bab 13

4.6K 310 32
                                    

Memandangkan anak buah adam masih berlegar legar menjaga kawasan rumah sofea, mereka sekeluarga terperangkap di dalam rumah itu. Hari ini merupakan hari ketiga mereka menjaga rumah tersebut.

Sofea agak ketakutan apabila melihat anak buah adam pada mulanya, namun apabila melihat mereka tidak sesekali menceroboh masuk ke dalam rumah. Dia kembali merasa tenang. Kadang kala, syafik datang ke rumahnye untuk memberi bekalan makanan kepada mereka.

Dia tahu adam yang mengarahkan syafik sebegitu. Dia juga tahu adam masih prihatin terhadapnya walaupun perkara ini terjadi kerana salahnya. Dia sudah berjanji tidak akan meninggalkan adam namun, perkara itu dilakukan tanpa berfikir dengan waras.

Sofea melihat ke arah telefonnya. Sejak kejadian hari itu, tiada lagi panggilan mahupun mesej daripada adam. Adam seperti tidak mahu menghubunginya buat sementara waktu. Dia bersyukur tentang itu sebenarnya. Kerana dia juga tidak sanggup mahu berjumpa dengan adam buat masa ini. Dia masih takut walaupun ibubapanya tidak henti memberi semangat kepadanya.

Dia kasihan kepada ibubapanya. Kerana anak buah adam itu masih berada di sini, ibubapanya tidak lagi kemana-mana malah sanggup mengambil cuti kecemasan kerana sofea. Mereka takut perkara buruk akan terjadi lagi jika mereka meninggalkan sofea sendirian.

Sudah beberapa kali ayah sofea menelefon datin mirda untuk memberitahu tentang perkara berkenaan. Namun, tiada satu pun panggilan dijawabnya. Malah apabila ayah menelefon pembantu peribadi datin mirda, juga tidak diangkat. Mereka sudah buntu.

Ibubapaku mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik namun seperti tiada jalan penyelesaian apabila keluarga adam sendiri seperti malas mahu mengambil tahu tentang masalah yang dilakukan oleh anaknya ini.

Mahu menelefon datuk arsyad juga tidak boleh kerana papa adam seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Boleh dikatakan jarang berada di malaysia.

"Ayah, ayah okey? " Tanya sofea prihatin apabila melihat ayahnya sekali lagi gagal menelefon datin mirda.

"Hurmmm, ayah okey sayang,"

"Ayah, kalau sofea jumpa adam boleh?" Tanya sofea perlahan. Dia takut ayahnya akan marah jika dia bertanyakan soalan ini.

"Apa? Sofea nak jumpa adam? Sofea sedar tak ni? Tak serik-serik lagi ke sayang? Haa? Nak bagi ayah sakit jantung tengok apa yang dia buat pada sofea dulu ke baru nak sedar? Nak ayah mati dulu?"

Sofea cuma senyap lalu menangis perlahan. Dia tahu ayahnya cukup marah dengan apa yang menimpanya namun jika dia tidak bertentang mata dengan adam, masalah ini tidak akan selesai. Jujur, dia juga takut mahu berjumpa adam. Namun, dia tidak mahu ayahnya sakit kerana mahu menyelesaikan perkara ini.

Sofea tahu adam  mahukannya. Jika itulah apa yang adam mahu, apa salahnya dia berkorban. Dia yang mungkir janji, dia yang harus bertanggungjawab.

"Tapi ayah, kalau sofea tak jumpa adam. Masalah takkan selesai ayah," kata sofea lirih.

"No sofea. Jangan kamu memujuk ayah dengan perkara yang ayah tak mampu nak lakukan. Lebam kat leher kamu tak tak hilang lagi. Kamu nak tambah yang baru lagi ke?" Ayah memandang sofea tajam.

"Ayahhh," makin lebat tangisan sofea. Perlahan lahan ayahnya, encik taufik tarik sofea masuk ke dalam pelukannya.

"Ayah tak mahu kamu sakit sayang. Cukup lah dengan apa yang dilakukan oleh adam. Ayah tak mampu lagi bertahan jika perkara lebih teruk adam lakukan pada kamu," encik taufik menepuk perlahan bahu anaknya tanda memujuk.

Sofea masih lagi menangis. Ada perkara lain yang mahu diceritakan kepada ayahnya namun dia tidak mahu perkara menjadi lebih teruk.

Lebih baik dia diam.

.............

