seven 🕊

512 70 18
                                    

Jisoo sedang merapikan rambutnya di hadapan cermin tiba-tiba dia mendengar telefon milik Jimin berdering

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jisoo sedang merapikan rambutnya di hadapan cermin tiba-tiba dia mendengar telefon milik Jimin berdering. Dia terus mencapai telefon itu dan melihat nama pemanggil. Jisoo terdiam seketika.

🍒 (CALLING)

"Siapa ni?" desisnya dalam hati.

"Kau buat apa tu?" tanya Jimin.

"ha? ouh tadi telefon awak berbunyi, jadi saya nak tolong angkatkan"

"Lain kali tak payah nak tolong angkatkan bagai, biarkan saja" balas Jimin dengan nada datar sebelum dia mengambil telefon miliknya dari tangan Jisoo.

Jisoo hanya mendiamkan diri tidak menjawab dan cuba untuk beriak biasa saja.

"Faham tak?"

"Faham" jawab Jisoo perlahan. Mahu saja dia menangis apabila diperlakukan seperti orang luar oleh suaminya sendiri.

Setelah Jimin masuk ke dalam bilik persalinan mereka, Jisoo terus bergegas keluar daripada bilik lalu menuju ke dapur. Dia ingin membantu Mak cik Jennie menyiapkan sarapan harini.

"Hello Hae?" Jimin bersuara.

"Kenapa tak angkat ?" jawab Haera.

"Tadi ada Jisoo la. Kau ni pun agak-agak la kalau nak call pun, kan aku masih kat rumah lagi ni. Kalau dia tahu macam mana?" panjang lebar Jimin cuba menasihati perbuatan Haera tersebut.

"Ahhh yelah aku faham lepasni aku tak buat dah, tak payah membebel pula pagi-pagi ni" balas Haera cepat. Malas dia ingin mendengar omelan Jimin yang satu itu.

"Ala kalau perempuan itu tahu pun apa salahnya Jimin dengan aku kan.."

"Woi Hae kau dengar tak aku cakap ni?"

"Hah? Dengar apa? " soal Haera kelam kabut kerana dia baru sahaja sedar dari angan-angan yang bermain difikirannya.

"Kau berangan ke apa ? aku cakap, pagi ni teman aku sarapan dan satu lagi cepat siap kejap lagi aku datang jemput kau" kata Jimin.

"Ouh, itu benda senang je. Untuk kau semua aku boleh buat" jawab Haera, suka betul hatinya tika ini. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Okay, jumpa kejap lagi"

Jimin menamatkan panggilan tersebut dan mula bersiap.

Derapan langkah kaki Jimin menuruni anak tangga membuatkan anak mata Jisoo memandangnya. Baru sahaja dia ingin memanggil lelaki itu untuk sarapan bersama dirinya, Jimin laju saja berjalan menuju ke pintu. Jisoo tidak berputus asa dengan pantas dia mengejar suaminya.

"Jimin awak tak sarapan dulu?" soal Jisoo selembut mungkin. Dia berfikir mungkin dengan cara itu hati Jimin akan lembut semula seperti sebelum ini.

Tiada perubahan. Masih lagi sama. Pandangan yang dipaparkan kepada Jisoo membuatkan hati perempuan itu sedikit berdebar.

"Tak" jawab Jimin singkat sebelum dia masuk ke dalam kereta miliknya.

Jisoo masih lagi berdiri diam di situ sambil iris mata hazelnya menghantar pergi kereta milik Jimin sehingga hilang daripada pandangan. Hatinya disaluti rasa sebak. Dia tidak menyangka ini akan berlaku dan dia juga berharap ini semua hanyalah satu 'mimpi buruk' dari tidur lenanya.

🕊

Sebulan Kemudian...

Keadaan masih lagi belum berubah. Jimin tetap sama malah bertambah teruk. Dia jarang berada dirumah, balik lewat malam dan terkadang tidak balik langsung. Puas Jisoo cuba berbaik dengan Jimin yang disangka suaminya masih lagi marah terhadap dirinya kerana peristiwa 'kemalangan' yang lalu. Namun, tidak pernah pula dia terfikir yang Jimin mungkin mempunyai rahsia lain yang Jisoo sendiri tidak tahu.

"Mama, boleh tak Jiyu nak tinggal dekat rumah nenek dengan atuk? bosan lah dirumah ini, papa bukan ada pun untuk teman Jiyu" sedih sahaja nada suara anaknya itu ketika berbicara dengannya.

"Amboi, anak mama ni. Habis itu mama ni apa? siapa pula yang nak teman mama ini kalau Jiyu tak ada" jawab Jisoo seakan ingin merajuk dengan permintaan anaknya sebentar tadi.

"Ala mama ni..."

"Boleh lah mama..jebal.."

nada merayu sudah terdengar dan itu membuatkan Jisoo tersenyum kerana sifat anaknya ini sama seperti sifat Jimin, kalau meminta sesuatu, pasti akan merayu dan membuat suara comel.

"Okay, boleh. Tapi tinggal lah dengan mama kejap untuk beberapa hari lagi. Teman mama dulu, baru mama hantar dekat rumah nenek dan atuk"

"Boleh ?" soal Jisoo sambil kening kanan miliknya terangkat sedikit.

" erm.. okay boleh mama!" " tapi mama kena janji tau"

"Pinky promise?" Jiyu mengeluarkan jari kelingking miliknya dengan wajah gembira.

"Pinky promise" balas Jisoo sambil menyatukan jari mereka berdua bersama senyuman manis.

🕊

"Saya nak keluar sekejap. awak tolong tengokkan Jiyu ye" arah Jisoo kepada wanita separuh abad itu. Mak cik jennie hanya menurut tanpa banyak soal.

"Baik puan" jawab Mak cik Jennie.

Jisoo sedang memilih barang disalah satu pusat membeli belah. Ligat matanya memerhati setiap barang yang ada di depan matanya. Jam tangan lelaki yang dipegang oleh Jisoo kini benar-benar menarik perhatiannya. Ingin sekali dia membeli jam tersebut untuk dihadiahkan kepada suaminya memandangkan hari lahir Jimin sudah hampir tiba. Tidak cukup dengan itu, Jisoo juga membeli sepasang tali leher yang cantik dihiasi dengan corak khas.

Masih dibuai rasa tidak sabar untuk memberi hadiah dan kejutan tersebut, tiba-tiba Jisoo ternampak susuk tubuh yang amat dia kenali berjalan dihadapan kedai tersebut. Berdebar-debar hatinya ketika ini kerana susuk tubuh tersebut sedang bersama seseorang.

" Ji...Jimin?"

To Be Continued ... 🕊

안녕 여러분 !

pertama sekali, lemon nak minta maaf sebab lama sangat tak update sejak beberapa bulan yang lalu😭. Lemon busy sangat dengan class + assignment dan lain ii. Maaf sangat ii sebab tak tepati janji lemon nak update. I know, sesetengah readers dah lari tapi takpe lemon faham 😊. Terima kasih juga kepada yang masih setia membaca dan menunggu. Tak lupa juga kepada yang pm / message lemon bertanya khabar, terima kasih sangat. Love u ❤️.

Memandangkan cuti, lemon ambil kesempatan untuk menyambung beberapa chapter ye. Lemon akan usaha update ❤️ jangan lupa tekan button vote ya 😊

• Vote and comments 💛
• Lemonsayangkamusemua 💛

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now