24 🍁

2.2K 274 62
                                    

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik di mana Jisoo di tempatkan. Langkah kaki aku orak masuk ke dalam ruang tersebut. Dapat aku lihat satu tubuh sedang elok terbaring tidur di atas katil pesakit.

Mama duduk di kerusi bersebelahan dengan katil dan papa setia berdiri di belakang. Manakala Puan Hajin dan Baek Ah hanya berdiri di depan katil pesakit yang Jisoo duduki dengan pandangan sayu.

Pelan-pelan aku mendekati sisi katil di sebelah Jisoo, aku tatap wajahnya yang pucat lesu itu. Walaupun pucat masih kelihatan wajah cantik miliknya.
Mama tiba-tiba saja berdiri daripada duduk nya membuatkan aku memandang ke arahnya. Aku buat muka seolah-olah bertanya 'Kenapa?'

"Mama dengan papa tunggu dekat luar ye Jimin. Lagipun doktor cakap jangan ramai sangat dalam bilik ni. Seorang saja sudah cukup. Jadi kami berdua keluar dulu, kalau ada apa-apa kami berdua ada di luar" ujar mama lembut kepada aku.

"Mak cik pun macam tu juga ya Jimin. Apa pun mak cik minta maaf bagi pihak Baek Ah dan mak cik akan pastikan perkara macam ni tak akan berulang lagi" Puan Hajin pula menyambung kata.

Aku sekadar mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Tangan aku diraih lembut oleh Baek Ah membuatkan aku menunduk ke bawah memandangnya.

"Abang nanti kalau kakak dah sedar, cakap dekat kakak yang Baek Ah ucap terima kasih sebab dah tolong Baek Ah cari bola. Lagi satu Baek Ah minta maaf" tutur nya lembut membuatkan aku tersenyum.

"Ne, nanti abang akan sampaikan kalau kakak dah sedar ye" jawab aku sambil mengacak rambut miliknya. Comel desis hati aku. Makin tidak sabar aku ingin menunggu kelahiran permata hati aku dan Jisoo sekaligus tidak sabar ingin menjadi seorang ayah.

Sebaik sahaja mereka semua keluar meninggalkan aku bersama Jisoo di ruangan ini, aku mengambil duduk di sebelahnya. Tangan mulusnya aku raih lalu aku genggam dan usap dengan lembut. Iris mata aku tidak lepas dari memandang raut wajahnya.

"Sayang? Maafkan saya sebab tak jaga sayang dengan betul. Kalau bukan sebab saya leka dengan telefon mungkin sekarang kita tak akan ada dekat sini" ucap aku perlahan dengan nada sebak di dada. Tapi masih lagi boleh aku tahan.

"Lepasni saya akan jaga awak dengan baik. Itu janji saya" sambung aku sebelum aku mengecup lembut tangannya.

Hari semakin malam, sudah masuk 3 jam Jisoo  masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia akan di tahan di hospital selama 2 hari. Kalau keadaan dia sudah kembali normal dia akan di benarkan pulang.

Mama dan papa serta Puan Hajin sudah pulang ke rumah atas permintaan aku. Kasihan aku melihat mereka terpaksa menunggu Jisoo yang masih belum sedar. Biarlah aku saja yang menjaga Jisoo malam ini.

Lama juga aku duduk termenung di sisi katil dan lama-kelamaan mata ku terpejam akibat mengantuk. Kepala aku letak kemas di atas katil yang masih tersisa di sebelah Jisoo.

🍁

Jisoo Pov

Mata aku buka perlahan-lahan akibat sakit di kepala belum hilang lagi. Benda pertama yang aku lihat adalah siling putih biasa tetapi macam lain sikit. Ini bukan rumah ataupun bilik?

Aku cuba melihat di sekeliling bilik untuk memastikan aku dimana. Tangan aku terdapat wayar yang menjalar diikuti di bahagian hidung. Tak lain tak bukan aku dapat agak, aku ada di 'hospital'.

Ingin bergerak namun terbantut kerana aku merasakan ada seseorang yang menggenggam erat tangan aku. Aku lihat Jimin sedang lena di buai mimpi di sebelah aku.

