bab 9

5.5K 321 48
                                    

Aku melihat adam sekilas, matanya masih tajam merenung aku. Aku berpura pura tidak mengerti situasi tersebut. Mukaku diblurkan sehabis baik.

"Marisa apa yang kau merepek ni. Manada aku putus dengan adam. Ada-ada je kau ni?"aku ketawa janggal.

Aku melihat adam sekilas. Matanya masih merenung  tajam ke arahku. Aku mengusap tangannye perlahan seakan memujuk untuk mempercayaiku. Namun, pandangan matanya masih tajam malah terukir senyuman sinis yang diukir buatku.

Aku pantas cuba melepaskan tanganku dari pegangan adam namun semakin lama semakin kuat adam menggenggam tanganku. Aku mengetap bibir cemas. Mataku melirik ke arah marisa meminta pertolongan.

Marisa mengerutkan dahi. Dia betul betul pening apabila sofea menafikan apa yang dikatakannya tadi. Rasa rasanya betullah itu yang dibahaskan olehnya dan sofea semalam. Kenapa sekarang mahu nafikannya pula?

"Eh betullah. Semalam kau cakap kat aku kan. Kita on call semalam. Kau cakap nak putus dengan adam. Aku tak rasa aku mamai semalam, mengigau pun tak rasanya,"balas marisa lagi.

'alahai marisa. Kau ni kan saja je nak bagi aku masalahhh' rungut sofea didalam hati. Sofea merenung tajam marisa lantas menjelingnya.

"Aku confirm kau mengigau ni marisa. Mana ada kita on call semalam. Mengarut je kau ni kan ," aku senyum paksa kearah marisa. Tanganku merasa lenguh benar disebabkan adam yang sedari tadi tidak melepaskan genggamannya.

"Ehh ye laa, aku gurau je la adam. Mesti kau terkejutkan. Ahhahaha," marisa pantas berkata apabila melihat senyuman sofea. Senyuman yang sangatlah aneh di pandangan matanya. Seakan senyuman marah.

'aku ade buat salah ke?'

"Haa tengok tu adam. Marisa cakap dia gurau je la. Now, boleh tak lepaskan tangan saya," pinta sofea. Dia mahu segera berlalu dan pulang ke rumah. Tidak mahu menatap mata ataupun bergaduh tentang perkara ini.

"Come, let me see your phone. I nak tengok you punye log masuk panggilan."

'im dead' aku menelan air liur kasar.

"Eh nak buat apa? Kan marisa dah cakap yang dia gurau. Tak payah laa adam,"

"Well, i cuma nak tengok. Tak boleh ke? Atau you ada sorokkan apa-apa dari i hurm?" Balas adam sarkastik. Senyuman sinisnya kelihatan lagi. Namun kali ini kelihan lagi dalam maksud senyumannya itu.

"Hurmm, tak payah lah. Lagipun dah lewat. Saya nak balik rumah awal harini. Penat" dalihku.

"Let me see your phone sofea. Give it to me while im still being nice to you," suara garau adam berbunyi tegas. Sofea menggenggam telefonnya erat.

"No adam. Dah la jom kita balik. Dah lewat ni. Jom la" aku menarik tangannya. Baru ku sedar yang marisa sudah tiada di situ. Entah bila dia beredar pun aku tak tahu.

'ni mesti takut adam mengamuk. Pastu terus balik. Selamatkan diri dia je. Habistu aku ni? Taknak selamatkan ke?' aku mengeluh tanpa sedar.

"Sofeaa!" Adam menjerit kuat di telingaku. Mungkin dia sudah tidak dapat menahan sabar dengan penolakan dari sofea. Aku cuba melepaskan pergelangan tanganku dari adam namun tetap digenggam erat oleh sang lelaki.

"Adam sudahlah. Lepaskan tangan saya. Awak tu tengah marah, awak tau kan saya tak suka awak marah marah kat saya. Dah la, jom lah balik" rayuku lagi.

"Kau memang tak faham bahasa kan sofea. Bak sini phone kau sekarang!" Melengking suara adam. Aku menutup mataku cepat. Takut.

"Adammm," air mataku mengalir laju. Sungguh aku takut dengan amarah adam tika ini.

" Kenapa? Kau takut aku tahu kan? Kau ingat aku percaya cakap kau? Hell no! " adam mencengkam daguku kuat.

"Sakit adam," air mataku mengalir lagi. Kali ini lagi laju.

