16 🍁

2.6K 303 201
                                    

Perlahan-lahan aku buka mata aku untuk bangun. Siling putih adalah perkara pertama yang aku nampak lantas dari itu aku cuba untuk bangun dari baringan tetapi kepala aku masih lagi terasa pening. Laju saja tangan aku mrnyentuh kepala aku yang berdenyut.

Suara pintu terbuka membuatkan aku memandang dan aku lihat Jimin masuk mendekati aku dengan senyuman manis di bibirnya. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum nipis tatkala dia menghampiri.

Dia mengambil duduk di tepi aku. Tangan kanannya mengusap umbun-umbun kepala aku.

"Sayang rasa dah rasa okay ke belum sekarang?" dia bersuara lembut menanyai aku.

"Sikit" jawab aku walhal dia masih lagi menatap aku dengan senyuman penuh makna.

Kenapa dengan dia?

"Awak kenapa Jim? Pandang saya sampai macam itu sekali" akhirnya aku bersuara dan ya soalan aku di balas dengan senyuman dan aku terdengar ketawa kecil nya.

"Sekarang ni sayang kena banyak berehat tau. Jangan buat kerja-kerja yang memenatkan tak pun kerja berat. Dan paling penting jangan stress" katanya sambil memegang lembut tangan aku. Di usap nya lembut.

Melihat reaksi aku yang seakan tidak dapat mentafsirkan apa yang dia cuba sampaikan dia tersenyum lagi.

Tak penat ke senyum?

"Nanti kesian baby kita" mendengar itu aku terkejut dan mata aku sedikit membulat.

"Kejap-kejap awak kata apa tadi?" aku menyoal lagi akibat terkejut dan dalam masa yang sama ada satu rasa iaitu 'gembira' .

"Awak mengandung sayang" ulangnya. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Lantas mulutku aku tekup bagi menahan teruja aku. Titisan jernih mengalir di pipi tanpa sengaja.

Jimin menyeka air mata aku. Badanku di tarik masuk ke dalam dakapan hangatnya. Gembira yang tidak dapat di gambarkan bila aku akan menjadi seorang ibu.

"Terima kasih sayang. Saya akan jaga awak dan bakal anak kita ni dengan sebaik yang mungkin" ucapnya di depan aku.

Kemudian dia mengucup lama umbun-umbun kepala aku dan badannya kini menjadi sasaran untuk aku peluk.

🍁

Jimin Pov

Bagaikan tidak percaya yang aku akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Percakapan Doktor Eunwoo masih lagi terngiang-ngiang di kepala aku apabila dia memberi tahu yang Jisoo di sahkan mengandung.

"Tahniah En.Jimin kerana isteri awak sekarang positive mengandung dan usia kandungan baru 3 minggu"

"Hah? Isteri saya mengandung doktor?"

"Ya. Saya harap En.Jimin boleh jaga isteri En. dengan baik. Jangan bagi dia buat kerja yang berat sebab itu akan buat dia letih dan akan memberi risiko untuk kandungannya. Dan paling penting elakkan isteri En. daripada stress"

"Baiklah saya akan dengar nasihat doktor. Terima kasih doktor"

"Sama-sama"

🍁

Jisoo Pov

"Sayang makan lah sikit bubur ni? Isi perut sikit. Pagi tadi pun awak tak habis makan kan?" Jimin bersuara apabila aku enggan untuk makan.

Bukan aku tak nak makan cumanya aku tak ada selera untuk makan.

"Saya tak ada selera nak makan" jawabku perlahan.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now