36 🍁

1.9K 273 32
                                    

Hari ini Jisoo sudah di benarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital. Gembira hati Jisoo apabila doktor Jungkook membenarkannya pulang. Dia juga bukan la orang yang gemar tinggal di hospital apatah lagi bauan khas yang ada di dalam bilik hospital itu.

Sebaik sahaja daun pintu dibuka perlahan oleh Jimin sambil tangan kanan nya memimpin tangan Jisoo untuk masuk ke dalam rumah. Perut Jisoo sudah kelihatan besar sekarang memandang usia kandungan nya kini sudah menginjak 9 bulan. Sudah tidak lama untuk menantikan si kecil keluar. Bila-bila masa sahaja akan tiba untuk Jisoo melahirkan.

Bukan mudah bagi Jisoo untuk berjalan sendiri tanpa ada bantuan orang lain. Lega sikit hati Jisoo bila dia mempunyai Jimin yang setia menolong semua keperluan nya.

Perlahan-lahan Jisoo berjalan sambil memaut lengan Jimin di sisi bersama senyuman. Tiba-tiba iris matanya tertumpu pada susuk tubuh lelaki separuh baya. Lelaki itu sedang duduk elok di sofa. Seperti sedang menunggu seseorang.

"Appa.." itu yang pertama terkeluar apabila matanya ternampak encik Hwang sedang duduk di sofa rehat.

Encik Hwang senang melihat Jisoo sudah pulang dari hospital dengan selamat. Senyuman manis di ukir lalu berjalan menghampiri Jisoo yang sedang berdiri.

"Jisoo anak appa.." ucap encik Hwang perlahan. Tangan nya cuba untuk menyapa lembut pipi anak nya itu namun niatnya cepat-cepat di matikan.

Riak Jisoo tampak tidak memberikan sebarang riaksi apabila encik Hwang berkata begitu. Tiada sebarang senyuman walaupun sedikit melainkan hanya pandangan kosong yang di berikan olehnya.

Dia tidak tahu sama ada ini betul ayah nya atau sekadar imaginasi. Kerana apa yang dia ingat encik Hwang marahkan nya dan sudah tidak menganggap dirinya sebagai anak.

"Jisoo appa nak berbincang dengan kamu" ucap encik Hwang sekali lagi. Jisoo yang mendengar itu hanya mengangguk perlahan. Dia tidak tahu mengapa suara nya kini terasa tersekat.

Jimin yang seakan faham dengan apa yang dua beranak ini mahu bincangkan, dia segera meminta diri. Sengaja dia memberi ruang untuk mereka berdua berbincang supaya lebih selesa tanpa ada orang lain.

"Okay sayang pergi bincang dengan appa kejap ye. Jimin nak pergi letak barang sayang dekat dalam bilik" ujar Jimin lalu meminta diri dan berjalan menuju menaiki anak tangga rumah.

Jisoo hanya menghantar pemergian Jimin melalui anak matanya. Sebaik kelibat Jimin sudah tidak kelihatan dia terus berjalan perlahan menuju ke sofa. Punggung dihenyakkan perlahan apabila sudah mendapat duduk yang selesa barulah dia memandang ke arah encik Hwang semula.

"Ke-kenapa appa datang sini? Apa yang appa nak bincang?" Jisoo memberanikan diri untuk mengajukan terlebih dahulu soalan kepada encik Hwang.

"Jisoo appa datang sini sebab appa nak minta maaf sangat-sangat dengan kamu sayang. Appa tahu, appa dah berkelakuan kejam dekat kamu. Appa halau kamu, layan kamu dengan teruk sampaikan appa tak beri kamu peluang untuk balik semula ke rumah kita" ucap encik Hwang sayu. Jelas terlihat wajah nya yang penuh dengan penyesalan.

Jisoo hanya mendiamkan diri. Dia memberi ruang untuk encik Hwang menghabiskan kata-katanya terlebih dahulu.

"Appa tak percaya langsung dengan kamu sayang. Appa terlalu percaya dengan kata-kata dan gambar-gambar tanpa usul periksa. Appa memang seorang ayah yang teruk" sambungnya lagi. Kini suara kedengaran sebak.

