23 🍁

2K 288 40
                                    

Happy 6K++  reads cutie!
Thank u so much

Happy reading!

+++

Jimin Pov

Hati masih dalam keadaan gelisah, takut dan jantung tidak berhenti berdebar apabila Jisoo masih lagi di dalam bilik rawatan. Sungguh risau diri aku terhadap dua insan yang aku sayang.

Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja. Kalau terjadi apa-apa aku tidak akan berhenti daripada menyalahkan diri aku sendiri kerana kecuaian yang aku lakukan.

'Sayang maafkan saya'

Bahu aku di usap lembut oleh mama yang sedari tadi setia menemani aku. Aku sekadar memejam kan mata bagi menenangkan diri.

Tidak lama kemudian dapat aku lihat satu figura lelaki berjalan ke arah kami. Tergesa-gesa saja.

"Jisoo macam mana?" soalnya dengan nada cemas. Aku sekadar menggeleng sahaja tanda jawapan 'belum tahu lagi' . Mata papa sudah beralih kepada mama untuk mendapatkan jawapan.

"Belum tahu lagi, doktor belum keluar lagi dari bilik rawatan" jawab mama. Aku sekadar menunduk memandang lantai hospital. Fikiran aku melayang jauh entah kemana.

Dapat aku rasakan tangan aku seperti di raih lembut oleh seseorang yang membuatkan aku mengangkat kepala untuk memandang. Budak kecil yang bersama Jisoo tadi?

Tapi kali ini dia tidak bersendirian, dia ditemani oleh ibunya yang setia berdiri di belakangnya.

"Maafkan adik abang. Kalau bukan sebab adik mahukan kakak ambilkan bola tu, mesti kakak okay sekarang.." katanya sayu kepada aku sambil menunduk menatap tangan aku.

Aku masih lagi diam tidak menjawab mahupun memberi reaksi kepada budak di depan aku tika ini. Marah? apa yang hendak aku marahkan, perkara sudah pun terjadi.

Lalu aku ukirkan senyuman nipis kepada budak itu. Aku usap lembut pipi comel miliknya dan rambutnya.

"Shhh, bukan salah adik pun. Kakak kan cuma nak tolong adik je masa tu? Jadi jangan lah salahkan diri adik. Yang salah dalam hal ni abang sebenarnya sebab abang tak jaga kakak elok-elok" jawab aku lembut bagi memujuk.

"Tapii..kalau adikk"

"Dah sekarang kita tunggu je kakak dekat dalam tu ye. Kita doakan kakak dengan baby selamat. Okay" pintas ku sambil iris mata aku memandang tepat ke matanya.

Perlahan-lahan dia mengangguk tanda mengiyakan. Aku tersenyum kecil melihatnya dan di sela dengan keluhan nafas lega.

Oh aku lupa beritahu nama budak itu ialah Baek Ah. Dia merupakan anak jiran yang duduk berhampiran dengan kawasan rumah aku. Ibunya rapat juga dengan mama jadi tidak heran kalau mama dan ibunya sudah berbual antara satu sama lain.

Hampir 20 minit kami menunggu di ruangan menunggu, akhirnya doktor keluar daripada bilik rawatan. Dengan pantas aku menghampirinya untuk bertanyakan keadaan Jisoo.

"Isteri aku macam mana ?" tanya aku.

Doktor membuka mask di mulut dan memandang ke arah aku. Dapat aku lihat raut wajah nya lain sahaja. Tolong jangan sampai kan berita yang aku tak nak dengar.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now