C1〡Under The Wings ⌞₈

20 9 0
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

Keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat. Wajah tua diraup sebelah tangan sambil mengambil tempat di kerusi rehat.

Raja Alanark melemparkan pandangan ke arah luar tingkap. Keamanan yang dirasainya ketika ini bakal digugat bila-bila masa sahaja. Jika hari ini matanya melihat pemandangan biru, pertumpahan darah pula akan menjadi tumpuan di esok hari.

Dia mengalihkan pandangan ke arah bingkai gambar permaisurinya. Tanpa suri hati, hidupnya menjadi lebih sunyi. Segala urusan pentadbiran diuruskannya tanpa kehadiran Theo di sisi. Namun itu semua adalah akibat tindakannya sendiri.

     "Adinda, jika adinda masih hidup, adinda akan ajar Theo berkenaan politik sewaktu dia kecil ke?" Raja Alanark berbisik sendirian. Letih dengan berita yang diterima sebentar tadi, raja itu hanya mahukan ketenangan di saat ini.

Tidak sampai sesaat dia berehat, pintu biliknya diketuk. Satu laporan diterima mengejutkan dirinya. Lantas itu, arahan diberikan.

***

Theo melemparkan tubuh ke katil. Nafas dihela berat sambil menutup mata dengan sebelah lengan. Badannya terasa segar sebaik sahaja membersihkan diri setelah selesai latihan pada hari ini.

Genap dua bulan dia berlatih berlawan pedang, kemahirannya bertambah baik meskipun tidak mendadak. Segala titik peluh yang mengalir keluar dirasakan seperti pengorbanan untuk persahabatannya.

Sang Putera mencapai surat terakhir Luca berdekatan katil. Surat yang diambil daripada Louis itu, dia simpan kemas. Hari ini, cukuplah sebulan Luca berada di kem latihan ketenteraan berdasarkan apa yang diberitahu Louis.

Hatinya tidak sabar hendak berjumpa dengan sahabatnya itu. Walaupun dia masih tidak pasti bila, hajat itu pasti akan tercapai jua suatu hari nanti.

Di kala Sang Putera termenung membaca isi surat, pintu bilik diketuk dari luar. Surat segera disimpan semula di dalam laci berkunci sebelum membenarkan tetamu masuk.

     "Tuanku, masa untuk pemeriksaan kesihatan," ujar pembantu yang turut masuk ke dalam bersama doktor peribadi Theo. Putera itu sekadar memberi anggukan lalu duduk di sisi katil.

      "Tuanku ada rasa sakit apa-apa ke untuk seminggu ini?" soal doktor itu. Theo menggeleng. Doktor peribadi tersebut sambung memeriksa tahap kesihatan Sang Putera.

"Kesihatan tuanku sama seperti minggu lalu, iaitu semakin baik. Tuanku ada bersenam ke baru-baru ini?"

     "Ada. Senaman ringan setiap petang," balas Theo tanpa nada. Doktor itu mengangguk kecil. Kit kesihatannya dikemaskan semula seusai sahaja memeriksa kesihatan putera tunggal itu.

UTOPIAWhere stories live. Discover now