"Aku tahan je dari semalam. Aku tau kau ade bincang sesuatu dengan marisa. Aku ada banyak orang la yang boleh perhatikan kau dari jauh. Kau ingat kau mampu tipu aku. Haaa?!"

Air mataku mengalir deras. Aku hanya mampu diam menahan amukannya. Aku takut. Sesungguhnya ketakutan ini mampu membuatkan aku tergigil menahan debar.

"Adam, please ," aku merenungnya lembut lalu cuba untuk memeluk adam bagi menenangkannya. Cara yang sama yang aku gunakan apabila adam mengamuk sebelum ini. Namun adam menepis pelukanku.

"Adam," aku terkejut dengan reaksinya itu. Adam menarik tanganku lalu berjalan dengan laju menuju ke arah kelasnya.

"Adam, lepaskan saya adam. Tangan saya sakit,"aku merayu kepadanya sambil cuba untuk melepaskan genggaman tangannya. Namun, tidak terlepas kerana adam sengaja menggenggam tangannya lagi erat dari sebelumnya.

Aku cuba untuk mengeraskan badanku kerana tidak mahu mengikuti langkahnya namun apabila mendapat jengilan daripada adam, aku berserah. Kaki diatur mengikuti langkahnya.

Setibanya kami di kelas adam, dia segera melepaskan genggaman tangannya. Aku segera berlari ke arah pintu masuk tadi. Aku takut kalau ada apa apa terjadi kepadaku kelak. Jika tinbul amarah adam, dia seringkali tidak dapat berfikir dengan waras. Kemarahan mengatasi segalanya.

"Kau langkah lagi setapak, aku tak jamin kau and family kau akan hidup aman lepas ni," mendengar kata kata itu, kaki sofea automatik berhenti melangkah. Matanya yang berair memandang ke arah adam dengan riak terkejut.

"Kenapa nak libatkan family saya adam? Kenapa??!! Selama ni saya ikut je apa yang awak nak. Awak kawal hidup saya! Saya tak mampu nak decide apa yang saya nak sebab awak! Awak larang saya buat apa yang saya suka. Awak langsung tak hormat mak ayah saya! Apa yang awak tak puas hati dengan saya haa? Apaa?!" Aku menjerit tidak puas hati. Entah dari mana keberanianku ini, aku memuntahkan apa yang aku rasa selama ini. Tanpa memikirkan kesannya.

"Wauu wauu wauu," serentak dengan itu bunyi tepukan kedengaran diselangi dengan ketawa sinis adam.

"Dah berani sekarang eah? Kau cukupppp berani," kata adam dengan nada sinis.

" Adam, stoplah. Saya taknak gaduh dengan awak sekarang. I just want to go home  right now. Please,"

"Its your fault honey. I pun taknak cari gaduh dengan you sekarang. Tapi you yang mulakan dulu. And its time for you to end this matter. So, apa yang kau bincang dengan marisa semalam? Hurm,"

Aku hanya terdiam kaku. Air mataku mula kering dek kerana amarah yang kurasakan sebentar tadi.

Aku tak mampu membalas pertanyaan adam. Jika aku menjawab diibaratkan aku menggali kubur sendiri. Aku rela berdiam diri menahan amukannya. Ini bukan masa yang sesuai untuk aku   memutuskan ikatan diantara kami.

"Cakap lah perempuann!" Adam mula menjerit lagi.

"Adam, takda apa apa lah,"

"Kalau takda apa apa, kau takkan mampu nak cakap macam tadi dengan aku!" Adam menggenggam kedua belah bahuku. Mungkin amarahnya meningkat lagi dek kerana aku tidak menjawab persoalannya.

Aku masih terus berdiam diri sambil merenung ke arah lantai. Aku tidak manpu melihat matanya yang tajam itu.

"Kau diam diri macam ni, buatkan aku yakin dengan kata kata marisa tadi. Jadi betullah kau nak putus dengan aku?" Suaranya kedengan perlahan seakan bercakap seorang diri. Namun sofea masih mampu mendengarnya.

Adam merenung ke arah lantai agak lama sebelum kembali melihat sofea dengan pandangan tajam. Pegangan di bahu sofea sengaja dikuatkan. Senyuman sinis terukir di bibir sang lelaki.

"Kau memang cari masalah dengan aku sofea,"

😊😊😊😊😊😊😚😚😊

Yg ni sikit je. Nnti esk sis smbung

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now