Encik Hwang beralih ke sebelah Jisoo lalu meraih lembut tangan anak bongsu yang di sayangi nya itu. Di genggam tangan Jisoo erat.

"Appa minta maaf sangat-sangat. Appa tahu Jisoo mesti benci dan tak sukakan appa sekarang" rayu nya sekali lagi.

Satu keluhan di keluar kan.

Genggaman tangan encik Hwang di balas oleh Jisoo. Kepala yang tertunduk itu mula di angkat apabila anaknya itu membalas genggaman nya. Encik Hwang dapat lihat satu senyuman manis yang dirindui selama ini.

"Jisoo dah lama maafkan appa. Appa tak salah apa-apa pun. Mungkin Jisoo yang terlampau naif sampaikan orang boleh berbuat sesuka hati terhadap Jisoo. Appa jangan la sedih dan rasa serba salah lagi" jawab Jisoo bersama senyuman. Tanpa Jisoo sedar satu mutiara jernih turut jatuh bersama.

Hatinya sungguh bahagia sekarang ini apabila appa nya sudah mula sedar dan telah mengetahui segala kebenaran. Mungkin ini adalah satu permulaan yang baik untuk dia berbaik semula dengan appa yang dia sayangi.

"Terima kasih Jisoo. Appa sayang kamu" ucap encik Hwang lalu menyeka lembut air mata anaknya itu dari terus mengalir.

Lantas badan Jisoo di tarik masuk ke dalam pelukannya. Masing-masing mengeratkan lagi perlukan.

Di hati dua beranak itu cukup mengatakan yang mereka juga amat merindui suasana seperti ini.

Di atas ada satu senyuman yang terukir manis melihat adegan mesra antara ayah dan anak itu. Hati nya kini lega apabila melihat isteri tercinta nya sudah mendapatkan kembali kasih sayang dan kepercayaan seorang ayah yang dia amat sayangi.

Namun tiba-tiba nama Jieun mula menyinggah masuk ke dalam kotak fikirannya.

'Di mana perempuan itu sekarang agaknya'

Desis hati kecil Jimin. Dia juga tertanya-tanya kemana Jieun pergi selepas dia keluar daripada rumahnya tempoh hari. Ada juga dia menyuruh Chanyeol mencari dan mendapatkan maklumat namun hampa katanya perempuan itu tidak dapat di kesan.

🍁

Kepala yang terasa berat akibat pening melampau itu malas-malas di angkat. Ya kini dia mengalami demam panas. Tidak la teruk.

Lepas sahaja kejadian pahit yang di alami beberapa hari lalu membuatkan dia menyembunyikan diri di sebuah apartment kecil miliknya yang di beli suatu ketika dahulu.

Tiba-tiba tekak nya terasa kembang. Rasa loya dan mual mula menyinggah. Lantas dia bangkit dari katil miliknya dan meluru laju ke dalam bilik air. Sinki menjadi destinasi pertama yang ia tuju.

Huwekk!! Huwekk!

Beberapa kali juga dia muntah. Perutnya terasa sakit tika ini. Pelik juga hatinya mengapa muntah nya kali ini hanya cairan jernih yang keluar? Tidak seperti sebelum ini ada juga sisa makanan yang keluar apabila dia rasa ingin muntah.

Dia tidak mengambil pusing tentang cairan jernih itu. Selepas dia membersihkan mulutnya terus langkah di tuju ke atas katil. Badannya di rebahkan perlahan. Jari jemari nya ralit memicit-micit perlahan kepala nya yang terasa pening. Dan mata mula di pejam kan lalu di bawa tidur.

Dia beranggapan mungkin selepas tidur keadaan nya akan lebih membaik selepas ini.

Ya Jieun cuba untuk memikirkan perkara yang positif sahaja sekarang ini.

Tbc...

Adakah Jieun akan dapat ___ ?

Btw akhirnya Jisoo dah berbaik dengan ayah dia. Kalau dulu ayah dia buat lemon rasa nak sepak tapi kali ni lemon rasa kesian sebab nasib 2 anak dia tak berapa nak baik.

Happy 13.1K reads cuties! Lemon tak sangka la cerita ni dah capai sebanyak ni.
Thank u so much 💜
Luv u all 😘

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now