bab 15

4.4K 191 14
                                    


Masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan adam walaupun hari sudah petang. Malam nanti dia pasti adam akan datang. Adam tidak mungkin mungkir janji. Apa yang dikatakan, semuanya ditunaikan tanpa ragu. Tidak mengira kesan atau masalah yang bakal dihadapnya itu.

Dia takut jika adam mengungkit berkenaan dengan apa yang dikatakan semalam. Dia bukannya sengaja mahu memutuskan hubungannya dengan adam. Malah, perasaan sayangnya untuk adam tidak pernah luntur malah bertambah dari hari ke hari walaupun macam-macam benda yang adam buat tidak disukainya. Malah baru-baru ini sanggup menyakitinya. Namun, sayangnya masih tidak berubah sama sekali.

Mahu dikatakan dia bodoh, terserah. Dia tidak peduli langsung dengan kata orang. Yang penting apa yang dirasanya kini. Namun apabila dia mengingati peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas. Dia merasakan yang dia anak tidak berguna. Langung tidak berfikir tentang perasaan ibubapanya.

Seminggu yang lepas

Adam menunggu kedatangan sofea dengan sabar. Langsung tiada perasaan marah apabila sofea lambat dari waktu yang sepatutnya. Dia sanggup menunggu sofea, asalkan sofea bahagia. Dia terlalu sayangkan wanita itu.

Encik Taufiq yang baru sahaja pulang dari kerja bersama isterinya menyapa pandangan Adam. Namun, dia hanya mengendahkan kewujudan ibubapa sofea. Dia datang ke sini bukannya untuk bertemu mereka. Dia mahu bertemu dengan sofea.

Encik Taufiq menghampiri adam yang sedang duduk di sofa ruangtamunya itu. Manakala Puan Nurain segera berlalu ke biliknya untuk menukar baju dan menunaikan solat. Melihat adam yang hanya berdiam diri dan asyik bermain dengan gadget ditangannya, Encik Taufiq teragak-agak mahu duduk di ruangan yang sama.

"Adam, lama dah tunggu sofea?" Encik Taufiq cuba beramah mesra dengan adam namun hanya muka beku ditayangkan. Langsung tidak berpaling ke arah Encik Taufiq yang duduk dihadapannya itu. Encik Taufiq cuma tersenyum pahit. Dia menghela nafas berat lalu matanya memandang ke arah pintu bilik anak bongsunya itu. Bilik anaknya betul-betul menghadap tangga di tingkat dua.

"Hurm, sofea tu memang biasanya bersiap lambat sikit. Nak suruh pak cik panggilkan sofea ke?" tanya Encik Taufiq lembut setelah pertanyaannya tidak dijawab oleh adam.

"Tak payah nak sibuk," adam berbicara senada. Wajahnya langsung tidak berpaling ke arah Encik Taufiq. Matanya masih kusyuk memandang skrin telefonnya.

"Haaa, ye lah. Adam dahaga tak? Kalau dahaga, pakcik boleh suruh makcik kamu buatkan air," Namun sekali lagi tiada balasan oleh adam.

"Macamana hubungan adam dan sofea? Baik ke? Maaafkan sofea ye kalau dia berperangai budak-budak sikit. Dia tu nakkan perhatian, memandangkan pakcik dan makcik sentiasa sibuk. Nasib baik ada Adam. Boleh lah bawa dia jalan-jalan bila dia bosan."

"Shut up! Aku malas nak dengar kau bercakap. Menyemak tau tak? Kan aku dah cakap, tak payah sibuk pasal aku tadi kan." Keras nada suara adam bersuara. Matanya mencerlung memandang Encik Taufiq.

Encik taufiq hanya berdiam diri. Nafas dihela berat.

"Kau berambus boleh tak. Menyemak je lah," adam bangun dari duduk lalu berlalu ke luar rumah. Lebih baik dia menunggu sofea di laman rumah sahaja daripada duduk di ruangtamu sambil mendengar leteran ayah sofea. Menganggu waktunya sahaja.

Sofea yang berada di depan biliknya itu terkedu. Suara amarah adam sempat didengarinya dari tempat di berdiri. Perlahan-lahan dia menuju ke tangga rumahnya, namun baru sahaja dia mahu melangkah. Dia dapat lihat ibunya, Puan Nurain sedang memeluk bahu ayahnya lembut. Seakan memberi semangat.

"Jangan bagitau sofea pasal benda ni," perlahan sahaja aku mendengar suara ayah. Ibu hanya mengangguk mengiakan.

