayah ajar kakak kan? Jadi, tak ada masalah!" Kata Azira bangga.

"Pukul berapa nak pergi?" tanya Puan Aisyah. Kain baju yang terletak elok dikerusi itu dicapai lalu dilipat kemas.

"Pukul 2 petang. Sekarang baru 10 pagi" ujarnya sambil ralat melihat kaca televisyen.

"Itu makanan yang ibu bawa tu, makan lah." kata Puan Aisyah. Azira pun makan dengan penuh berselera sambil Menonton drama korea kesukaannya yang bertajuk 'Hwarang' . Empat orang jejaka yang paling diminatinya.

Puan Aisyah pula sudah bergegas mencari telefon bimbitnya yang berdering. Selang beberapa minit wanita itu menghampiri anak gadisnya itu.

"Kakak! Kamu pergi tengok adik kamu dekat sekolah tu!" arah Puan Aisyah. Azira membuat muka pelik.

"Kenapa dengan kimi ibu? Sakit ke?" soal azira ingin tahu.

"Baik kamu pergi sekolah dia. Sekarang." arah Puan Aisyah lagi. Azira pun cepat-cepat naik ke atas dan memakai tudung. Dia pun terus menaiki motor lalu dia pergi ke sekolah adiknya.

15 minit kemudian, gadis itu tiba di sekolah. Terus Azira berjalan menuju ke bilik guru. Mencari kelibat adik bongsunya.

Sudah jumpa!

Langkah terus berjalan mendekati hakimy. Tanpa disuruh azira sudah duduk di bangku bersebelahan dengan adiknya.

"Adik saya buat apa cikgu??" Tanya Azira. Hakimy hanya memandang lantai. Tidak sanggup melihat wajah garang kakaknya. Tiba-tiba datang seorang lagi murid.

"Jannah? " ujar Azira pelik. Dia dah boleh agak apa yang terjadi sebenarnya. Terus mata tertumpu kearah Hakimy yang dari tadi mendiamkan diri.

"Adik kamu ni Azira. sebijik dengan peragai kamu dulu. Saya dah tak tahu lah nak buat apa lagi. Boleh pula dia pergi dating dekat dalam dewan waktu rehat. Nasib bukan berdua.." kata Cikgu Din panjang lebar.

"Eh? cikgu jangan nak babitkan saya. Saya walaupun murid yang selalu ponteng kelas tapi saya jugaklah murid yang paling pandai. Saya tak pandai bercintan cintun ni. Semak je" ujat Azira. Perkataan cinta ditekankan di situ. Memerli adiknya.

"Kata-kata kamu dengan adik kamu sama je. Penat lah cikgu layan kamu ni. Ini amaran kedua cikgu bagi dekat kamu ya hakimy. Kalau kamu macam ini lagi.. Cikgu.."

"Cikgu nak buang adik saya dari sekolah ini ke?"

"Tak adalah sampai macam tu. Gantung sekolah pun paling-paling. Dulu kamu pun pernah digantung sekolah kan? Sekali? Betul tak?" ujar Cikgu Din.

"Eh betul lah!. Lepastu.."

Kini Cikgu Din dan Azira tidak berceritakan hal Hakimy dan Jannah malahan bercerita tentang kisah dulu-dulu sewaktu Azira bersekolah di situ. Habis saja bercerita, azira pun terus berjalan untuk pulang kerumah.

"Eh kakak. pandai tukar topik. Cikgu panggil kau sebab aku bukan sebab nak mengigati kisah-kisah kau tu." Kata Hakimy. Harini dia pulang jam 12 tengahari kerana guru-guru akan mengadakan majlis perpisahan untuk guru ganti.

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz