C1〡Under The Wings ⌞₃

27 8 0
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

Deringan jam loceng dimatikan sebaik sahaja objek itu berbunyi. Luca mengemaskan rambut hitam pekatnya di hadapan cermin yang ada di dalam bilik itu.

Usai bersiap, dia melangkah keluar dari bilik untuk mengambil angin luar di taman. Di kala kakinya menjejakkan kaki di koridor berdekatan bilik Louis, telinga menangkap perbualan dua orang pembantu.

     "Betul ke apa yang diberitahu Louis tempoh hari?" soal salah seorang pembantu meminta kepastian.

     "Erm. Louis orang terdekat Tuanku Alanark. Takkan dia nak tipu," balas seorang lagi.

"Kalau betul... kasihanlah. Mereka berdua dah lima tahun bersama. Kalau..."

Belum sempat pembantu itu menghabiskan ayatnya, lagi seorang menutup mulutnya pantas bagai mengesan kehadiran Luca yang berselindung di sebalik dinding.

     "Ada orang. Jom pergi." Dua pembantu tersebut terus berlalu pergi. Dahi Luca berkeriut seribu. Dia menapak keluar dari sebalik dinding. Tujuannya untuk ke taman istana ditukar ke bilik Louis.

Tiba di hadapan bilik butler peribadi Sang Putera itu, Luca menarik nafas dalam sebelum mengetuk pintu.

"Abang, ni Luca."

Tiada sahutan. Luca memanggil lagi. Namun masih tiada suara si abang berbunyi dari dalam. Jam di pergelangan tangan ditilik.

Jam tujuh pagi. Waktu Louis bekerja bermula pada pukul 7.30 pagi, bermaksud yang masih ada tiga puluh minit berbaki sebelum jejaka itu bertugas untuk Theo.

"Abang!"

     "Luca. Awal kamu bangun," tegur satu suara yang tidak asing. Luca berpaling ke sisi, menghadap Encik Theodore.

"Papa."

"Apa kamu buat di sini? Kelas kamu mula pukul lapan pagi."

     "Papa, ada apa-apa arahan ke daripada Tuanku Alanark tentang Luca dan Theo?" Luca menyoal tanpa berselindung.

Raut wajah Encik Theodore berubah tegas.

      "Kamu tak perlu tahu apa-apa. Pergi ke bilik tuanku. Suruh tuanku bersiap. Hari ni Louis ada hal di luar," arah Encik Theodore tegas. Luca tersentak dengan perubahan suara bapanya. Dek perasaan takut yang mengejut, si kecil terus berlari pergi ke bilik Theo.

***

     "Oi Luca. Kenapa muram sangat?" Theo menyoal sebaik sahaja buku ditutup. Sejak awal lagi, kawan baiknya itu langsung tidak bersemangat seperti biasa.

Luca melepaskan keluhan. Wajah Theo direnung seketika. Saat ini, hatinya gundah-gulana memikirkan tentang makluman yang disampaikan oleh Louis.

UTOPIAWhere stories live. Discover now