hilang

77 6 0
                                    

Setelah meletakkan luggage nya dan luggage Young Heum di rumah parents Young Heum, Johnny kembali ke hospital semula pada jam 4.30 pagi...

Johnny masuk ke dalam ward dengan tergesa-gesa kerana dia takut bahawa Young Heum akan mencarinya setelah sedar daripada pengsan. Namun tekaan Johnny salah, ketika Johnny tiba di dalam ward yang Young Heum duduki Johnny tidak menemui Young Heum di atas katil.

Johnny panik. Dia pun keluar daripada ward dan pergi ke arah kaunter pertanyaan bagi menanyakan keberadaan Young Heum kepada nurse. Setibanya di kaunter pertanyaan, Johnny terus bertanya kepada nurse yang bertugas di kaunter tersebut

"Maaf bertanya cik. Cik ada nampak tak pesakit yang bernama Lee Young Heum ?" Tanya Johnny kepada nurse yang bernama Minnie

"Tak nampak lah encik. Kenapa dia hilang ke ?" Nurse yang bernama Minnie itu bertanya kembali kepada Johnny

"Ya. Saya risau dia dah lah tak sihat" ujar Johnny dengan wajah yang penuh dengan kerisauan

"Mana awak ni princess ? Princess jangan buat oppa risau" monolog Johnny sambil menitiskan air mata kemudian pergi meninggalkan kaunter pertanyaan tersebut dan kembali mencari Young Heum yang hilang

1 hours later...

Setelah satu jam mencari, Johnny kembali ke dalam ward Young Heum kerana dia fikir yang Young Heum mungkin ada di dalam ward selepas satu jam.

Johnny masuk ke dalam ward, namun dia tidak menemukan Young Heum di dalam ward. Johnny buntu lalu dia pun duduk di atas sofa yang ada di sudut ward tersebut kerana kepenatan. Setelah duduk di atas sofa, Johnny perlahan-lahan menutupkan mata dan berfikir tempat di mana yang belum di cari lagi.

"T-tolong a-ada s-sesiapa t-tak d-diluar. A-ada o-orang k-kat d-dalam n-ni" suara orang meminta tolong

Ketika Johnny mahu menutup matanya dengan rapat, Johnny terdengar bunyi orang minta tolong. Johnny bangun daripada sofa dan ingin mencari keberadaan suara tersebut, sedang Johnny mencari Johnny mendapati suara tersebut datang daripada arah bilik air yang terdapat di dalam ward tersebut.

Johnny tiba di hadapan pintu bilik air tersebut, Johnny mendengar samar-samar suara orang yang meminta tolong

"T-tolong...hikss...hikss"

Johnny membulatkan mata apabila suara yang meminta tolong itu seperti suara Young Heum, yeochinnya

"Young Heum...Young Heum ke kat dalam tu?" Tanya Johnny dengan cemas

"J-Johhny...hikss... t-tolong Y-Young H-Heum...hikss" tangis Young Heum dengan suara seraknya

"Young Heum. Kalau Young Heum ada di belakang pintu ni, Johnny minta Young Heum ketepi sebab Johnny nak tendang pintu ni" ujar Johnny

Young Heum akur. Dia pun berpindah tempat

"Ok Johnny akan tendang. Young Heum sabar tau" ujar Johnny lagi yang bersedia untuk menendang pintu bilik air tersebut

1

2

3

Gebrakkkk

Akhirnya pintu itu berjaya di buka dan Johnny melihat Young Heum yang sudah terbaring lemah di atas lantai bilik air tersebut

"Young Heum!!!!" Seru Johnny lalu pergi ke arah Young Heum

Johnny meraih tubuh Young Heum ke dalam pangkuannya. Johnny dapat merasakan tubuh Young Heum sedang menggigil kesejukan itu kerana sudah berjam-jam Young Heum terkurung di dalam bilik air tersebut.

"Hikss...J-Johnny Y-Young H-Heum t-takut...hikss...." tangis Young Heum yang berada di dalam pelukan Johnny itu dengan suara yang serak dan lemah

"Shhhh!!!! Jangan takut Johnny sekarang sudah ada dengan Young Heum" ujar Johnny menenangkan Young Heum

"J-jan—..." kata-kata Young Heum terhenti lalu itu yang  membuatkan Johnny berasa panik

"Young Heum...Young Heum...Lee Young Heum bangun" ujar Johnny sambil menepuk pelan wajah Young Heum yang pucat seakan mayat hidup

Kerana tidak mendapat respons daripada Young Heum, Johnny mengangkat tubuh ringan Young Heum dengan bridal style lalu membawa keluar daripada bilik air tersebut dan meletakkan Young Heum di atas katil.

Setelah meletakkan Young Heum di atas katil, Johnny terus keluar untuk memanggil Dr. Qian bagi memeriksa keadaan Young Heum...

5 minutes later...

Dr. Qian tiba di ward Young Heum bersama Johnny. Dr. Qian terus memeriksa keadaan Young Heum yang sedang terbaring lemah di atas katil hospital

tersebut. Setelah selesai memeriksa keadaan Young Heum, Dr. Qian terus menanyakan apa yang berlaku kepada Young Heum sehingga pengsan. Johnny pun tanpa basa-basi menceritakan cerita yang sebenar

"......"

"......"

"......"

Dr. Qian mengangguk faham selepas mendengar cerita Johnny.

"Macam mana Young Heum boleh terkurung dalam toilet tu ? Siapa yang mengurung Young Heum ?" Tanya Dr. Qian kepada Johnny

"Saya pun tak tahu doktor. Saya jumpa Young Heum selepas satu jam mencari dan dalam keadaan yang sangat lemah dan basah" jawab Johnny sendu

"Apa kata kita tengok CCTV bilik ni ?" Tanya Dr. Qian kepada Johnny

"Boleh. Asalkan saya dapat tahu siapa orang yang mengurung Young Heum di dalam toilet tersebut dan saya akan membuat orang tu menyesal seumur hidup" geram Johnny sambil menggempalkan tangannya hingga buku tangannya memutih

"Tapi sebelum tu doktor, boleh saya tahu tentang keadaan Young Heum ?" Tanya Johnny

"Buat masa sekarang ni kita biarkan Young Heum berehat dulu kerana badannya sangat lemah tambahan pula dia demam panas. Kalau ada apa-apa yang pelik berlaku cepat-cepat panggil saya" terang Dr. Qian dengan jelas dan terperinci

"Baiklah doktor. Jom kita pergi tengok CCTV, saya dah tak sabar nak tahu orang yang mengurung Young Heum dalam toilet." Ujar Johnny sambil smirk ke arah Dr. Qian














•━━━ ✽ • ✽ ━━━•

✿*:・゚゚・:*✿

• ────── ✾ ────── •

Sorry guys story Yena agak hambar. Jangan malu untuk vomment tau : ). Yena ni sporting orangnya... Sorry klw korang tak faham apa yang Yena tulis sbb penulisan Yena agak down skit time quarantine ( PKP ) ni. Mian again...

TBC

yangyangtenwinwin

「05」【C】The Sweet Couple Life ➸ JohnTen ✅Kde žijí příběhy. Začni objevovat