bab 1

10.9K 360 7
                                    

Aku merenung kosong muka kawan baikku, marisa. Entah apa mimpinya semalam sehinggakan hari ini dia banyak bertanya tentang cinta. Kemahiran aku tentang cinta? Kosong.

Ya memang benar, sekarang ini aku sedang bercinta namun untuk memberikan nasihat mengenai itu. Aku sendiri tidak pakar.

"Weyh, asal tengok aku macamtu. Malu laa aku," kata marisa sambil menutup muka dengan tangannya, acah acah malu.

"Bapakkk kau malu. Apa kejadahnya kau tanya aku soalan tu. Aku mana laa mahir. Pergi laa tanya si munirah tu. Diakan mahir bab bab macam ni,"

"Alaa, kau kan kaple dengan adam sekarang. Takkan tak mahir kut," balasnya sambil bibir dicebirkan.

"Aku tak tau laa," keluhku perlahan.

"Ermm, ye laa," balas marisa sambil melangkah ke arah mejanya.

"Marisa, jangan laa merajuk," pujukku perlahan. Minah ni pon. Sikit sikit nak merajuk. Stress aku.

"Sofeaaaaa!!," aku berpaling ke arah pintu kelas. Naim rupanya,entah apa lagi berita dibawa nya. Bingit tau tak.

"Ade ape," balasku malas. Aku dah laa dalam operasi nak pujuk marisa, dia pulakk datang tak nyempat nyempat. Merosakkan mood aku je laa.

"Adammmm, dia tengah mengamok kat kelas!," mataku membuntang luas. Ya allah, tak habis habis laa dia ni.

"Yang kau termenung lagi tu kenapa. Cepat laa," dengan segera aku memecut menuju ke kelas 5 zamrud.

"Kau kenapa siallll! Aku dah kata jangan cari pasal dengan akuuu! BODOHHH!" Dari jauh aku dapat mendengar suara teriakan adam. Larianku juga bertambah laju.

"Aku harap aku sempat sampai sebelum keadaan menjadi semakin teruk," macam laa aku tak tau. Adam kalau mengamuk, automatik tangan dan kakinya juga akan bergerak aktif.

Asyik nk pukul orang je. Dia tak tau ke kalau kena pukul tu sakittttt. Hish geram je aku rase. Tak serik serik. Aduhaii, macamana laa aku boleh terrr couple dengan dia ni.

Sebaik sahaja aku sampai di hadapan kelas 5 zamrud, kak nisya segera menolak aku kearah adam. Mahu dimarah, namun segera ku padamkan dalam hati. Sedap-sedap je nak tolak orang. Nasib baik dia tu senior aku, kalau tak, memang aku akan menjerkahnya. Entah pape.

Aku dapat melihat, ramai pelajar melihat ke arah aku. Seakan berharap dapat meleraikan pergaduhan ini.

Ye aku tau, lelaki yang dibelasah oleh adam itu semakin lemah atau lebih tepatnya tak bermaya langsung. Mungkin sudah lelah menangkis pukulan daripada adam.

Yang aku tak puas hati, mengapa ramai ramai lelaki kat sini, tiada seorang pun yang dapat meleraikan pergaduhan ini. Mataku terpandang marisa yang termengah mengah. Mungkin dia juga berlari sepertiku.

'Ehh, dia pun ada disini? Tadi bukan main merajuk dengan aku,' bisik hati sofea.

"Sofea, apa kau tunggu lagi. Kau nak lelaki tu mampus baru kau nak tenangkan adam?" Soal marisa perlahan.

Ye aku tau. Tapi aku juga ada perasaan takut. Adam tu dah laa kuat. Sekali dia tolak aku. Memang jatuh ke tingkat bawahlah nampaknya. Ya allah sofea, jangan overthinking sangat boleh tak. Macam laa kau tak pernah buat semua ni.

Dengan lafaz bismillah aku segera melangkah ke arah adam. Badannya yang sedang menahan marah segera ku peluk. Dapat kurasa turun naik dadanya yang berdegup laju menahan kemarahan. Tanganku segera mengusap dadanya perlahan.

Dapat ku rasakan adam menyentuh tanganku. Mungkin dia baru menyedari aku berada di sini. Dadanya yang tadi laju menahan marah kini segera beransur perlahan.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now