20 🍁

2.6K 292 54
                                    

Thank you untuk 3K++ reads.
Sayang korang 💜

Happy reading

+++

Jimin masih lagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap komputer yang berada di hadapannya. Dia masih sibuk menguruskan segala urusan nya. Sesekali dia akan memanggil Jihoon masuk ke ruangan untuk menghantar fail yang di mintanya.

Jihoon merupakan orang yang menggantikan tempat aku sebagai PA Jimin di pejabat. Aku tidak menyangka kalau Jimin betul-betul akan mengambil PA lelaki kerana permintaan aku.

Aku pula buat apa?

Aku sudah mula bosan duduk lama-lama di dalam ruangan Jimin ni. Tidak banyak aku boleh buat dan dengan tiba-tiba penyesalan datang sebab aku nak sangat ikut dia tadi. Badan aku sandarkan di sofa bersama keluhan kecil tapi aku rasa Jimin dapat dengar.

Kerusi ditolak keluar dari meja kedengaran di telinga aku. Aku menoleh ke arah Jimin yang sedang menghampiri aku di sofa. Serius sahaja muka nya tetapi selepas melabuh kan punggung di sofa dia terus menyimpulkan senyum manis nya.

"Sayang bosan ke? Soalnya perlahan.

"Erm mana ada" aku menidakkan tanggapan nya.

"Jangan tipu oppa la. Kalau sayang bosan pergilah keluar dengan Hyeki tu. Hari ini oppa benarkan dia keluar temankan sayang saya yang satu ini" katanya.

"Huh? Betul la ni oppa? Boleh ke?" tanya aku ingin memastikan. Dia mengangguk tanda "iya". Hati aku sudah gembira bukan main lagi apabila diberi peluang sebegini rupa.

"Ye. Lagipun sayang dengan Hyeki kan dah lama tak jumpa dan luangkan masa bersama. Ha ni oppa bagi peluang dekat sayang la ni" sambungnya lagi.

"Yeay! Gomawo oppa. Ni yang buat saya bertambah sayang ni" dengan rasa yang teruja yang amat, aku menghadiahkan dia sebuah kucupan di pipi.

Okay apa aku buat ni?

"Tapi ingat apa pun sayang buat, sayang kena jaga diri okay?" dia mengingatkan aku tentang keselamatan diri.

"Itu oppa jangan risau. Sayang akan jaga diri" janji aku kepadanya.

Dengan senyuman aku terus mengorak langkah keluar daripada ruangan Jimin dan ingin berjumpa Hyeki.

Tak sabar rasa nya ingin meluangkan masa dengan perempuan itu. Rindu teramat aku terhadap kawan aku yang satu itu. Sejak aku berkahwin dengan Jimin, jarang aku dapat berhubung mahupun berjumpa dengannya.

🍁

Dapat aku lihat Hyeki masih lagi membuat kerja di dalam ruangan nya. Aku mengetuk perlahan daun pintu mililknya.

Tuk tuk tuk

Dia memandang ke arah pintu dan melihat aku di depan pintu. Dia terlihat teruja bila aku datang ke ruangannya. Dengan cepat dia berlari mendapatkan aku di depan pintu.

"Argh! Aku tak sangka kau ada dekat sini" katanya seronok sambil tangannya menggemgam kemas tangan milik ku. Buat seketika kami berpelukan.

Masing-masing melepaskan rindu.

"Hye? Jom keluar" ajak aku dengan senyuman yang melebar sampai ke telinga.

"Aku nak sangat tapi kerja aku siapa nak buat. Lagipun kalau aku keluar nanti aku takut kena marah dengan boss a.k.a suami kau" jawabnya dengan keluhan.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now