C1〡Under The Wings ⌞₁

44 10 2
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

"Theo, datanglah sini!" jerit Luca lantang. Tangannya membuat gaya memanggil putera tunggal itu untuk datang ke arahnya. Theo Alanark berlari-lari anak mendapatkan Luca.

"Apa ni?"

Jari telunjuk dihalakan ke arah seekor siput yang dipegang Luca. Dahi si putera berkeriut memandang haiwan yang jarang dilihatnya itu.

"Ni siput. Theo tak pernah nampak?" Luca menyoal lantas dibalas dengan gelengan Theo. Terfikirkan sesuatu, Luca menyuruh putera itu untuk memberikan tapak tangannya.

"Apa... ah! Luca!"

"Ah Theo! Siput tu tak gigit pun!"

Terkejut dek tindakan Luca, Theo automatik menarik tapak tangannya sebaik sahaja Luca beri padanya, menyebabkan siput itu terjatuh ke rumput. Luca mengambil semula siput itu. Bibirnya dimuncungkan.

"Siput ni comellah," rajuk Luca tidak berpuas hati. Theo garu kepala yang tidak gatal. Datang mana comelnya pada siput yang bersembunyi di sebalik cangkerang itu?

"Tak geli ke? Kan badan dia berlendir. Ei." Theo memeluk tubuh sambil menjarakkan diri. Luca meletakkan semula siput itu di sebalik pokok-pokok bunga. Dia berdiri daripada bertinggung lalu menepuk-nepuk tangannya antara satu sama lain.

"Tak geli pun. Abang selalu jumpa siput lepas tu bagi pada Luca," jawab Luca selamba. Bertambah geli Theo jadinya.

"Ei tak naklah cakap fasal siput. Geli."

"Yalah. Theo nak main apa?"

Si putera berfikir sejenak. Bab bermain ini, dia kekurangan idea memandangkan sepanjang dia hidup sebelum kedatangan Luca, dia jarang bermain kecuali apabila Louis ada masa terluang.

"Teka lakonan?"

"Tak naklah. Theo je pandai berlakon jadi orang lain. Luca tak pandai," Luca menolak.

"Sembunyi-sembunyi?" cadang Theo lagi. Luca serta-merta memandang putera itu atas bawah. Pelik.

"Bukan Theo tak suka ke main sorok-sorok ni?"

"Sekarang masih pagi. Bukan ada apa-apa pun," dalih Theo memberikan alasan. Luca mengangguk setuju.

"Sebabkan istana ni besar sangat, kita main dalam kawasan taman ni je. Okay?"

"Okay!"

"Theo pergi sembunyi dulu. Lepas 30 saat, Luca cari," terang Luca. Theo menunjukkan simbol okay lantas itu permainan dimulakan. Luca menutup mata rapat sambil mengira selama tiga puluh saat manakala Theo berlari mencari tempat persembunyian.

"Lima belas, enam belas..."

Tepat sahaja saat ke tiga puluh, Luca memulakan pencariannya. Di kawasan taman bunga yang luas itu, dia mencari kelibat Theo yang lebih kecil daripadanya.

UTOPIAWhere stories live. Discover now