Bab 9

794 44 1
                                    

_MINAH MOTO ABANG POLIS_


Azira pov ^~^

Nampaknya aku dah tak payah jumpa si mamat polis tu. Tapi kenapa hati aku ni rasa sedih.

"Kakak!!!.." jerit Hakimy lalu membuka pintu bilik ku seluas lautan. Acewahh!!!.

"Kau nak apa kimi. Tak serik ke kau bagi aku ceramah masa tu.." kata aku. Jelingan aku berikan kepada Hakimy. Dia hanya sekadar tersengeh macam kerang busuk.

"Kakak. Ada orang datang nak masuk minang kau lah. Ni yang ibu suruh aku panggil kau. " kata Hakimy. Aku terus ketawa terbahak-bahak. Minah moto macam aku ni ada orang masuk minang?. Lawak sangat weyy..

"Kau jangan main-main kimi..aku?? Kawin?? " kata ku. Kali ini makin kuat aku ketawa. Dah macam pontianak dah.

"Kau ni kakak. Aku cakap betul-betul lah. Muka aku ni tak serius ke??" Kata Hakimy. Aku hanya terdiam. Handphone yang berada di tangan Hakimy aku ambil.

"Baik kau cakap betul-betul sebelum aku amek handphone kau ni.." kata aku.

"Kakak!!. Bagilah balik. Kau jangan sampai aku bagitahu ibu.." kata Hakimy.

"Pergi lah bagitahu. Kau tu suka sakitkan hati aku. Ada orang masuk minang lah.. apa lah.. " kata ku tidak puas hati.

"Ibu!!!.." jerit Hakimy lalu turun ke bawah. Nak ngadu lah tu. Aku pun cepat-cepat lari untuk mendapatkan si Hakimy tu.



.....

"Ibu!!!!.." jerit Hakimy.

"Kamu dah kenapa kimi. Asik nak bergaduh je." Kata Puan Aisyah. Dia pun sudah pusing kepala tengok peragai anak dia ni.

"Kakak tu lah. Orang cakap betul-betul dia ketawa pulak. Habistu dia pergi amek handphone kimi ibu!!" Kata Hakimy. Kakinya.dihentak hentakkan.

"Kimi!! Kau tipu aku..." Kata Azira yang tiba-tiba datang. Kata-katanya terhenti.

"Azira Jakfer. Kita ada tetamu ni. Pergi pakai tudung sekarang!!." Marah Puan Aisyah.

Harith pov ^~^

Aku hanya melihat sahaja ibu Azira. Terus cepat-cepat dia berlari untuk dapatkan tudung. Sampai tersungkuh lagi.

"Abang. Tak payah ketawakan sangat si Azira tu.." kata Puan Maznah.

"Mana ada. Ibu ni.." kataku.

"Kimi bagitahu apa dekat kakak sampai dia marah macam tu.." tanya puan Aisyah kepada anak bongsunya.

Aku hanya mendengar sambil menghirup air tea yang dibuat oleh Puan Aisyah.

"Kimi bagitahu yang abang Harith ni nak melamar kakak. Tu jer.. " kata hakimy.

Air yang di dalam mulut aku keluarkan.

"Selekeh betul lah abang ni. Dah besar kan." Marah hakimy. Dia marah bukan sebab apa.. air yang di sembur Harith tadi terkena mukanya.

"Opss. Sorry kimi. Abang tak sengaja.." kata aku.


.....



Kini Azira pun turun. Dia hanya memakai shawl sahaja.

"Kimi. Kau kenapa?? Nak cakap baru lepas mandi.. kau still pakai baju tadi.." kata Azira.

"Tanyalah bakal tunang kakak ni!!" Kata Hakimy lalu beredar untuk membersihkan dirinya.

"Tunang??.." Tanya Azira pelik.

"Ni Ibu Harith datang nak masuk minang kamu.." kata Puan Maznah.

Ishh ibu ni.. orang tak nak kawin lagi lah. Kalau orang nak kawin..orang kawin dengan...." Kata Azira perlahan tapi dapat didengari oleh Ibunya.

"Dengan suami kak joyah tu??. Hah baguslah tu. Nanti kamu jaga anak dia. Kamu bukan tak tahu anak dia dah nak masuk 16 orang.." kata Puan Aisyah. Puan Maznah dan Harith hanya terdiam. Tak tahu nak cakap apa.

MINAH MOTO,ABANG POLIS ⓒWhere stories live. Discover now