Bab 5

1K 46 3
                                    

Kedua belah tangan ligat menaip sesuatu di komputer ribanya. Selang beberapa saat kepala diletakan di atas meja. Begitu sukar bagi gadis bernama Azira untuk mencari idea buat manuskripnya.

        
"Kakak? Esok kamu pergi balai polis kan?." Kata Encik Jakfer. Azira mengerut keningnya. Kenapa pula dia harus pergi ke Balai polis? Adiknya kena tangkap polis lagi sekali ke?

"Buat apa pula? Kakak tak pernah kena saman, anak lelaki ayah pun tak buat hal lagi kan? Lagipun kakak tak nak jumpa dengan.."

"Dengan siapa??" ucapannya dipotong oleh Encik Jakfer. Azira hanya terdiam. Mulutnya ditepuk untuk beberapa kali. Kenapa lah dirinya terlepas cakap. Nasib baik dia tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Kakak. Kan ayah suruh kamu pergi balai polis sebab nak jadi wartawan. Untuk novel kamu tu. Kenapa? Ada boyfriend ke dekat situ?." Tanya Encik Jakfer sambil tersenyum. Mana lah tahu kan.

"Tak adalah ayah. Kakak tak nak jumpa si Harith tu!!" Kini semua orang didalam rumah itu senyap. Azira mengeluh. Kenapa boleh terlepas cakap lagi!

"Harith mana kak?" Tanya Hakimy yang tiba-tiba keluar dari dapur. Begitu lah sikap hakimy. Pantang ada gosip sikit, menguping saja kerjanya!

Azira terus membuat muka sambil memandang kearah ayahnya. Encik jakfer hanya senyap. Tiada kata-kata darinya.

"Kakak keluar dulu" kata Azira lalu mengambil kunci motornya. Beberapa minit kemudian dia berhenti ditepi jalan lalu dia memandang langit yang gelap.

"Aku benci kau Harith Mikail!" Jerit Azira. Dia tidak kisah akan orang disekelilingnya. Lantak lah orang nak bicara apa pun, yang penting sekarang ini dia memang benci dengan lelaki itu. Mengapa harus lelaki itu datang kembali setelah sekian lama?

"Kenapa awak benci sangat dengan saya irahh.." Azira memaling kebelakang. Wajah Harith yang sayu dipandang. Mengapa dia ada di sini?

"Kenapa irahh.." tanya Harith lagi sekali. Secara tidak sengaja dirinya hanya mahu berjalan sekitar kawasan perumahannya itu dan akhirnya tuhan menemukannya dengan gadis dihadapannya itu. Wajah Azira dipandang.

Begitu benci kah gadis itu kepada dirinya?

Azira memandang Harith dengan senyuman sinis. Apa lelaki itu tidak ingat akan kejadian masa lalu? Atau mungkin. Dia hanya mahu menutupi kesalahannya sendiri.

"Kau tak ingat dulu?" soal gadis itu. Semakin lama semakin muak dengan sifat lelaki itu yang seperti tidak ada rasa bersalah. Kini dia mahu meluahkan segala-galanya.


    
19 tahun lepas

azira duduk berseorangan sambil memeluk patung kesukaannya. Dia melihat Harith yang leka bermain bola bersama rakannya. Azira tersenyum sorang-sorang.

"Kau kenapa senyum!" Jerit Harith. Dia tidak suka anak kecil itu memandangnya. Azira terus membuat muka. Tiada lagi semyuman daripadanya. Untuk anak kecil yang masih berusia 9 tahun, hatinya mudah tersentuh.

"Saya nak main dengan awak boleh?" Tanya Azira lembut. Setiap hari azira akan sentiasa menyoal soalan yang sama. Namun, setiap kali dia mengajukan soalan, hanya perkataan tidak yang didengarinya.

Namun, kali ini jawapannya berbeza.

"Boleh. Tapi aku nak kau buang patung ni dulu." Kata Harith lalu merampas patung milik Azira. Azira cuba untuk mengambil anak patungnya semula.

Anak lelaki itu mengangkat tangannya semakin keatas membuatkan azira tidak dapat mencapainya. "Saya nak! Bagi lah balik!" jerit Azira. Air matanya sudah bertakung.