"Kenapa abang tegur dia tadi? Abang kan tahu perangai adam selama ini macamana," tegur Puan Nurain lembut.

"Salah abang ke ain? Abang Cuma mahu menegur dia. Abang mahu kenal peribadinya bagaimana. Suatu hari nanti, dia akan menikahi anak kita. Macamana abang nak lepaskan satu-satunya puteri kita pada orang yang sebegitu. Abang tak mahu menyesal kelak,"

"Tapi Adam tu kan pilihan sofea bang. Mahu atau tak, kita kena terima baik buruk Adam,"

"Hurm, abang tahu itu. Abang rasa abang gagal jadi ayah yang terbaik untuk sofea,"

"Abang, janganlah cakap macam tu,"

"Abang nak ke bilik. Nanti kalau sofea tanyakan keberadaan abang. Cakap je abang tengah solat. Ye ain?"

"Ye lah bang. Hati-hati jalan," Encik Taufiq sekadar mengangguk. Dia berjalan menuju ke arah biliknya yang berada di aras bawah.

Sofea masih terkaku setelah mendengar luahan ayahnya. Sedikit sebanyak dia merasa pilu. Tidak pernah dia menanyakan perasaan ibubapanya tentang adam sebelum ini. Rupa-rupanya ibubapanya tidak menyukai adam. Namun, hanya disimpan di dalam hati kerana adam adalah pilihanku.

"Ibuu , ayah ," sofea menyeru sayu. Melihatkan situasi tersebut, sofea bertekad mahu memutuskan hubungannya dengan adam.

......................................................................................

Jam sudah menunjukkan ke angka 8 malam. Ketika ini dia sedang makan malam bersama ibubapanya. Suasana yang sunyi itu memberi gambaran tepat, yang ibubapanya masih memikirkan berkenaan penjaga dirumah mereka itu.

Perihal mengenai ayahnya menelefon atuk adam, aku diamkan. Tidak mahu mereka bimbang jika mereka tahu aku sudah mengetahui tentangnya. Ibubapaku sepertinya mencuba pelbagai cara untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman aku.

Sofea tersenyum dalam diam. Dia sudah merangka ayat untuk memujuk adam. Dia juga tidak mahu dikawal sebegitu rupa oleh adam. Dia akan pastikan, esok tiada lagi pengawal yang berlegar di kawasan rumahnya itu.

..........................................................................................

12.00 a.m.

Sofea pelik apabila adam masih belum kunjung tiba. Seakan dia tahu apa yang dirancang oleh sofea. Keluhan berat dilepaskan oleh sofea. Bantal ditepuk lembut berulang kali sebelum kepalanya dihempaskan ke bantal. Matanya ditutup perlahan menggamit lena yang panjang.

"Tapp," bunyi kuat yang kedengaran di luar balkoni mengejutkan sofea yang lena. Berat hatinya mahu mengintai di sebalik balkoni biliknya itu. Jam disebelah dikerling. Sudah jam 2.30 pagi. Siapa yang datang pada waktu pagi sebegini?

"Sofea," sofea segera meneyelimuti dirinya apabila namanya diseru dari luar. Dia takut. Bagaimana jika jembalang yang menyeru namanya lalu dirasuknya sofea sehingga lupa diri. Mulutnya terkumat kamit beristighfar. Surah kursi serta surah yasin ayat 8 juga dibacanya dengan kalut. Langsung tiada niat dihatinya untuk menyahut panggilan di luar sana.

"Sofeaaaaaaa, sofeaaaaa," suara itu kedengaran lagi.

"Dummm , dummm, sofeaaaaaa, dummmmm," bunyi ketukan diselangi seruan namanya masih tidak dipedulikan oleh sofea. Sesunggunya dia takut ketika ini. Mahu sahaja dia menjerit memanggil ibu dan ayahnya namun dek kerana bimbang jembalang di luar sana mengamuk, lantas dia berdiam diri. Dia yakin yang jembalang tersebut akan pergi jua nanti. Dia pasti akan itu.

"Bangggg," bunyi kuat pintu dirempuh mengejutkan Sofea. Matanya serta merta merenung ke arah lembaga yang berada di muka pintu balkoni itu. Mata lembaga itu yang kelihatan merah begitu menakutkan sofea. Senyuman yang terukir sinis di wajah lembaga itu juga menggerunkan. Perlahan-lahan lembaga itu menghampiri sofea.

"Ahhhhhhhhh. Hantuuuuuuu," Sofea menjerit kuat sambil memejamkan mata erat. Takut.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now