Tepat pukul 10 malam, sofea cuba melelapkan mata. Dia takut akan sesuatu. Disebabkan itu dia harus sedaya upaya tidur sebelum jam 10.30 malam. Dia akan datang lagi. Dia pasti akan itu.

Namun, matanya tetap gagal dilelapkan. Dia cuba berkali-kali namun dia masih terjaga.

'buat-buat tidur je lah. Pasti dia takkan tahu,' gumam sofea di dalam hati. Matanya dipejam lalu dia tidur mengiring di sebelah kanan. Walaupun dia takut namun dia cuba untuk beranikan diri. Sofea tahu yang si dia tidak akan berani berbuat lebih kepadanya. Dia tahu.

Bunyi engsel tingkap mengejutkan sofea. Namun mata kembali ditutup. Dia bernafas perlahan-lahan seperti dia mempunyai tidur yang lena. Tangannya yang ditutupi oleh selimut digosok perlahan menahan debar.

Bunyi tapak kaki yang semakin lama semakin menghampiri dirinya, membuatkannya ingin menangis. Gerun.

"Sofeaaa," panggil si dia lembut. Sesekali pipiku di belai lembut. Dahiku dicium oleh si dia. Sofea cuba untuk mengekalkan seminima mungkin pergerakan tubuhnya.  Dia takut si dia tahu yang dia cuma berpura-pura tidur. Dia tidak mahu itu berlaku.

"Sofeaaa. Kau sayang aku kan. Aku tahu kau sayang aku," kata si dia lirih. Seakan mahu menyelami isi hati sofea. Si dia segera berbaring menghadap sofea. Dia mahu menatap muka sofea sepuas hatinya.

Tiada pergerakan mahupun percakapan yang dilakukan oleh si dia menyebabkan sofea mula berdebar.

'omg, dia dah sedar ke yang aku tak tidur lagi? Aku nak buat macam mana ni. Mampus aku,' keluh sofea didalam hati.

Dengan tidak disangka, sofea merasakan seseorang mengalihkan kepalanya. Bantal tadi sudah bertukar menjadi dada si dia. Bau haruman yang dihidu sofea sekarang lebih meyakinkan sofea yang adam memeluknya sekarang.

"I miss u baby. I tak boleh buat apa-apa harini sebab I rindukan you. You tau kan yang i tak boleh kalau sehari tak jumpa dengan you sayang,"

Sofea merasa lemas apabila merasakan adam sedari tadi tidak berhenti mencium segenap sudut wajahnya. Mahu sahaja dia menjerit tidak suka namun apalah yang mampu sofea lalukan selain menahan perasaan marahnya tika ini.

"You tau apa yang jantan tu dah buat harini? Hahhahaha," adam ketawa sinis.

'jantan? Jantan mana pulak ni?' fikir sofea.

"Dia call my grandpa semata mata nak mangadu pasal perangai I. Bodohkan jantan tu?" Adam senyap seketika.

"Mama I memang sengaja tak nak layan jantan tu. Walaupun dah banyak kali jantan tu call dia. Tapi disebabkan I ni pandai kan sayang. I ugut mama I tau. Dia tak berani nak jawab call jantan tu," hati sofea mula merasa kurang selesa. Dia seakan dapat merasakan jantan yang disebutkan oleh adam itu ialah ayahnya.

"Mama I tak jawab, dia call pulak grandpa. Pastu grandpa I suruh I balik london. Shitttt! Memang si*l betul laa jantan tu. Sengaja nak bagi aku marah. Kalau aku dapat jantan tu, memang merasalah aku punya tumbukan. Dasar jantan bodoh,"

"I terfikir tau, macam mana lah jantan bodoh tu boleh dapatkan anak secantik kau. Memang satu kerugian dapat bapak macam tu kan,"

Ketawa adam mula bergema di dalam biliknya. Seakan mengejek sofea. Dia tahu sofea tidak tidur dan dia sengaja bercakap mengenai encik taufik. Mahu melihat reaksi muka sofea yang tidak pandai menipu itu.

"Kau rasa kalau aku cuba bunuh jantan tu, agak-agak dia mati tak? Atau dia masih hidup tapi jadi cacat? Aku harap dia mati terus. Takde lah menyusahkan aku lagi lepas ni,"

Sofea segera membuka mata apabila adam berkata begitu. Matanya bertembung dengan mata adam yang sedari tadi melihatnya dengan pandangan sinis.

"Gotcha," adam menyengetkan mukanya lalu pandangan tajam dilemparkan kepada sofea.

'Damn it,' keluh sofea di dalam hati.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now