C1〡Under The Wings ⌞₂

27 9 0
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

     "Penatnya..." Luca mengadu sambil menggeliat kecil. Theo menggeleng perlahan bersama senyuman tipis. Buku tulis di hadapan ditutup seusai menyelesaikan kerja yang diberi pagi tadi.

     "Kita baru buat kerja ni tiga puluh minit je," perli Theo. Luca menjeling tajam perli itu. Bibirnya dimuncungkan serupa mulut itik.

"Tak seronoklah belajar. Luca tak minat pun subjek ni."

"Tapi nak tak nak, kena belajar juga. Demi masa depan."

     "Urgh. Sebut fasal masa depan, Theo nak jadi apa bila dah besar nanti? Sama macam Tuanku Alanark ke?" Luca memusingkan sedikit badan untuk menghadap Theo di sisinya. Sebelah tangan menongkat kepala di atas meja.

Theo menjongket bahu.

     "Tak rasa yang Theo nak jadi macam ayahanda. Ayahanda terlalu sibuk dengan urusan negara sampaikan tiada masa untuk Theo," luah si kecil itu. Pandangannya berubah redup, menandakan hatinya yang terasa sunyi setiap kali teringatkan Raja Alanark.

     "Tapi kalau Tuanku Alanark tak buat macam tu, negara tak akan terurus," balas Luca tenang.

     "Memanglah. Theo faham tu. Tapi... ayahanda mungkir janji. Dulu ayahanda kata akan cuba cari masa untuk teman Theo. Tapi sekarang ni, ayahanda langsung tak ada masa. Ayahanda tak patut berjanji kalau macam tu," sambung Theo kecewa. Bahunya mengendur, nada suaranya berubah perlahan.

Tanpa Luca ketika dia kecil dahulu, hanya Louis yang ada bersamanya sentiasa. Namun itu pun tidak mencukupi memandangkan Louis tidak aktif sebagaimana Theo yang gemar bermain.

     "Tapi rasanya Theo minat fasal bom dan racun baru-baru ni," sambung Theo. Dia tersengih-sengih apabila Luca memandangnya dengan mata yang bulat.

"Bom dan racun?"

"Yup. Nampak menarik. Tapi Theo tak pasti lagi nak dalami atau tak benda ni."

Luca menggeleng dengan rasa tidak percaya. Tak pernah dijangkanya bahawa Theo meminati perkara seperti itu. Tambahan pula, negara mereka kurang dengan racun dan bom kimia. Tidak tahulah dari mana Theo tahu fasal dua benda itu.

     "Okay tu jelah. Luca pula, tak ada impian ke?" Giliran Theo pula menyoal. Budak lelaki berambut hitam tersengih lebar. Lantas itu, dia berlari mengambil sebuah buku yang disusun di rak di dalam bilik belajar tersebut.

"Wings?"

Luca mengangguk laju. Isi buku itu dibuka untuk ditunjukkan pada Theo. Dia menyelak halaman mukasurat buku tersebut hingga tiba ke satu lukisan yang ada di dalamnya.

     "Perang? Luca minat perang ke?" Theo menyoal agak terkejut. Membulat mata Luca tatkala Theo berfikiran begitu. Dia menafikan pandangan Theo.

UTOPIAWhere stories live. Discover now