C1〡Under The Wings ⌞₀

71 14 4
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

Kedua-dua belah tangan disilangkan di dada tatkala lama menunggu permaisuri di dalam bilik. Sedari pagi tadi, perutnya langsung tidak menjamah sebarang hidangan akibat menanti kelahiran bakal putera tunggalnya.

Raja Alanark melepaskan keluhan lagi. Hatinya gundah-gulana memikirkan nasib isteri yang berada di dalam, bertarung dengan kematian. Sesekali, dia memandang Encik Theodore yang setia di sisinya.

Tidak lama kemudian, tangisan kecil kedengaran datang dari dalam. Pintu bilik yang gah itu dibuka bagi membenarkan Raja Alanark melawat isteri dan anak pertamanya.

Kakinya menapak berat menuju ke katil. Bayi sulungnya dibawa pergi ke bilik air untuk dibersihkan, manakala permaisuri hati terbaring lemah di katil empuk.

      "Tahniah... dan terima kasih, adinda," lembut ucapan Raja Alanark. Permaisuri Helena mengangguk lemah. Dia kehilangan banyak tenaga dan darah ketika itu.

"Nama apa yang adinda mahu berikan?"

     "Theo...." Sepatah nama disebut lemah sebelum mata tertutup rapat. Raja Alanark menyuruh bidan untuk segera memeriksa keadaan isterinya.

Beberapa saat menunggu, dia menerima gelengan daripada bidan tersebut. Raja Alanark terpaku, begitu juga butler di sisi. Pegangan tangan isterinya yang masih terasa hangat semakin dieratkan. Wajah Permaisuri Helena dihiasi dengan senyuman tipis.

Raja Alanark menahan empangan air mata yang hampir pecah. Dahi Sang Permaisuri yang meninggalkan dirinya bersama seorang anak dikucup lama. Sebelah tangan memeluk erat tubuh si isteri.

"Adinda...."

     "Tuanku Alanark, tuan putera sudah selesai dibersihkan," ucap seorang pembantu. Suaranya takut-takut hendak menyapa raja itu.

Raja Alanark menyambut bayi tersebut. Wajah bayi itu ditatap lama. Kulitnya halus, putih dan gebu. Beberapa helaian rambut berwarna perang keemasan menambah kecomelan wajah anak kecil itu. Meskipun masih meratap pemergian mengejut sang isteri, senyuman tetap cuba untuk diukir untuk bayinya.

"Adinda.... Theo Alanark... our little prince...."

***

"Tuanku Theo, perkenalkan ini adik saya. Luca Theodore."

Di sebalik tubuh Louis, Theo mengintai kelibat budak lelaki yang berdiri di sisi Encik Theodore. Tangan kecilnya menggenggam erat sisi seluar Louis akibat rasa takut terhadap orang luar itu.

     "Luca, perkenalkan diri kamu," arah Encik Theodore. Budak lelaki berambut hitam pekat itu menganggukkan kepala bersama senyuman. Dia mendekati Theo yang bersembunyi di sebalik Louis.

UTOPIAWhere stories live. Discover now