Berapa lama aku tak sedarkan diri? Dia jaga aku lama ke?

Pelbagai soalan menerjah masuk ke dalam kotak fikiran. Aku cuba menggerakkan tangan aku perlahan untuk melepaskan pegangan. Walaupun mengambil masa akhirnya aku berjaya juga. Tangan yang sedikit lemah aku angkat lalu aku membelai lembut rambut Jimin. Pelahan sahaja belaian ku kerana aku tidak mahu mengejutkan Jimin yang sedang tidur.

Lena sahaja dia, penat agaknya.

Tiba-tiba pening di kepala aku menyinggah semula membuat kan aku mengaduh perlahan. Tangan aku ralit memicit-micit kepala.

Jimin yang terdengar suara aku itu terus terbangun. Laju sahaja dia mendapatkan aku dengan pertanyaan.

"Sayang? Sayang dah sedar? Maafkan oppa sebab oppa tertidur tadi" ucapnya dengan nada bersalah kepada aku. Cepat-cepat aku menggeleng.

"Ani, tak apa oppa sambung la tidur. Oppa penat tu" jawab aku lembut di sela senyuman.

"Tak oppa tak nak tidur sekarang ni, tak apa oppa akan jaga sayang" ujar nya.

Aku tergelak kecil bila memdengarkan kata-katanya. Dia sudah mengerutkan dahi tanda pelik.

"Kenapa gelak sayang?" tanya nya.

"Oppa ni kelakar la, kenapa tiba-tiba oppa jadi terlebih nak jaga saya ni? Saya okay la oppa jangan la risau " balas aku sambil mencuit lembut hidungnya.

"Kenalah risau, sayang hampir buat jantung oppa tercabut tau bila sayang jatuh dalam kolam siang tadi" jelasnya.

"Eh bukan oppa ke yang tak kisah bila saya pergi ke kolam tu sendirian. Lagipun saya pergi situ sebab nak tolong ambilkan bola seorang budak" balas aku.

"Ye oppa tahu, oppa lah yang biarkan sayang pergi seorang diri siang tadi. Maafkan oppa ye? Tapi lain kali jangan bertindak melulu tau, ingat oppa sentiasa ada kalau sayang nak minta tolong" jawabnya perlahan.

"Okay saya maafkan tapi untuk kali ni saja tau?" balas aku dengan senyuman nakal. Dia sudah tersenyum lebar.

"Janji" ucapnya.

Kami berdua menatap antara satu sama lain. Semakin aku tatap dan lihat wajah ini semakin hari hati aku semakin jatuh cinta.

"Oppa saya lapar la" kata-kata aku menghentikan tatapan antara kami. Dia sudah buat muka terkejut bila aku kata yang aku lapar di waktu-waktu begini.

"Sayang sekarang ni pukul 3 pagi tau mana oppa nak cari kedai hrmm?" jawabnya sambil kening di jongketkan sedikit.

Aku sudah buat muncung sedepa dengan jawapan Jimin. Sebenarnya yang lapar bukan aku tapi yang di dalam ini.

"Alolo okay jangan buat muncung sedepa ye sayang?dah macam itik dah oppa tengok. Tak apa esok pagi-pagi oppa belikan macam-macam makanan untuk sayang okay?" pujuk nya lembut.

Aku menguntum senyum mendengarnya.
"Janji?" soalku lalu menghulurkan jari kelingking milik aku untuk membuat tanda 'promise'

"Ye janji" jawabnya dan menyatukan jari kami.

Tbc...

🍂 Raya di sambut dengan perasaan suka, harap para readers semua suka 😬

🍂 Vomment please 💜

Btw

Aku nak bagitahu yang aku ada buat 3rd account. Jangan tanya mana secc account sebab yang tu aku dah lupa password jadi terpaksa aku buat baru. Hoho

iamdonuts

Lari-lari bersama kawan,
Sambil berlari makan marshmallow,
Eh awak yang baca tu kan?
Apa lagi mari lah follow.

Jalan-jalan tersandung kayu, kalau dah follow tu thank you 💗

Ok dah habess!! 😂

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now