C1〡Under The Wings ⌞₄

20 9 0
                                    

_______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________________________

"Selamat hari lahir, Tuanku Theo."

Berulang kali, ucapan yang sama disampaikan kepada Sang Putera. Di dalam dewan majlis yang megah itu, puluhan bangsawan berkumpul untuk menyambut hari lahir putera tunggal kerajaan tersebut. Semuanya teruja apabila dapat melihat Theo Alanark buat kali pertama.

     "Comelnya!" Teruja salah seorang tetamu di kala dia bertemu dengan putera kecil. Theo sekadar simpul senyuman. Dia sedaya-upaya menyembunyikan rasa gugupnya.

"Terima kasih."

"Theo!"

Si kecil berpaling ke belakang. Kelibat Luca bersama Encik Theodore kelihatan dari koridor belakang dewan. Tanpa menunggu keizinan Raja Alanark, Theo berlari-lari anak mendapatkan Luca.

     "Selamat hari lahir, Theo!" ucap Luca teruja. Theo senyum menampakkan gigi. Ucapan ringkas daripada Encik Theodore turut dibalas dengan terima kasih.

     "Tuanku dah makan kek?" Encik Theodore menyoal.

      "Belum. Theo tunggu Luca. Jom." Lengan Luca ditarik pergi ke lokasi kek ditempatkan. Encik Theodore hanya memerhati dari jauh sebaik sahaja tiba di sisi Raja Alanark.

Tibanya tarikh ini, genaplah lima tahun dua kanak-kanak itu berkawan. Lima tahun yang dipenuhi keriangan.

     "Bila tuanku mahu pisahkan mereka berdua?" Dalam nada berbisik, Encik Theodore menyoal. Raja Alanark senyum tipis. Hatinya dipagut rasa sayu membayangkan Theo.

     "Habis sahaja majlis ini, bawa Luca jauh dari negeri ni. Fasal Theo, Louis dan beta akan uruskan," maklum Raja Alanark. Encik Theodore menurut arahan. Dia mengerling sekilas ke arah Louis yang berada di suatu sudut lain, kemudian beralih pula pada jarum jam di tangan.

Dua jam lagi sebelum majlis tamat; dua jam lagi sebelum berpisahnya dua anak kecil itu.

***

Theo duduk kekenyangan di kerusi yang ada di beranda dewan. Riak wajah yang tadinya suram berubah ceria sebaik sahaja dia meluangkan masa bersama Luca.

      "Banyak kau makan," sindir Luca berbaur gurauan. Theo putar bola mata. Pandangannya dibuang ke arah langit. Kelipan bintang di langit menarik perhatiannya.

     "Seronok ke hari lahir kau tahun ni?" Luca bertanya santai. Theo laju mengangguk.

"Walaupun berjumpa dengan orang luar, kau masih tetap dengan aku. Jadi, itupun dah cukup untuk buat aku seronok macam tahun sebelum ni."

"Hurm. Tapi tahun ni aku tak ada hadiah untuk kau."

Theo tertawa halus. Dia mendekati Luca yang bersandar pada penghadang beranda.

UTOPIAWhere stories live. Discover now