END → 🤵🏻👰🏻 wedding day 🤵🏻👰🏻

119 10 3
                                    

Yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba iaitu hari perkahwinan Johnny dan Young Heum. Akhirnya kedua pasangan kekasih ini bersatu juga setelah menghadapi macam-macam halangan dan cabaran dalam kisah percintaan mereka hingga ada yang hampir terkorban akibat rasa cemburu terhadap Johnny dan Young Heum.

𖧹 Di Dewan Hotel 𖧹

Majlis perkahwinan itu akan bermula lagi 2 minit lagi. Ramai tetamu yang hadir bagi memenuhi dewan tersebut. Mereka sedang menunggu pengantin perempuan masuk ke dalam dewan manakala Johnny sudah menunggu di tempat mereka akan berjanji sumpah setia.

Dan sedang mereka berbual, MC pengacara majlis tersebut iaitu Jung Jaehyun mengumumkan ketibaan pengantin perempuan yang akan masuk ke dalam dewan bersama ayahnya, Tuan Lee.

"Mengumumkan ketibaan pengantin perempuan, Lee Young Heum yang diiringi oleh ayahnya, Tuan Lee Young Seo" umum Jaehyun dan dewan itu dipenuhi oleh tepukan para tetamu yang hadir

Tuan Lee pun membawa Young Heum pergi kepada Johnny lalu setelah sampai, Tuan Lee pun meninggalkan mereka berdua di hadapan pentas dewan.

"Baiklah semua tetamu yang hadir, mari kita mulakan upacara perkahwinan ini dengan janji perkahwinan dan penyarungan cincin" ucap Jaehyun

Dan acara pun bermula. Johnny pun mengungkapkan janji suci perkahwinan kepada Young Heum.

"Saya Johnny Suh, bersedia menerima Lee Young Heum sebagai permaisuri hidup saya dan berjanji akan sehidup semati walaupun susah mahupun senang dan tidak akan berlaku curang terhadap pasangan saya" ucap Johnny sambil menghadap wajah Young Heum dengan senyuman di bibirnya

"Saya Lee Young Heum, menerima Johnny Suh sebagai pasangan hidup saya dan berjanji akan sehidup semati tidak kira susah mahupun senang dan tidak akan berlaku curang terhadap pasangan saya" ucap Young Heum pula

"Ok. Janji suci perkahwinan perkahwinan sudah diucap oleh kedua pasangan pengantin. Sekarang kita teruskan majlis dengan menyarung cincin untuk kedua jari pengantin kita" ucap Jaehyun lagi meneruskan acara

Setelah mendengar ucapan Jaehyun, Johnny pun mengambil cincin lalu menyarungkan di jari manis Young Heum dan sekarang giliran Young Heum pula untuk menyarungkan cincin di jari Johnny. Young Heum mengambil cincin lalu menyarungkan nya di jari Johnny.

Jaehyun kembali bersuara apabila sesi pemakaian cincin selesai. "Sekarang...Tibalah untuk cium bagi melengkapkan acara perkahwinan ini"

"Cium ! Cium ! Cium ! Cium !" Seru Jaehyun dan diikuti oleh para tetamu yang hadir

Johnny dan Young Heum pun bercium selepas mendengar itu dan selepas 2 minit, mereka melepaskan ciuman mereka. Johnny mengucup dahi sambil mengungkapkan "I Love You" kepada Young Heum manakala Young Heum pula hanya menutup matanya sambil tersenyum dan membalas ucapan Johnny "I Love You too"

"Sekarang para tetamu yang hadir boleh menjamu selera. Semoga hari anda semua baik. Saya MC anda Jung Jaehyun mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua kawan saya iaitu Johnny Suh dan Lee Young Heum. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga dan mendapat rezeki yang baik." ujar Jaehyun sambil tersenyum lalu turun daripada stage dan pergi ke arah Taeyong yang sedang makan di meja keluarga Young Heum.

❦ ════ •⊰❂⊱• ════ ❦

Acara perkahwinan baru sahaja selesai. Sekarang sudah jam enam setengah petang, dan pasangan pengantin baru akan berehat di bilik hotel yang sudah di sediakan oleh keluarga mereka sendiri sebelum mereka pulang ke rumah mereka esok.

Johnny masuk ke dalam bilik sambil mendukung Young Heum dengan bridal style lalu menutup pintu tersebut dengan kuat. Johnny membawa Young Heum ke katil lalu meletakkannya di atas katil dengan perlahan.

「05」【C】The Sweet Couple Life ➸ JohnTen ✅Where stories live. Discover now