eleven 🕊

583 75 13
                                    

"Selamat pagi tuan" ucap salah seorang pekerja di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi tuan" ucap salah seorang pekerja di situ.

Jejaka yang memiliki senyuman yang cukup manis apabila dipandang. Mempunyai mata yang sedikit kecil atau lebih dikenali sebagai sepet dan juga berkulit putih. Rupa paras yang dimiliki tidak kalah kacaknya seperti hero-hero yang lain. Hwang Hyunjin namanya. Dia adalah pemilik the grand sumorum hotel yang terletak di seogwipo, Jeju island.


 Dia adalah pemilik the grand sumorum hotel yang terletak di seogwipo, Jeju island

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Selamat pagi" balas Hyunjin bersama senyuman manis seperti biasa.

"Macam mana dengan bilik dan layanan yang sediakan untuk pelanggan kita yang baru sampai malam tadi?"

"Mereka puas hati?" soal Hyunjin dengan nada serius.

Pertanyaan sebegini sudah biasa bagi pekerja-pekerja hotel di situ kerana Hyunjin merupakan seorang yang sangat peka dan teliti akan kerjanya. Kepuasan dan keselesaan pelanggan adalah keutamaan baginya.

Dia juga akan memastikan reputasi hotel mewah miliknya itu tidak mempunyai sebarang rekod buruk. Hyunjin juga akan memastikan setiap pelanggan akan mendapat layanan istimewa seperti raja dan permaisuri yang tinggal dalam istana.

"Setakat ini mereka berpuas hati tuan, saya sudah memberitahu mereka jika ada sebarang masalah boleh terus hubungi kami" jawab salah satu perkerja itu.

"Okay, kalau macam tu baguslah. Kamu semua boleh sambung kerja semula" kata Hyunjin.

Selepas itu, Dia pergi menuju ke ruang kerjanya untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh tempoh hari. Dia mula teringat tentang kejadian di mana dia dipermalukan didepan orang ramai. Kata-kata yang dilontarkan oleh Haera kepadanya pada malam itu membuatkan fikirannya terganggu seketika.

Hatinya benar-benar mencintai gadis itu tetapi dia masih tidak faham mengapa cintanya ditolak mentah-mentah oleh Haera. Berkali-kali juga Hyunjin merungut sendirian tentang kekurangan apa yang dia miliki sehingga dia tidak mampu untuk meraih cinta dari gadis itu.

"Ahh! serabut betul lah."

Marah Hyunjin sendirian. Latte panas miliknya mula dihirup perlahan bagi melegakan sedikit kekusutan dalam fikirannya.

🕊

Selepas puas berjalan sambil menikmati pemandangan di tepi pantai, mereka bertiga terus menuju ke kafe hotel untuk sarapan. Masuk sahaja ke dalam tempat tersebut, mereka disambut mesra dan dilayan baik oleh pelayan di situ.

Semua meja dan kerusi serta hiasan dalam kafe itu sangat cantik dan kemas, hal tersebut membuatkan Jisoo dan Jiyu kelihatan kagum ditambah pula tempat duduk yang mereka pilih berdekatan dengan pemandangan pantai. Deruan ombak dipersisiran pantai yang jelas terdengar dapat membuatkan hati terasa senang dan nyaman sambil menikmati makanan.


 Deruan ombak dipersisiran pantai yang jelas terdengar dapat membuatkan hati terasa senang dan nyaman sambil menikmati makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Sebaik sahaja selesai menghabiskan hidangan sarapan mereka bertiga terus berlalu ingin kembali semula ke bilik mereka. Dengan perasaan teruja dan gembira Jiyu berlari menuju ke arah pintu lif, Jimin dan Jisoo sudah melarang anak gadis mereka supaya jangan berlari tetapi Jiyu lansung tidak mengendahkan larangan itu.

Sampai saja di bilik, Jimin menyuruh Jiyu untuk mandi terlebih dahulu. Anak gadisnya itu hanya menurut. Jisoo yang menjadi pemerhati hanya tersenyum lalu berjalan ke balkoni bilik hotel mereka. Dia ingin menikmati lagi pemandangan cantik yang ada diluar sambil menghirup udara segar.


 Dia ingin menikmati lagi pemandangan cantik yang ada diluar sambil menghirup udara segar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Depan Jiyu kita kena buat-buat macam kita ni okay seperti selalu"

Jimin yang tiba-tiba bersuara dari belakang membuatkan Jisoo perlahan-lahan menoleh ke arah suaminya. Senyumannya mula pudar tika ini apabila melihat raut wajah Jimin berubah dingin semula.

"Kenapa?" balas Jisoo perlahan.

"Tak perlu tahu kenapa, aku cuma tak nak Jiyu tahu. Lagi satu jangan ingat antara kita ni dah selesai" jawab Jimin.

"kau faham kan" tambahnya lagi.

"Faham" lambat Jisoo untuk menjawab pertanyaan itu.

Walaupun senyumannya saat ini sudah hilang namun dia cuba mengumpul kekuatan sebanyak mungkin untuk melewati hari-hari yang mendatang. Dimana hari-hari yang penuh dengan penipuan. Kepura-puraan. Dia berfikir sebelum ini Jimin sudah kembali seperti dulu kerana perubahan pada sikapnya. Sekarang, tahulah dia mengapa lelaki itu sekejap bersikap lembut sekejap bersikap kasar.

To Be Continued...🕊

안녕 여러분 !

Satu lagi chapter lemon dah update untuk hari ini 😆
Harap semua suka. Esok lemon update lagi ye💛
Jumpa esok!

• votes and comments💛
•lemonsayangkamusemua 💛

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now