C1〡Under The Wings ⌞₅

20 8 0
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

Hampir dua jam berlalu, Louis masih mencari kelibat puteranya yang menghilangkan diri sejak pagi tadi. Jika ditanyakan pada pembantu yang lain, tiada siapa yang tahu. Theo lesap bagaikan angin.

     "Louis," tegur Raja Alanark dari koridor. Jejaka itu lantas menunduk hormat sesaat sebelum bertanyakan soalan.

     "Tuanku ada ternampak Theo di mana-mana? Sejak pagi tadi, Tuanku Theo menghilangkan diri," lapor butler muda itu. Rasa risau semakin memuncak apabila membayangkan ini kali pertama putera itu lesap dari istana.

Raja Alanark memandang sekilas ke luar tingkap. Senyuman tipis diukir di bibir, membuatkan Louis tertanya-tanya.

     "Louis tak perlu risau sangat. Theo takkan keluar dari kawasan istana. Istana ini ada ramai pengawal yang berjaga," ujar Raja Alanark tenang. Louis telan air liur kesat. Dia menunduk seraya mengucapkan terima kasih lalu berjalan pergi.

     "Tuanku... mana tuanku pergi?" gumamnya perlahan. Lokasi apa lagi yang masih belum dia pergi? Semua tempat di istana sudah dilawatnya.

Tiba di taman istana, kelibat Theo tidak kelihatan. Kesan jejak kaki putera itu juga tidak dilihat.

"Tuanku...."

     "Encik Louis, ada surat daripada Luca untuk encik," tegur seorang pembantu mengejut. Louis menerima surat itu lalu terus dibaca isinya. Kebiasaannya, surat daripada keluarganya akan terus dihantar ke bilik.

'Louis Theodore.

Abang, hujung minggu ni, Luca akan bergerak ke kem ketenteraan untuk mulakan latihan. Jadi, untuk masa sebulan ni, Luca tak akan hantar surat dan papa yang akan gantikan untuk lapor keadaan mama. Setakat ni, keadaan mama makin baik dengan bantuan perubatan daripada Tuanku Alanark. Maka abang tak perlu risau.

Theo sihat ke di sana? Abang, tolong terus jagakan Theo untuk Luca. Luca nak tengok Theo sihat bila Luca datang sana nanti. Apa-apapun, jangan beritahu Theo fasal Luca pergi ke kem ketenteraan. Nanti dia sibuk nak datang melawat.

Sekian itu sahaja daripada Luca.

Luca Theodore.'

     "Macam mana nak jaga kalau tuanku sendiri menghilangkan diri..." bebel Louis sendirian. Pelipis kepala diurut perlahan.

     "Terima..." belum sempat dia mengucapkan terima kasih, pembantu tadi sudah tidak kelihatan. Maka surat tersebut terpaksa disimpan semula ke dalam poket.

"Mana tuanku..."

Tersedar akan sesuatu, Louis bergegas laju menuju ke biliknya. Dia terpaksa berlari meskipun seorang butler peribadi tidak patut berlari di dalam kawasan istana jika tiada urusan kecemasan.

UTOPIAWhere stories live. Discover now