• PART 4 •

101 7 0
                                    

Terlihat yoongi yang terbaring di atas sofa sambil memandang ke luar bangunan apartmentnya . Lelaki yang bersama jungkook tadi masih lagi bermain main di kepalanya , apa kaitan antara jungkook dan lelaki tadi , jungkook juga tidak pernah menceritakan tentang kawan kawannya.

"Abang ? Termenung je , ade masalah ke?" Soal jungkook yang melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan abangnya sambil meletakkan dua cawan coffee.

"Ye memang ade masalah , masalah aku kau la. Boleh tak kalau kau terus terang je dengan aku yang sebenar kau kena pukul , bukan sebab jatuh tangga ke taekwando ke" kata yoongi kepada jungkook dengan tegas.

Jungkook hanya terdiam tanpa melihat ke arah wajah abangnya.

"Sape? Budak laki tu ke yang pukul kau?" Soal lagi yoongi. Jungkook melihat abangnya. Orang yang dimaksudkan abangnya ialah taehyung.

"A..bu..bukan bukan dia" jawab jungkook

"Kalau bukan , abis dia tu sape?" Soal yoongi

"Dia kawan jungkook" kata jungkook yang tersenyum. Yoongi hanya melihat adiknya lalu menghembuskan nafasnya.

"Jadi betul la yang kau tu kena pukul?" Soal yoongi. jungkook hanya terdiam dan tertunduk , dengan tiba tiba jungkook menitiskan air matanya.

"Jungkook tak mintak pun semua ni. Kenapa mesti jungkook , dorang pukul jungkook setiap hari , dorang suruh jungkook siapkan kerja dorang . Jungkook taknak bagitau sesiapa pasal ni , sebab kalau dorang tau jungkook bagitau sesiapa , lagi teruk jungkook kene" luah jungkook yang yang menagis teresak esak.

Yoongi melihat adiknya , dengan cepat yoongi duduk di sebelah jungkook dan memeluk erat jungkook.

"Kau ade aku , aku janji dengan kau yang dorang takkan buli kau lagi , kau pun kena kuat" kata yoongi lalu mencium kepala jungkook. Terlihat juga mata yoongi sudah bertakung air mata.

Marah bercampur sedih dibuatnya yoongi , kerana adiknya diperlakukan sedemikian.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Jimin melihat ke arah jungkook yang berjalan seorang diri di korido. Jimin terseyum sinis dan membuka langkah untuk ke arah jungkook. Namun tangannya ditarik oleh taehyung. Jimin melihat ke arah taehyung.

"Biar je la dia" kata taehyung . Jimin menepis tangan taehyung dan berjalan ke arah jungkook. Taehyung hanya mengeluh dan ikut jimin.

"Kau nk g mana sorang sorang ni?" Soal jimin yang menyentuh rambut jungkook.

"Kau boleh tak jangan kacau aku lagi?" Soal jungkook yang menepis tangan jungkook. Jimin hanya tersenyum lalu memeluk bahu jungkook.

"Kau kalau nak kiteorang tak kacau kau , kau mati la , takde sapa boleh kacau kau dah" kata jimin yang tersenyum sinis.

"Jimin! Kau tak rase ke yang kita dah buli dia teruk sangat , dah la jimin kau dah melebih lebih ni" jerit taehyung . Selepas mendengar kata kata taehyung itu , jimin melihat ke arah taehyung dengan pandangan tajamnya , dan jimin mula berjalan mendekati taehyung.

"Kau ni pehal? Tibe tibe pulak" kata jimin.

"T..tak..aku" belum sempat taehyung berkata , dirinya ditolak kuat oleh jimin.

"Kau pehal!? Asal kesian ke dengan dia? "Soal jimin yang menolak kuat taehyung.

"We korang ni pehal , jimin relek ah" kata hoseok yang cuba menenangkan jimin.

Dalam suasana yang bising dan pergaduhan antara jimin dan taehyung itu.

Jungkook menitiskan air mata, tanpa disedari oleh mereka, jungkook memanjat tembok koridor itu dan berdiri bersedia untuk terjun Dari bangunan tingkat 2 itu. Sebelum lompat jungkook sempat melihat ke arah taehyung , bulat mata taehyung melihat jungkook yang mahu terjun bangunan.

"JUNGKOOK!" jerit taehyung , nasib tidak baik kerana taehyung tidak sempat menarik jungkook.

Mereka bertiga berlari ke bawah untuk pergi ke jungkook.

Bunyi kuat itu telah membuatkan semua orang di sekolah melihat ke arah dataran sekolah itu.

Terlihat jungkook terbaring di lantai dengan berlumuran darah yang banyak.

"Jungkook! " Jerit taehyung yang mahu menagis. Hoseok hanya mampu melihat jungkook yang tercungap cungap bernafas dan tidak mampu berkata apa apa. Namun jimin melihat ke arah jungkook sambil tersenyum. Riak wajah jimin bertukar selepas melihat jungkook masih lagi bernafas.

"Hidup? Pehal kau tak mati bodoh , " kata jimin. Dengan tiba tiba jimin ditarik kuat oleh taehyung.

"APE YANG KAU DAH BUAT!" kata taehyung yang sudah menitiskan air mata. Jimin melihat ke arah taehyung dengan riak wajah yang pelik , lalu menolak taehyung.

"Kau ni pehal taehyung!? Asal kau nagis ? Kenapa? Kau kesian ke? dengar sini kau tengok muka budak tak guna ni , kau ingt. Budak ni la yang kau pernah sepak , tumbuk tau . Kenapa tibe tibe pulak kau rasa kesian kat dia ni?. Kata jimin dengan nada suara yang marah

"Dah la ! Stop boleh tak? Ni bukan masanya untuk gaduh , kejab lagi cikgu datang , kalau korang still gaduh kat sini , silap silap kita yang kena tahan untuk siasatan," marah hoseok , jimin hanya menjeling tajam ke arah taehyung .

Orang ramai dan guru menuju ke arah jungkook , keadaan menjadi kelam kabut. Bunyi bising dari pelajar , dan guru guru yang sedang membuat panggilan kecemasan , penglihatan jungkook mula kabur Dan matanya mula tertutup.



-Bersambung-
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 [C] •| PSYCHOPATH |• PJM✓Where stories live. Discover now