"Tak boleh!!" Jerit Harith lalu menolak azira ke tengah jalan. Terus budak lelaki itu membelakangi  gadis kecil yang sudah mengalir kan air mata. Dia berjalan menuju ke tong sampah.

Tiba-tiba sebuah kereta myvi berwarna merah menghala ke arah Azira.

"Ibu!"

Bammppp!!!!!

Kelopak mata dibuka. Mata yang samar-samar membuatkan dirinya mengelipkan matanya berulang kali. Sosok tubuh seseorang yang berdiri di sisinya dipandang.
     
"Kakak.." kata seorang perempuan yang bergelar ibu. Air matanya tidak pernah berhenti daripada mengalir. Azira dengan perlahan-lahan mengusap air mata dari pipi ibunya.

"Ibu..." Panggil Azira sepatah. Kini ibunya semakin banyak mengeluarkan air mata. Encik jakfer cepat-cepat memeluk isterinya.

"Kenapa ni ibu? Abang irfan mana?. Tadi dia yang selamatkan kakak kan? Mana abang ibu?" Tanya Azira bertubi-tubi. Soalannya hanya dijawab dengan tangisan.

"Abang irfan kamu dah tak ada. Dia sudah pergi syurga." terang Encik jakfer. Azira yang mendengar kata-kata ayahnya kini terus bangun. Kepalanya yang sakit dibiarkan begitu saja.

"Jangan main-main ayah. Mana abang irfan?" Tanya Azira lagi sekali. Kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Soalannya hanya dijawab dengan gelengan dari ayahnya. Kini air mata yang bertakung mula mengalir.

Sesetengah kanak-kanak yang masih kecil tidak tahu akan maksud yang disampaikan oleh orang dewasa tapi bagi Azira, dia amat mengerti akan ucapan yang dikatakan oleh Encik Jakfer.

"Ini semua sebab dia ayah! Dia yang tolak kakak. Kalau dia tak tolak kakak semua ini tak akan jadi! Suruh dia bagi balik abang kakak! Kakak nak abang.." rengek Azira. Dia kini memeluk Puan Aisyah.

Encik jakfer dan Puan Aisyah terus memeluk anak perempuannya. Azira kini hanya menangis di pangkuan ibu dan ayahnya..

       
"Saya minta maaf irahh." luah Harith. Hatinya penuh rasa bersalah terhadap wanita di hadapannya itu. Semenjak itu,ibu ayah Harith berpindah kerana rasa bersalah.

"Minta maaf? Maaf dari kau tak akan ubah apa-apalah. Abang aku tak boleh hidup balik!" jerit Azira. Dia terus beredar dari situ.

   

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Azira termenung di balkoni tingkat atas. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari orang yang tak dikenali. Panggilan itu dijawab.

"Assalamualaikum. Siapa ni?"

"Saya betul-betul minta maaf irahh" jawab lelaki di talian. Azira terus mematikan telefonnya. Kini telefonnya sentiasa berbunyi. Seperti seorang boss yang mendapat panggilan dari pekerjanya.

"Jangan call aku!!!" Jerit Azira di talian. Macam mana lah lelaki itu bisa mendapat nombornya.

"Okey aku tak call kau.." Azira berasa terkejut terus melihat nombor di talian. Dipandang ke arah skrin telefonnya. Ya Allah, apa aku dah buat ni!

"Rose!!!. Aku minta maaf sangat-sangat. tadi ada banyak jembalang tanah call aku. Itu yang aku emosi semacam" terang Azira. Rose yang berada di talian kedengaran seperti menanggis akibat ditengking oleh kawannya.

"Aku nak bagi tahu kau. Esok kau kena jumpa dengan Encik Harith Mikail. Pegawai polis yang ayah kau suruh jumpa tu. Okay bye" ujar Rose lalu mematikan telefonnya.

"Rose!!!" Panggil Azira. Dirinya semakin rungsing. Rambutnya ditarik untuk beberapa kali.

"Disebabkan Mamat tak guna itulah aku tersalah marah orang! Tak guna betul lah! Siap kau esok!" ujar Azira dengan nada geram. Mahu tak mahu, terpaksa lah dia pergi esok. Kalau tidak, habis dia akan dimarahi oleh Encik Jakfer.



  

     

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now